Wednesday, 28 December 2011

Mengndalikan.. Ancaman burung hantu...

Salam... antara banyak persoalan yang Damak terima...

ini antara yang Damak ingin berkongsi dengan tuan-tuan  pertama  merujuk sms yang dihantar oleh dua orang pengusaha daripada  drip Kuala Berang..

Pertama daripada  En Wan- Kuala Berang,.. mengatakan.. BHW nya sudah 5 bulan beroperasi dan sudah ada 7 sarang... dan tergangu kerana ancaman burung hantu.. lepas burung hantu masuk.. sang walit.. tidak kelihatan lagi..

Dan yang kedua daripada En Se-Li.. memberitahu... BHW telah hanpir 2 tahun dan sudah terdapat kurang lebih 50 biji sarang.. dan pd sebelah petang ada burung hantu hinggap di atas monkey house..

Masalah gangguan burung hantu sebenar apabila burung hantu masuk ke dalam BHW / RBL. Kalau sekadar pusing-pusing diluar itu,.. bahaya tahap amaran, ( Dah boleh mula ambil tindakan).

Ada .... beberapa cadangan yang boleh digunakan...


1) sempitkan pintu masuk- jadikan lebih melebar... saiz 1 1/2  kaki  ( Tinggi) x 3 kaki ( lebar).. sudah memadai, insyallah. ( Walaupun biasanya BHW baru lebih baik pintu masuknya lebih besar)
2) pasang paku pada pintu masuk / mozek. ( atau apa2 yang licin). agar licin burung hantu tak boleh hinggap pd bahagian...pintu masuk utama
3) pasang zapper- renjatan arus elektrik kecil
4) Pasang owl ring- atau kerawat berduri yang bergulung-gulung mcm  di penjara tu. dibahagian tepi bumbung atau tempat-tempat yg difikirkan burung hantu akan hinggap sebelum masuk ke dalam BHW.
5) Automatik door
6) Pasang lampu mlm
7) Pindahkan burung hantu - tangkap ( fikir sendirilah mcam na)
8)Sekiranya ada ranting, wire. atau apa -apa tempat yang membenarkan burung hantu bertenggek.. sila ubah atau buang dulu.
9) Burung Hantu akan datang pada waktu maghrib.. - matikan suara awal sikit ( sekitar jam 7.00 mlm)
10)Dan lain-lain yang difikirkan sesuai..

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Promosi Hujung Tahun 2011...Istimewa Untuk Semua



Salam,,

Sempena Hujung Tahun ini.. sehingga 31 Disember 2011.  sehingga Tepat jam 11.59 malam.

Damak ingin menawarkan harga Diskaun.. untuk Buku PRP daripada RM 75.00 kepada RM 50.00 sahaja. Termasuk bayaran pos.. seluruh negara ( Malaysia).



Harga.. Suara Walit... 10 Suara Dengan Harga  RM 200.00 Sahaja. ( boleh share dengan member.. ha ha)

1. Suara black Cloud
2. Super outside
3. Bima Sakti
4. lady gaga
5. Batu gajah
6. Bukit Merah
7. Thai luar
8. Walit Sunggeh
9. super XXX
10. Super AAA.


Tawaran Suara ini terhad kepada 10 Pembelian sahaja. ( Cepat Tawaran sehingga 31 Disember Sahaja)



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..s

Monday, 26 December 2011

Jual.. Suara Borong

Salam,,,

Damak nak test.. kalau ada sesiapa yang berani... . untuk kesemua koleksi suara Damak berjumlah 120 suara.., Damak tolak dengan harga RM 10,000.00 hanya untuk dua orang..

Tengok siapa yang berani... boleh call Damak segera..
insyallah.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Thursday, 22 December 2011

Berfikir Positif

Salam,

Semalam, kami ada adakan perjumpaan secara tidak formal untuk menentukan hala tuju koperasi pengusha burung walit di Kelantan.

Bagi tokey-tokey yang sudah berjaya dan sudah melepasi era 15 tahun ke atas dalam industri ini.  Mereka sudah mampu mencipta RM 1 juta pertama untuk mencari Satu Juta berikutnya. dan isnyallah mereka akan semakin kaya dan semakin kaya.. namun jangan  .. lupa Allah, dan zakat mesti di tunaikan

Namun bagi pengusha baru..,kita perlu bersatu untuk menghadapi kemungkinan -kemungkinan yang boleh berlaku dan disaat itu, kita tidak boleh sendirian.

Kita memerlukan mereka yang berada di landansan yang sama , berusaha dan korbankan kepentingan peribadi untuk mencapai matlamat yang lebih luas dan jauh.

Maka sarann Damak.. masuklah koperasi.  Sempena Penubuhan Koperasi Pengusha Burung Walit Kelantan. Damak menjemput,, teman- teman seperwalitan, tokey-tokey, pengusaha yang baru dan sesiapa yang ada Rumah Walit.. untuk bergabung modal, tenaga dan idea untuk agenda yang lebih jauh dan terjamin. insyallah.

wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 21 November 2011

Post Testimoni.. Dapat Suara.. Percuma.

Assalamualaikum,


Setelah saya menghadiri kursus burung walit dengan Waletgroup di Pasir Mas Kelantan pada tahun lepas, saya terus mengikuti blog Waletgroup ini.


Saya mendapat banyak maklumat tentang burung walit dari blog ini sementara saya mengumpul modal untuk membina rumah burung walit saya sendiri.


Saya dapati buku Panduan Rinci Perladangan Burung Walit keluaran Waletgroup ini juga amat berguna sebagai rujukan kepada sesiapa yang mahu memulakan bisnes burung walit ini.


Semoga blog Waletgroup ini terus menyumbangkan maklumat-maklumat yang berguna kepada pengusaha-pengusaha dan peminat walit sekelian. ( En Azman )




Saya Abdaf dari Pahang..

saya selalu membaca blog Damak dari awal blog Damak buat dulu, bole dikatakan tiap-tiap hari kalu ada kelapangan.


Nak mendalami ilmu si walit, memang menarik dan banyak ilmu baru dapat dipelajari dari blog Damak



Assalamualaikum,


-- Saya mengucapkan ribuan terima kasihpada waletgroup kerana mengadakan satu blog yang banyak membantu dalam memberi sesuatu yang baik samaada pada bakal pengusaha maupun pengusaha walit yang baru melangkah ke dalam industri RBW..Tahniah..Sesuatu pemberian yang baik,pasti mendapat balasan terbaik.



“Thank you.memeng berinformasi. Kalau ditambahkan video-video BH yang telah sukses bawah jagaan atau mengguna hikmat nasihat beliau dan suara yang mantap, blog ini akan lagi mantap. semoga sukses berterus.( Yong)




asssalamualaikum..


Terima kasih di atas segala usaha dalam merapatkan hubungan ummah dihalaman sosial blog tuan..dihalaman blog tuan banyak ilmu dan maklumat dikongsi secara ikhlas yang terpancar dari halaman ini..


setelah saya ikuti sejak setahun yang lalu dalam ilmu dan maklumat yang dipaparkan nampak ketulusan hati untuk ummah dan bukan semata mata biz dunia...namun terlihat untuk biz yang lebih besar dari itu


tahniah diucapkan...moga atas usaha dan keikhlasan tuan, tuan dapat apa yang tuan hajati..amin..


.........
untuk makluman... rbw saya sudah siap dibina namun.. sang walit masih tidak menginap


memang benar pepatah melayu.. setiap ilmu mesti perlu berguru.. ( Said).



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 20 November 2011

Menyediakan Aroma Sarang PALSU- JOM MASAK-MASAK

SALAM , mungkin sudah ramai.. antara peminat tegar walit tahu tentang resipi ini.  Ini adalah antara tips yang dikongsi oleh Sifu-Sifu Walit , dan Damak telah kongsikan semasa siri Seminar Sebelum ini.


Penggunaan Polistrine/ Kertas sebagai sarang plasu

Polistrine ( Beli di kedai buku dan alat tulis).. tak payah banyak..


Telur Itik ( bebet).. kenapa telur itik?.. kerana kandungan putih telur yang banyak dan senang diasingkan berbandinga telur ayam


Doubble Tape ( paku pun boleh)



Minyak ikan  atau campur ( lendir ikan keli, air ikan)




Putih telur,, di asingkan,, caranya.. tebuk sedikit pada  bahagian hujung, kemudian, tuangkna perlahan-perlahan, digoncang dan dituang, diulang sehingga semua putih telur keluar..


Sepuluh. putih telur ( yang kuning tinggalkan kerana nanti akan ada semut suka protein)


Dimasukkan ke dalam Blander - Jumlah sepuhuh putih telur itik


Polistrine di Lekatakan Doubble Tape, untuk memudakan dilekatkan pada Kayu ( paku pun  boleh). Hati- hati,, nanti gam terkena burung - mati burung.

Caranya..
Semua campuran diblander.. hingga lumat- 5 minit, kemudian disapu kepada polistrine, dijemur hingga kering, disapu sekali lagi... dan dijemur.. kemudian dilekatkan pada nesting plank.

( Elakan letakan sarang palsu ini dibahagian penjuru Nesting Plank)



Selamat Mencuba..


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

SEMINAR DI PULAU PINANG



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Thursday, 17 November 2011

Musim Hujan ini...flat roof atau bumbung


atau





Dalam akhbar berapa hari lalu ada menyatakan , Jabatan Metrodologi dan Kaji cuaca meramalkan.. akan berlaku banjir besar di  pantai Timur bermula 24 Nov dan awal Januari 2012

Maka.. dengan kadar kelembapan hujan yang tinggi.  Damak terfikir.. adakah masalah bocor bangunan akan berulang atau bangunan BHW kita akan berisiko.

Pengalaman lepas... Bangunan BHW yang menggunakan flat roof akan lebih banyak berisiko untuk bocor berbanding yang guna bumbung.  Kenapa!.. sekiranya flat roof tidak mempunyai speksifikasi yang ditetapkan akan cepat rosak dan agen air ini.. merupakan penghakis yang amat baik.

Oleh itu,, kepada.. pemilik BHW yang sedia ada... Damak sekadar ingatkan.. hati- hati dengan bangunan BHW kita.. agar tidak bocor... kepada pemilik bangunan baru... waktu tengkujuh bukan masa yang baik untuk membina bangunnan, akan berlaku banyak ketirisan kos selain mempengaruhi mutu dan kualiti bangunan.  Buatlah bangunan di musim kemarau.  Dan di nasihatkan buatlah bumbung... , ia akan banyak membantu menyelesaikan banyak masalah nanti,

Apabila sudah membina bumbung... maka timbul.. .satu soalan... perlu ke monkey house... jawapnyan.. sekiranya  tinggi bangunan kurang  daripada 30 kaki , digalakan untuk bina monkey house.. kalau memilih untuk tidak membina monkey house. biarkan bumbung dan lubang masuk di sisi.., insyallah. ( Namun).. ini amat subjektif dan perlu dilihat kepada kedudukan bangunan dan kawasan dahulu.  ini amat mempengaruhi.. struktur dan rekabentuk bangunan serta lokasi..


Soalan, berikutnya.. apakah jenis bumbung yang terbaik?.

Terbaik itu.. Damak akan tanya pula dan jawab mengikut orang yang bertanya.

Sekiranya orang yang bertanya itu mempunyai sumber modal.  Terbaik baginya. adalah bumbung yang tidak tiris,dan menepati kehendak suhu dan kelembapan BHW serta nampak cantik.

Terbaik itu untuk orang awam, yang mempunyai peruntukkan yang minimum, Damak Cadangkan bumbung yang tidak tiris dan boleh mengawal suhu.

Maksudnya.. terbaik disini ialah terbaik untuk Sang Walit, bukan terbaik untuk kita.  Pada pandangan mata kita.. seakan-akan nampak tidak kemas.. comot dan sebagainnya.. Namun, sekiranya menepati ciri-ciri walit.  Maka walit akan memilihnya.

Satu Contoh.. sebuah sekolah.. yang Damak rahsiakan namanya.. mempunyai bumbung setinggi 5 kaki.. terdapat ratusan burung walit bersarang di dalamnya..( di dalam bumbung).. dan untuk masuk ke siling itu.. burung walit terpaksa masuk dicelahan tingkap cermin kelas yang pecag dan terbang naik ke bumbung. ( bukan masuk ikut sisi).. Maksudnya.. Sang Walit masuk kawasan lebih rendah dahulu dan terbang naik ke atas).  Namun.. sebab ini adalah bangunan sekolah, tidak dijaga.. sarang-sarang walit banyak dimakan lipas., Setelah burung- burung ini masuk ke siling,, mereka akan membuat sarang berhampiran dengan tangki air di atas bumbung, Soalan kenapa berhampiran tangki air?.

Jawapannya ialah kerana suhu dan kelembapan yang diperlukan semasa proses pengeraman telur nanti.

Ini mengikut cerita pengawal keselamatan , tukang kebun sekolah itu.

Balik kepada. isu bumbung.. Damak lebih selesa BHW dibina mengunakan bumbung.. daripada flat roof. Namun, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya flat roof tadi mampu memberikan ciri-ciri yang diperlukan oleh habitat burung walit.

wasalam


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 15 November 2011

Kepada Semua Bekas Peserta Kursus Walit

Salam,


Sepanjang mengendalikan kursus BHW PRP walit daripada siri 1 hingga Siri 10. Dan insyallah akan ada siri 11 pada bukan November nanti.

Damak telah berjaya menghimpunkan hampir 600 orang peserta dan Almuni PRP walit, dan Alhamdulilah ada yang masih keep in touch dan tidak kurang yang membisu... apa jadi sama ada buat atau tidak buat BHWnya.

Semua perserta Damak daripada Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Sabah, Sarawak, Brunei,  Tidak kurang Johor, Melaka, Pulau Pinang, Langkawi dan Selatan Thailand.

Alhamdullillah, mudahan usaha dan penat lelah kita bebaloi.  Daripada jumlah yang Damak sebutkan di atas.. ada beberapa orang yang masih lagi tidak kesempatan modal untuk membina BHW. Ilmu katanya dah cukup. Namun .. modal masih ada halangan. Dan tidak kurang yaang telah berjaya membina BHW yang bersaiz besar.. HJ Alias drp Pasir Mas daripada 30 x60.. sekarang telah berkembang menjadi 60x 60. Tahniah Haji...

Kepada Abg Dean.. yang berani membina BHW.. di kawasan pendalaman,, dan  puluhan lagi yang sekiranya Damak nak sebutkan disini..memang tak sempat dan perlukan masa.

Alhamdullilah, syukur kepada Allah. semuanya berkat kesabaran dan kesungguhan..

Kepada pembaca-pembaca blog dan bukuy PRP.. yang sampai hari ini.. masih tidak putus-putus menelefon Damak.. Insyallah terima kasih Damak ucapkan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.  Semuanya milik Allah.  Kita hanya mengusahakan sahaja.

Tahniah kepada yang  telah berjaya.. kepada yang masih belum mencapai tahap dan target yang disasarkan. Bersabar dan cuba dalami ilmu dan kaji apakah yang kurang tentang BHW kita.. sama ada faktor makro, mikro atau pengurusan, sumber atau perasaan.

Insyallah nampaknya  masih ada 2 kursus lagi .. untuk Damak teruskan pada tahun 2011 ini. iaitu untuk sesis ke 11 dan 12. Alhamdullillah impian Damak untuk mengadakan 12 kursus setahun  mudahan tercapai.

Mulai.. tahun depan. Damak akan lebih fokus kepada kerja-kerja pembinaan BHW, Kursus, penulisan, Pemasangan Audio System dan juga Suara Walit.

Dengan koleksi suara yang begini.. banyak.. Damak akan cuba berikan satu suara yang terbaik dan insyallah akan hasilkan satu suara walit yang mampu menjana hasil sarang yang berlipat ganda.. insyallah. Terima kasih semua ..

Kepada semua Alumni PRP Damak.. keep in touch .. wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Antara soalan ( FAQ) yang ditanya semasa kursus PRP Damak


Berikut Damak kemukakan antara soalan yang ditanya

Lokasi.

1)Apakah lokasi terbaik untuk buat BHW

Lokasi terbaik ialah tempat ada makanan walit, makan walit serangga kecil berterbangan, laluan pulang walit, dan senteral walit.

Saiz

2) Berapakah saiz minimum  BHW?

Saiz minimun.. terdapat beberapa mazahab, ada yang paling berani sekecil.. 10x10 kaki, namun, mengikut pandangan ideal Damak ialah sekecil 16x 16 kaki persegi, ( kos murah)


Kos sederahana

24 X 60 kaki x2


Kos Tinggi

30 x   60 x 3

____________________________________

Tinggi minimum :  maklumat Perhilitan sehingga 6 kaki, Veterinar sehingga 5 kaki, ideal 8- 10 kaki,


3) Anggaran hasil bila baru boleh tuai?

Subjektif,, bergantung kepada lokasi.. dan disiplin pengurus, apabila boleh tahan emosi dalam peringkat 3 bulan pertama selepas BHW dibuka. tidak selalu mengganggu burung.


4) Suara apa yang paling bagus?

Suara burung hanya bunyi satu ( dan mungkin tidak jauh berbeza).. namun manusia disiplinkan burung dengan pelbagai bunyi.  Suara bergantung kepada lokasi dan kebiasaan suara yang dipasang disesuatu kawasan.  Bagi kawasan baru belum diteroka dan bukan dalam jarak terbang burung yang mendiami BHW, pasang suara apa pun. insyallah masuk..


5) Bagaimana cara yang betul untuk pemasangan twitter dan audio system.

Soalan ini amat teknikal, ia tidak dapat ditampung dengan huraian perkataan, mesti melibatkan gambarajah dan penerangan amali yang Damak jelaskan semasa kursus

Namun secara mudah,  seperti berikut

1) Suara luar- 1 Amplifire

2) Suara Dalam  - 1 Amplifire

3) Suara Pulling- Guna amplifire suara luar atau Amplifire berasingan.


 6)  Bagaimanakah hendak menetukan Lubang Masuk

i)Lubang masuk harus mengambil kira arah angin, cahaya matahari, laluan burung.  Sesuaikan semua faktor ini.

LAL ( lubang antara lantai).

2) Letakan lubang LAL dalam bentuk yang boleh menyekat cahaya matahari daripada masuk ke dalam.. biasanya bentuk zip zak,


Lubang udara bagaimana

LU,  secukup rasa mengambil kira keseimbangan suhu dan kelembapan BHW, dinasihatkan buat lebih.. kerana apabila terlebih boleh tutup dgn mudah.. bebanding buat kurang.. susah nak tebuk BHW kita..

Dan untuk maklumat lanjut.. boleh sertai kursus Damak di USM dan Kelantan nanti atau dapatkan buku PRP Damak. Wasalam
















Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 14 November 2011

Sudah Tiba Waktunya Damak membuka peluang untuk semua follower Damak mendapatkan Suara Percuma

Hari ini,

Damak ingin menawarkan satu set suara luar dan  dalam secara percuma kepada follower Damak bersyarat

1) Sudah menjadi follower Damak.
2) Tawaran ini berlangsung daripada 14 November hingg 25 November 2011.


Caranya.

Sila, emailkan testimoni anda terhadap  blog waletgroup antara 10-20 patah perkataan ke alamat email dibawah.

Damak akan emailkan satu link khas bersama dengan password untuk membolehkan semua follower mendapat suara tersebut yang hanya  boleh di excess oleh pengirim e-mail itu sahaja.

Kepada pelawat yang belum manjadi follower, boleh terus join dan tiada had masa , sama ada anda awal atau lambat menjadi follower, yang penting anda adalah follower Waletgroup.

cepat!!!, email yang dihantar selepas tarikh tutup tawaran ini tidak akan dilayan.

Terima kasih semua.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 1 November 2011

Kepada.. semua... apa pendapat anda tentang plan ini



Salam.. Cuba... kita lihat... dimanakah LM ( lubang masuk) BHW ini patut diletakkan ?



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Berkongsi Suara Walit Percuma

Salam semua.. salam ceria, salam ukhwah.



Hari ini.. terlintas di hati untuk berkongsi suara yang Damak dapat daripada seorang teman Di Indonesia.  Terdapat hampir 200  koleksi suara di dalam simpanan Damak.  Namun, Damak Khuatir.. ianya suara sama cuma namanya telah "di rename kan". Setelah diteliti dan dibuktikan melalui program komputer Damak dapati hanya  lebih kurang 78 suara sahaja yang berbeza.  Yang lain.. tidak lebih daripada suara sama dan telah dinamakan semula.  Hari ini. Damak ingin berkongsi satu suara yang di beri nama Najwan.. sempena nama anak kesayangan pemilik suara ini.  Suara luar.., suara ini antara koleksi terbaik yang di berikan oleh seorang teman di Indonesia.

sila rujuk kepada link di bawah. suara ini sepanjanga 1 minit lebih.


https://docs.google.com/open?id=0B-pD8QaOdVDYNmU2ZTQzNWItNGU1NC00OTE1LWI5ODItZTg3NGRlNzZkNWQy

Amanah yang Damak berikan untuk suara ini.. jangan di renamekan suara ini.. dan jangan jual.. kerana suara ini percuma dan tidak elok kita jual..


Mudahan mendapat berkat.

wasalam.

Mudahan pahala orang yang memberikan suara percuma ini berkekalan.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 25 October 2011

Keluarkan Zakat untuk mendapat Rahmat Allah. - Ikhals- ingatan untuk Damak

Salam..

Wahai... tokey- tokey walit  sekalain.. jangan lupa tunaikan kewajipan kita.. untuk membayar zakat, kerana ia akan membersihkan harta dan menyucikan hati kita , insyallah


Antara ringkasan web yang Damak jumpa di internet.,



berikut "Huraian Ringkas zakat klik dsini

Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
a) milik onang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang mendeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.


Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 6 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 96 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadan 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
Zakat Harta Perniagaan


1. Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah:
(a) dimiliki oleh orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.



Sabda Rasulullah S.A.W.:


Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual. (Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)

2. Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.






Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 24 October 2011

Rajawali Terbang Tinggi atau Rajawalit Terbang Tinggi

Salam,

Saat terdengar lagu seniman M. Nasir Sang Rajawali terbang tinggi. Damak terfikir.. betul ke Rajawali terbang tinggi atau itu sebenarnya Rajawalit.


Rajawali,, burung yang tidak pernah hingga bumi.. entah .. apa beza antara Rajawalit dengan Cenderwasih,... Yang Damak tahu.. burung walit memang terbang tinggi.

Musim sekarang Burung Walit agak kurang.. kurang galak bermain-main di sarang,  hanya gelap terbang tinggi di awan.. maka ada memanggilnya black cloud,, awan hitam dan macam -macam. Namun,, apa guna hujan,, apa guna awan kalau ia tidak memanfaatkan manusia kita untuk berfikir.

Burung,, yang tidak berhiijrah.. yang setia,, yang tinggalnya di tempat gelap dan yang paling menjadi kegilaan kita.. burung ini burung emas.. rezeki...,

Terbang tinggi.... dalam doa kita.. Doa Dhuha ,,.. kita berdoa.. rezeki daripada langit turunkan lah.. namun.. apa yang kita hendak lakukan dengan rezeki itu setelah ia turun.. harus menjadi percangan dan perkiraan teliti kita agar tidak kufur nikmat Allah.

Dalam.. buku.. Imam Al- Ghazali.. terjemahan Hidayah Publication bertajuk " Mari Terbang ke Syurga".. membawa  Teringat- ingat buku karang Al- Atar " Musyaawarah Burung"...  hanya ada 30.. burung yang menemui Simurgh..

Berkat kesabaran menempuhi ujian, dengan pelbagai onak duri dan kesengsaraan jiwa, mental dan nikmat iman akhirnya.. mereka berjaya..
Hal yang sama sekiranya kita melihat dalam konteks ingin membina BHW... tidak semudah ABC.... apabila  sesebuah BHW di bina,... Burung tidak akan terus bersarang.. perlukan masa...

Terdapat beberapa pringkat yang perlu di fahami masalah kita

1) 3 bulan pertama - pengurusan emosi-- sabar tenang - jangan cepat melatah

2) 6 bulan - pengurusan habitat- penyesuaian mikro - menguruskan penolakkan Walit

3)  12 bulan... pengurusan, dan penyelengarann mikro dan makro.. ( jika perlu)

Maka penerbangan pencarian Rajawalit yang terbang  tinggi ini .. bukan semudah yang kita sangka,, memikaT

Sang Walit.. agar turun sujud bersarang ke dalam BHW bukan berada di dalam kudhrat kita. Ini.. kerja Allah.. kita hanya mampu menyediakan yang terbaik.. dan yakin... sekiranya kita berusaha bersungguh- sungguh.. Allah akan bantu kita... Insyallah

Sang Walit.. burung bebas... terbang tinggi
Kita terikat dengan amanah dan tanggungjawab
meninggikan syariat dan sebagai khalifah di Bumi.
Mudahan.. kita akan patuh.... kerana

Tiada apa -apa sebenarnya milik kita
Kita hanya mengushakan sahaja
Semua yang kita dapat
Allah telah sediakannya.

Insyallah
Amin
Wasalam





Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Thursday, 20 October 2011

Kepakaran Susun Atur letak speaker

Salam,

Pendawaian speaker BHW,, bukan perkara enteng yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.  Ia memerlukan ilmu-ilmu dan asas-asas khusus untuk menjamin .. mutu bunyi speaker di dalam BHW menyamai habitat asal walit.

Ramai orang lakukan ini secara sembrono tanpa mematuhi asas-asas penerbangan walit.  Sang walit, burung yang terbang laju, tidak hinggap, memerlukan ruang tertentu untuk kitarannya.  Dan di mana susun atur letak speaker perlu diperhatikan dengan serius dan kita memerlukan nasihat daripada mereka yang telah berjaya.

Secara teori ia nampak mudah.. namun disaat kita memegang wire, speaker, dan paku untuk melekatkan speaker itu, kita akan tertanya- tanya dimana hendak letaknya. .berapa jaraknya.. berapa jumlahlah, di nesting plank yang bagai mana.. arah mana?..

Dan yang paling penting.. kenapa dan mengapa.. kita berbuat demikian.. apakah asas-asas kefahaman tentang burung walit yang mendorong kita membuat keputusan itu,.. kita tidak boleh buat ikut suka dan naluri kita..


Kefahaman tentang naluri walit amat penting.... hendak memahami naluri walit ada beberapa cara.. pertama, tambah ilmu. tambah ilmu dengan membaca, memerhati dan berfikir... sesuatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, itu akan terasa begitu manis sekali sekiranya kita pandai bersyukur.

Bersyukurlah kita.. dan jangan kita menjadi kufur... sekiranya kita menjaga beberapa perkara.  Allah akan memudahkan urusan kita.. antaranya

1) Solat Awal waktu sebaiknya berjemaah
2) Bersedekah dgn ikhlas-- ( ini boleh diukur apabila kita sanggup berbuat demikian walaupun kita rasa kita tidak ada)- Yakin ezeki Milik Allah
3) Hormat ibu bapa
4) Mengamalkan sunnah..

Berbalik kepada ilmu milik mutlak Allah, dan harus dikongsikan. Damak ada kongsikan ilmu-ilmu ini di dalam Kursus Damak dan buku PRP Burung Walit.

Terbaru... nanti kursus yang akan Damak anjurkan di USM insyallah pada hujung November nanti.

Bagi orang-orang Utara yang berminat... ini satu peluang yang amat menarik untuk tuan-tuan

insyallah.. mudahan urusan kita dipermudahkan




Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Saturday, 8 October 2011

Seminar Walit di UMS.. Sabah... Terima kasih semua

Alhamdullillah,

Panjat syukur kepada Allah. S.W.T memberikan kekuatan dan kelapangan untuk terus menyebaran ilmu walit..
Alhamdullillah walaupun.. tidak ramai.. tetapi meriah.. dan mesra. Semuanya dengan penuh minat mendalam dan ingin megetahui rahsia daripada langit ini dapat diterokai dengan cara yang berkesan. Insyallah.

Tiada apa yang dapat dikatakan .. ucapan syukur saya kepada.. Zia.. pembantu saya.. pelajar UMS yang sudi memberikan pertolongan... kepada pekerja pentadbiran UMS yang membantu, kepada En Hariss Catering.. dan  sesiapa sahaja.. lebih- lebih lagi kepada peserta yang datang.. Syukur Damak ucapakan .. kerana memberikan sokongan..

Sebar kembang suburkan ilmu walit kepada semua untuk mereka yang berhak. agar nikmat ini boleh dikongsi oleh semua, insyallah

ikhlas daripada Wan Damak

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 13 September 2011

Wat Rumah burung.. tapi Burung tak masuk.. nak wat macam na..?

Salam,

Ini adalah soalan cepu emas yang sering ditanya oleh semua pengusaha walit, termasuk Damak sendiri.  Damak melihat .. kepentingan untuk memahami dan keperluan walit itu sebagai satu asas penting,

Sekiraya semua keperluan mikro dan makro telah dipenuhi.. , mengapa sang walit masih tidak bersarang,.  kawasan cantik, bangunan tip top, burung ramai, tak ada musuh walit... lalu kenapa tidak masuk.?  ..ada ke kemungkinan seperti ini?..

Damak percaya ... ia berlaku.. namun bukan sesuatu yang sepatutnya berlaku atas pertimbangan kita sebagai manusia yang pendek akalnya.

Sepatutnya apabila... habitat BHW sudah menyerupai habitat burung walit. tentu walit akan bersarang.  Maka cabaran terbesar ialah cuba nak menyediakan satu habitat yang menyamai habitat asal walit, iaitu gua.  Maka kena faham dan mengerti aspek ini.

Selainnya, jika dilihat menerusi kaca mata agama. seorang yang kedekut, kikir, tidak pemurah... dan sebagainya.. sekiranya diuji dengan kekayaan, kesenangan.. mungkin ia sesuatu yang berat kepada mereka. Dan akan menjadikan mereka lebih jau daripada Rahmat Allah. maka ini adalah ak mutlak Allah.  MAKA INI ADALAH ASPEK CABARAN YANG LEBIH BESAR.. DARIPADA  MENYEDIAKAN HABITAT BHW YANG TERBAIK.

Kebiasaanya orang Islam kita ( Pengusaha Burung Walit) .. akan percaya.. perlu sedekah, bermurah hati, menderma  dan sebagainya. apabila diberitahu oleh, tokey Cina yang sudah kaya.. bahawa Derma itu akan meningkatkan hasil tuaian burung walit..amat dangkal.. dan hanya setakat itu kefahaman kita tentang Rahmat Allah. hingga perlu ditunjuki oleh orang kafir untuk melakukan sesuatu yang digalakkan dalam Agama.

AWAS: hati hati.. disini.. kita telah mensia-siakan amalan derma kita sekiranya perkara yang baik ini didasarkan atas kepercayaan untuk mendapat balasan. kerana kaum bukan islam buat begitu.. maka kita pun perlu buat beigitu untuk berjaya.

Bolehkan kita,, meletakkanya begini.. aku dermakan ni, sedekah ini.. kerana Allah.., mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah.. kerana kita lebih berhak bukannya orang kafir yang tidak mentauhidkan Allah.
Zakat dan  Derma itu lebih berhak ke atas kita.

Maka.. soal rezeki dariapda langit ini.. kena berusaha, berusaha, berusaha, bertawakal sambil berdoa. setelah habitat. yang disediakan... itu sudah menepati..kehendak burung walit 100%.

Selebihnya serahkan kepada Allah.

Kebanyakkan Teman seperwalitan bersetuju... antara sebab-sebab lain yang menyebabkan BHW lambat dimasuki burung ( atau tidak masuk langsung) seperti berikut:

1) Status Tanah tidak jelas
2) Proses pembinaan melibatkan unsur kezaliman kepada orang lain
3)Pemilik seorang yang kikir, kedekut,
4) tidak jujur
5) Menggunakan wang haram
6) Dan lain-lain hal yang dilarang oleh agama.

Ini kerana, Rahmat Allah itu, ada hikmahnya.. untuk semua orang. bukan kita sahaja,  Kepada pemilik Walit, BHW anda .. adalah amanah untuk dijaga dan dimanfaatkan bukan hanya untuk diindividu.. tetapi untuk pembangunan umat Islam, agama dan negara.

Mungkin.. ada yang tidak setuju dengan Damak.. tetapi.. Damak tetap yakin.. hanya daripada sumber-sumber wang yang halal akan menyumbang kepada rezeki yang halal dan kemanisannya akan berpajangan hingga ke akhirat.. insyallah.

Wasalam.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 5 September 2011

Kursus Di TEMAN KB

As salam.. berkongsi suasana Kursus di TEMAN pada 3 September 2011.






sesi.. pagi yang meriah

er

Semua nampak berminat sangat-sangat


Ni  mungkin Damak cuba menunjukkan Gaya burung walit terbang kot!!!, beza antara seriti dan walit, dan lain-lain burung!


Semua tekun,, insyallah berjaya


Gambar kenangan.., Terima kasih semua peserta yang hadir.. 

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 4 September 2011

Membina Rumah Burung Walit : yang Berhasil dengan cepat..

Semalam, semasa menganjurkan kursus secara bersama dengan TEMAN. Damak berpeluang berjumpa dengan seorang pengusaha walit. yang hanya baru membina BHW selama 13 bulan. Namun hasilnya sudah 5 kg sebulan.

Damak.. bersyukur kerana berpeluang berkongsi cerita dan pengalaman dengan beliau.  Mengikut cerita beliau.. dalam tempoh seminggu selepas pembinaan sudah ada burung membuat sarang. Dan dalam tempoh 3 bulan pertama sudah ada ratusan sarang.

Damak ... hampir tidak percaya.. namun tiada yang mustahil..., kerana memang ia boleh berlaku.  Dan cerita beliau dikuatkan dengan bukti- bukti berikut

1) Kawasan BHW berada di kawasan kelapa sawit
2) Berhampiran dengan Gua
3) Berada dilaluan burung terbang antara kuala Krai dan Gua Musang.

Memang rezeki.. fi sama' .( Rezeki daripada langit).. Tanpa perlu banyak bersusah payah.. cikgu sekolah rendah ini boleh tersenyum dan berpuas hati dan bersyukur kerana nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya tanpa perlu banyak bersusah payah seperti orang lain.

Mungkin,, ini lah harta karun.. daripada langit. Dan Harta karun sekali pun perlu dikeluarkan zakat.. kalau tidak silap Damak 1/5 ( Zakat Rikaz).. Harta yang dijumpai.. wa 'alah ualam.  ..

Oleh itu... kepada pemilik BHW.. yang mahukan hasil yang cepat... bertaqwalah kepada Allah, bersihkan hati, sucikan niat.. dan ikhlaskan diri untuk mendapat kredhaan Allah .  Jangan tamak.. dan pasimis terhadap sedekah dan zakat.. kerana zakat itu menyucikan harta kita.  Insyallah/

Wasalam.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Thursday, 25 August 2011

Promosi Suara Walit- Tawaran yang Belum Pernah Dibuat

Salam..

Kepada semua pengikut blog Walit.. Sempena Hari Raya yang Mulia ini.. Damak ingin menawarkan offer kepada semua

Boleh dapatkan koleksi suara Terbaik Damak..

Dari Harga serendah RM 100- suara luar

Biasanya Suara ini .. Damak berikan secara percuma kepada peserta Kursus- kursus walit..

Harga Biasa suara ini RM 300.  Asal suara ini Damak beli daripada seorang Kawan Seperwalitan.. Dan ia berkesan kepada BHW Damak.

sekiranya ada yang berminat sila hubungi Damak..

Selamat berusaha.. insyallah


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday, 24 August 2011

Selamat Hari Raya

Salam, sudah berhari raya lah kita nampaknya.. Insyallah.

Meninggalkan bulan yang Mulia ini.. memberikan satu impak kesedaran yang tinggi.  Bulan yang banyak menyekat kita daripada runtunan nafsu dan syaitan.  Bulan, kita dijaga dan dididik oleh Ramadhan untuk menjadi lebih sabar, panjang akal, lebih kental dan memhami roh islam dan keikhlasan.

Mendidik jiwa menjadi ikhlas, menjadi lebih murni agar kesinambungan jiwa  murni dan kebaikan manusia tidak akan putus dan sentiasa bertali terus.

Melihat.. diri yang semakin rancak terlibat di dalam Industri Burung Walit. mungkin semasa mengendalikan mana-mana kursus dan seminar ada  salah silap menguris rasa.. Damak mohonkan kemaafkan dan biarkan kemaafan mengalir di hari kita semua..

Selamat Hari Raya.. " Hati- hati di Jalan Raya"..

wasalam


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 1 August 2011

Ramadhan Anugerah untuk Umat Muhammad

Salam,  Ramadhan,



Pada permulaan hari dan bulan yang penuh berkat.. Damak ingin memohon kemaafaan dan memberikan kemaafaan kepada semua pengikut blog Damak. Kepada semua pembaca blog.. kepada semua yang pernah mengikuti kursus Damak,  Kepada Alumni kursus Damak yang mencecah angka 3++ orang. Terima kasih Damak ucapkan..  Juga untuk pembaca buku PRP.. Damak mohon maaf atas sebarang cacat cela dan kekurangan  yang ada pada buku itu...

Mudahan Ramadhan kali ini akan memberikan kita kemanisan iman, untuk merebut piala Taqwa, dan dapat menjamin iman kita untuk menelurusi perjalanan yang maha panjang.

Mudahan Ramadhan ini akan memberikan kita satu pengalaman asyik maksyuk dan lazat beribadat , mengharapkan agar diringgan dan dijodohkan untuk beramal ibadat pada malam Qadar.

Mudahan,, Dosa-dosa, noda kita diampunkan dengan seribu satu penyesalan dan taubat yang sebenar untuk tidak kembali melakukannya lagi.. umpama sebekas air yang tumpah.. yang tidak akan kembali lagi kepada bekas itu..


Mudahan. dengan jiwa yang bersih.. amal yang berkat dan ikhlas hati dan jiwa.. mudahan Allah memandang kita dengan pandangan Rahmat dan seterusnya memakbulkan doa-doa kita,, dan seterusnya meletakan , menempatkan kita dikalangan orang yang beruntung dunia dan akhirat.


Kesudahan atau penyudah matlamat akhir kepada apa sahaja yang kita lakukan adalah mengharapkgan keredhaan Allah.  Walau apa pun sekali, waima, solat, makan, tidur, berniaga, burung walit, buku walit, kursus walit, bawa kereta, basuh baju, beli kain raya, dan tentu segala-galanya akan dinilai oleh Allah..

Sesungguhnya.. pertarungan iman akan menjadi lebih adil.. apabila hanya berlawan dengan nafsu semata- mata kerana.. Setan telah bungkus kain dan di rantai oleh Allah.., Dan nafsu akan alah dek lapar.. maka.. kita dan jiwa kita , insyallah akan sentiasa menang dan beriman.. insyallah


Allah.. terima .. terima lah, pandang lah kami dengan Rahmat Mu.. agar kami berada dikalangan mereka yang beruntung.. dan berjaya.. kerana inilah kejayaan sebenar yang kami Dambarkan...

" Pernah Damak berdoa.. "Ya Alllah  sekiranya industri burung Walit ini akan menjadikan aku sesat dan jauh daripada Mu.. maka engkau selamatkan aku".. agar menjauhinya ..barang sejengkal... dan jangan sekali-kali Engkau permudahkan segala urusan.. yang menyesatkan diri ku dan menjauhkan  ku daripada Mu,..  Ya Alllah,, janganlah Engkau biarkan aku menilai tukar ganti iman ini dengan dunia yang Maya.. Selamatkan Iman
 ku., selamatkan aku dari Seksa nerakamu untuk mereka-mereka yang sesat dan aku bukan daripada golongan itu..

Ramadhan.. aakan memberikan kemanisan iman.. dan kemanisan ibadah.. lazatnya .. Masyallah tidak dapat digambarkan..
Mudahan.. Ramadhan akan memberi Rahmat ( Allah)  untuk mereka yang sabar..

Wasalam..
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Saturday, 30 July 2011

Nilai Sebuah Keikhlasan

Pagi.. tadi Damak pergi mendapatkan khidmat urut tradisional.. daripada seorang tukang urut yang mahsyhur..., Damak perlukan masa hampir sebulan untuk booking service ini.  Khidmat urut yang diberikan sangat istimewa.. malah ada pelanggan yang sanggup membayar sehingga RM500.00 untuk sekali service.  Kebetulan, perjalanan jelajah kursus Walit memang memerlukan tubuh badan yang sihat, lenguh-lenguh sendi dan urat nadi terubat dengan khidmatnya.  Seorang lelaki pertengahan  hujung 50an.. mungkin awal 60 an.



Damak bertanya kepada beliau.. sudah berapa lama terlibat dengan kerja-kerja sebagai tukang urut.., dia menjawab puas.. sudah 40 tahun...,, Damak bertanya.. bagaimana boleh bertahan begini lama dalam mengurut.. dan berapakah satu sesi urutan yang tertinggi yang pernah beliau dapat.

Beliau menjawab.. sekarang.. beliau hanya hadkan kepada 3 orang pelanggan sahaja setiap hari.. itupun melalui tempahan awal.. dulu semasa muda-muda.. dia pernah mengurut sehingga 6 orang sehari.. dan upah untuk urutan selama 2 jam itu, ikut suka pelanggan dan ikhlas... ada dia pernah dapat seredah RM 5.00 hingga RM500.00.

Malah ada .. kalanya orang tak bayar langsung...., ini semasa beliau mula-mula terlibat dan mengurut di Kuala lumpur dulu.. sebab dia menjawab.. ikut  suka ikhlas nak beri berapa!. maka ada yang tidak beri langsung!!!.

Beliau menjawab.. pernah satu masa.. orang pelanggan yang nak potong Q.. dan sanggup bayar lebih tinggi untuk dapatkan service awal.. namun beliau menolak... Damak tanya kenapa?...

Dalam buat kerja kita mesti ikhlas... pakcik yang mengurut aje.. yang menyembutkan Allah,, yang membuang penyakit AllaH

namun, berkat keikhlasan dan  sikap jujur, amanah dan profesional yang diamalkan menjadikan beliau seorang tukang urut yang amat dikenali..  dan pelangganya berkujung lagi, dan lagi dan lagi dan lagi... kenapa?

Walaupun,, hanya mengurut seramai 3 orang sehari.... rezekinya. murah.. kawan  ramai dan hidupnya selesa.. ini adalah berkat keikhlasan.. Damak membuat kesimpulan awal..
Susah untuk ikhlas.. apabila kita bekerja dan melibatkan wang..   Di dalam buku.. Travelog seorang Dai.. Ustaz Abdul Rahman.. menyebut.. keikhlasan itu... amat sukar untuk dicapai.. terutama apabila kita berdepan dengan masalah kewangan dan tututan seharian ( maksud umum).

Damak,, terfiikir.. indah.. dan bahagianya.. hidup seorang tukang urut yang ikhlas.. membuat kerja dan amal.. membantu mereka yang susah.. tanpa mengharapkan balasan yang tertentu.. Adakah kita mampu mencapai tahap itu,..

Membuat kerja dengan ikhlas.. ikhlas seperti burung walit, membuat sarang untuk anaknya.. tanpa meminta ganjaraan dan harapan agar anaknya akan membelanya satu hari kelak.. Ilmu.. datang bersama amanah. dan pembawa amanah yang berutung apabila mereka ikhlas... , maka ikhlaskah kita?....

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday, 27 July 2011

Mengatasi masalah Double standard... pilih bulu.. dan pilih sarang

Menghuraikan  tajuk ini... umpama kita menarik tepung di dalam beras... , namun.. kita tidak mahu.. rumah siap pahat dan tukul berbunyi...,

Keikhlasan dalam perniagaan amat penting.  Iman diletakan sebagai dasar, akhlak sebagai pakaian yang akan mencerminkan agama yang dipeluk dan dianuti dengan penuh yakin.

Keikhlasan merupakan tahap tertinggi dalam iman, dan merupakan satu tahap yang amat istimewa untuk dicapai oleh kita semua.. perlulah setiap kita mengidam-idamkan tahap ini lebih daripada mengidamkan burung walit masuk bersarang ke dalam rumah kita.  Kerana apabila kita mencapai tahap ini.. insyallah apa yang dilakukan dan diberikan oleh Allah tidak menjadi malapetaka kepada kita.

Bagi.. umat islam yang beriman.. tidak seharusna terdapat soal pilih bulu.. pilih sarang dan pilih kulit kerana apa yang hendak dinilai sebenarnya sikap kejujuran dan keimanan diri.  Namun, apabila ia lompong, kosong.. kekadang ramai antara kita. dan peniaga yang goyah dan kosong tecari-cari hala tuju akan mengambil cara untuk membela sesuatu yang mereka percaya adalah yang terbaik untuk mereka.. Padahal itu hanya satu agenda sempit yang akan memusnahkan keseluruhan sistem kehidupan dan kepercayaan didalam perniagaan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka berbuat demikian

1) persatuan mereka kuat
2) Kaum penjual tidak sabar
3) kaum penjual tidak bersatu hati
4) perasaan curiga yang menebal di dalam diri
5) mengekalkan monopoli mereka dalam industri walit

Wahal... sebenarnya.. kita boleh berdiri sama tinggi dan malah lebih tinggi kerana memiliki akhlak yang terpuji.  Sebenarnya sistem perniagaan yang murni dan tinggi akhlaknya sudah sukar dicari.. kaum ini akan begitu kagum dan cukup memuji kejujuran, dan keikhlasan dalam perniaggan.. namun kerana desakan semasa dan budaya yang melatari mereka.. menjadikan mereka tercari-cari dimana letaknya keikhlasa dalam perniagaan

Nah.. sekarang ia milik agama kita,, islam.. peluang untuk kita mereka bentuk semula model perniagaan yang berasaskan kepada keuntungan semata-mata kepada satu model ekonomi yang bersifat amanah dan anugerah Allah..

Perniagaan walit lah salah satu caranya.. kerana keterkaitan akan unsur bersyukur dan percaya kepada Tuhan amat rapat.. walaupun sesetengah mereka tidak percaya kepada Tuhan sepenuh hati..

Namun mereka percaya 50% hingga 80% faktor keberjayaan Rumah burung walit.. lebih kepada keikhlasan kita menabur budi dan berbakti kepada masyarkat tanpa menghitung apa yang diberikan... kerana ini adalah anugerah Allah untuk mereka yang bersyukur.. Wallahu alam.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 25 July 2011

Kenapa burung Walit

Salam,  berminat hari ini untuk mengetengahkan pendapat kenapa burung walit... bukan lain-lain
1) Minat
2) Hasil lumayan
3) Berniaga dan beramal
4) Mencari rakan taulan dan sahabat
5) Mengenal diri dan menguji keboleh tahanan sabar diri- Iman
6) belajar bersyukur agar kita tidak kufur

yang lain-lain nikmat Allah yang tidak terkira...
sekiranya kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan sabar.. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Berbaik sangka dengan Allah dalam semua hal, dicampur dengan usaha yang tidak pernah padam. . Sentiasa menjenguk.. kelemahan dan kelebihan diri untuk digunakan sebagai alat untuk berjuang dengan diri sendiri dalam menentang nafsu.. agar dapat menyegarbugarkan iman..   Insyallah.. semuanya akan tenang dan lenang untuk dijadikan bekalan kita apabila menghadap Tuhan.


Wasalam.



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 19 July 2011

Cabaran Masa Depan Industri Walit- Faktor Makanan

Salam.. sesuatu maklumat boleh dilihat dengan dua aspek.  Pertama sebagai masalah kedua sebagai peluang.  Bagi pengusaha walit seperti Damak. dan ( kita) kita senantiaa harus melihat peluang.
s
Semalam antara isu yang dibincangkan di ICOTOS di Pulau Wan Man.. Cabaran penghijrahan dan taburan burung walit di Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan semua benda hidup perlukan makanan, tempat tinggal dan pasangan.  Namun, aspek utama yang dilihat akan mencambahkan dan mengubah taburan / pola industri Burung Walit Malaysia ialah faktor makanan burung walit.

Peningkatan pemilikan BHW di bandar.. telah menghadkan sumber makanan burung walit. Masalahnya.. burung walit tidak cukup makanan.. masalah penyelesainnya ... membekalkan makanan atau menarik makanan untuk ke BHW yang sedia ada .. untuk mengelakan burung Walit berhijrah ke Tempat lain ( walaupun sifat asal burung ini tidak berhijrah).

Peluangnya .. kita akan dapat melihat dari aspek sumber makanan walit di kawasana pertanian .. terutama kelapa sawit..   Kawasan yang mempunyai seranga yang banyak akan memudhakan usaha memikat walit.  Maka, ini akan memberikan satu peluang kepada kita untuk membina BHW dikawasan luar bandar, sawah dan sebagainya.   Dan sesuatu yang menarik.. kebanyakan Tanah luar bandar dimiliki oleh orang Bumiputera. Kesannya.. Tanah luar bandar telah melambung sehinga 3-4 kali ganda gara- gara Rumah Walit..

Baru-baru ini dalam perjalan pulang ke Kelantan.. Damak singgah di Gesing untuk menemui kawan-kawan arwah ayah Damak.. dan sempat bercerita tentangr  Walit.. Satu maklumat dan cerita yang Damak dengan. penyanyi tersohor negara Dato Seri Siti Nurhaliza juga membina dan memiliki BHW dikawasan sekitar itu..
( Wal allahu alam).. Namun ini sesuatu yang menarik.... dan ia telah menjadikan tanah sekitarnya melambung tingggi.

Jadi.. ini adalah satu peluang baru kepada peneroka, orrang kampung, massyarakat pinggir bandar.. buat lah- buatlah- buatlah BHW.. insyallah tuan-tuan tidak akan menyesal.. mudahan tulisan Damak memberi manfaat kepada semua.. wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 4 July 2011

Insyallah...Kejayaan Bersama Mereka yang Berusaha dan Sabar

As'salam..

Dua hari lepas.. baru siap menyiapkan projek BHW di PC ( Pengkalan Chepa)... Alhamdullillah.. semuanya berjalan lancar.

Sekarang hanyalah waktu menunggu pancing.  Setelah semua  dilakukan dengan betul, suhu, kelembapan, bunyi.. aroma, timmer dan sebagainya termasuk langkah pencegahan musuh walit.

Damak seperti berlaku lebihan hormon adrenalin.. teruja untuk menyiapkan pemasangan speaker. Pemasangan bermula jam 8 malm.. berakhir jam 12.00 tgh malam.. diikuti esoknya.. bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12 tgh mlm... segalanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan teliti.









( Amaran : Sila bela ikan Gapii apabila menggunakan kolam.. nanti tak pasal-pasal nyamuk)

Setelah semua siap dipasang dan diyakini berada pada syarat-syarat yang benar.... Tiada apa yang yang mampu.. kita lakukan.. selain.. memanjat doa kepada  Allah agar. semua ini diberkati dan dirahamti..Insyallah



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 27 June 2011

Ke Shah Alam lagi pada 7 hb July nanti-- Insyallah

Semalam baru balik daripada Shah Alam... kerana urusan walit.. dan insyallah pada 7 hb nanti akan ke Shah Alam lagi..

Mungkin... kepada rakan-rakan seperwalitan yang ingin berjumpa.. dan tak sempat jumpa pada minggu lepas.. kerana urusan kerja.. harap kita boleh berjumpa semula pada 7 hb nanti.. untuk maklumat lanjut... boleh hubungi  Damak .. di mana dan jam berapa...??.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 19 June 2011

Galakan Kerajaan Malaysia untuk Industri Burung Walit

As'slam

Betapa kerajaan sedar akan potensi industri Berimpak tinggi ini..

Ada peruntukan khas tu...



".Burung Yanming",... itulah nama gelaran orang China... kenapa... kerajaan Menggunakan nama China.. 

Tentu ada sebab-sebab tersendiri.. kerana



itulah.. jawapan kepada potensi Industri ini...

wasalam



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Pemasangan Nesting Plank bertingkat...

Salam.. hari ni.. Damak ingin berkongsi  idea dan corak pemasangan nesting plank bertingkat...

Jom lihat...








Insyallah.... berusaha  tanda jaya..


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Friday, 17 June 2011

Menentukan arah lubang masuk

Salam.. hari ini terfikir unuk menulis tentang  tajuk ini
Dalam menguji.... arah.. burung masuk yang sebenar... terdapat beberapa mazahab yang diterima pakai....

Mazahab pertama... mengambil kira kepentingan cahaya.. matahari.. sebagai asas dan panduan untuk walit keluar.. pada waktu pagi... maksudnya.. pintu mengadap matahari naik..

mazahab kedua.... mengikut arah angin... dan pusaran angin..., ini menarik kerana arah angin.. biasanya berubah-rubah...

mazahab ketiga.. mengikut arah burung pulang... dan diambil kira... arah pusaran angin..

Maka... tentu  kita akan keliru.. arah mana. .dan mazahab mana sebenarnya yang perlu kita pilih...
jawapan Damak.. pilihlah.. yang terbaik.. yang cuba memenuhi.. ciri-ciri yang dimaksudkan..

Namun yang lebih penting... pastikan pintu masuk BHW kita tidak.. menjadi pintu ... kepada masalah lain..., kita akan berkontradik... apabila... pintu masuk.. dan bazooka.. menghdap kawasan penempatan awam.

Ia.. akan mengganggu gugat keamanan og ramai sekiranya tidak diurusan dengan baik.. jgn jadikan punca rezeki ini sebagai satu fitnah yang dicemuh dan dibenci orang..

wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 13 June 2011

POSTPONE.... KE 23 JULY

Salam... kerana terdapat banyak permintaan  daripada rakan-rakan di Terengganu agar kursus di KT di dilakukan pada bulan 7. ( July).  Damak menimbang dan mengambil kira semua faktor... Kursus itu akan dilangsung di Tempat yang sama.. cuma pada tarikh yang berbeza... mohon perhatian dan harap maklum.

wasalam.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 12 June 2011

SAtu lagi... Buah Tangan daripada Damak..

Salam... semua.. tuan-tuan semua dijemput untuk berforum di  sini

http://damakswiftlets.com/forum/index.php?p=/discussions



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Thursday, 9 June 2011

Asas kena kuat....

Salam,
Hari ini insyallah akan cuba menghuraikan tentang secara konseptual dan teori yang perlu diketahui sebelum terjun ke dalam industri Burung Walit.

Di dalam buku PRP Damak ada rincikan hal ini supaya semua peserta melangkah ke industri ini dengna yakin tanpa keraguan.. Dan tahu bahawa kita berada dilandansan yang benar..

Cuma.. ada beberapa hal yang perlu dijelaskan..

1) Pertama soal asas pilihan -- kenapa saya memilih untuk terlibat di dalam BHW?

2) Benarkan pelaburan ini akan berjaya?

3) Sejauhmanakah hasilnya dapat dipasarkan?

4) Kalau dah ramai orang buat BHW-- tak tepu ke pasaran

5) Halal ke?

dan lain-lain..

Soal- soal di atas telah damak huraikan di dalam beberapa tulisan sebelum ini.. Mungkin pengikut setia.. sudah tahu.. Damak tak lenguh tangan ke menaip benda yang sama..

Mungkin... apa yang hendak ketahui lagi tentnag burung walit.

Sesuai dengan tajuk  blog segalanya tentang burung.. Damak  juga emperihalkan hal burung satu persatu.. daripada asal burung.. hingga manfaat burung.. Hal -hal ini Damak muatkan di dalam buku PRP.

Daripada soal teknologi, hingga kepada soal mikro dan makro.. soal struktur bangunan. bab cuaca.. dan sebagainya.. ini semua .... memerlukan kita memhami satu persatu..

Paling mudah... kenapa Walit memilih Asia Tenggara.. bukan Asia barat.... ( jawapan pintar yang kita boleh berikan ... suhu dan cuaca kita amat sesuai untuk pembiakan dan habitat burung....


ASas- asas informasi ini.. adalah perkara yang perlu kita kaitan dengan jelas.. dengan zat pencipta.. jangan pisahkan itu semua konsep keimanan kita.. Asas ini mesti kuat.. disusurgalurkan dengan iman, berkat, solat dan usaha dan tawakal... cekal.. maka semua pakej itu nampak sempurna.

Barulah... sekiranya,,, kita berhdapan dengan cabaran-cabaran pengurusan atau pulangan hasil.. kita akan dapat melihat dalam sudut yang positif...

Berbaik sangka dengan pencipta- Allah.. yang maha kaya....di kala seluruh manusia tidak mampu memaafkan kesalahan... namun Allah pasti.. pasti,.. pasti akan sentiasa bersedia untuk mengampunkan.  Jauhi ... sikap putus aasa.. pesanan untuk diri Damak sendiri agar.. lalun kita nanti lebih senang dan sempurna... insyallah

Maka ASAS ini mesti kuat... ayuh kita maju bersama-sama


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday, 8 June 2011

Kita Tengok Gambar Pulak.. asyik tulis aje!.. ha ha


Insyallah.. sebelum puasa siap!!



Cabaran Rumah Monyet.. kenapa perlu ada Monkey House..?


Tokey-tokeu tengah sembang...


Antaranya tokey sembang walit...


wasalam
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 7 June 2011

Tahniah kepada Mereka yang Berani

Salam,
orang kata kita.. kita kena berani.. .tetapi berani kena bertempat... tadi mengendalikan satu kes.. pelajar meniru semasa exam.. memang berani... budak ni.. bawa masuk toyol dalam dewan exam., Maka sayabertanya.. kenapa awak berbuat demikian sedangkan pengawas sudah maklumkan kepada semua .. sila serahkan sebarang nota atau catatan sekiranya mereka terbawa masuk nota.. Maka pada masa itu .. semua diam..
Dan apabila.. tertangkap... mereka menangis dan sesal... kerana akan digantung semester... maka kita boleh katakan berani ini. tidak bertempat..



Berani yang kita mahukan ialah berani mencuba sesuatu yang terduga oleh akal fikiran kita.. dan terjangkau oleh usaha daya dan kudrat yang Allah kurniakan.

Beranilah untuk mencuba sesuatu yang bukan bersifat skim cepat kaya.. Tiada Istilah kita akan kaya dengan mudah dan cepat.. , kita mesti berusaha, maka berusaha dan bersabar insyallah kejayaan milik kita..

Burung Walit mempunyai kesabaran yang cukup tinggi.. lihat sahaja bagaimana mereka membina sarang.. daripada lelehan air liur yang sedikit.. dicantumkan dengan iltizam dan semangat yang jitu, setia pada pasangan dengan matlamat yang jelas.. mereka boleh bersama-sama menghasilkan satu sarang yang cukup bernilai dan mampu menjaga zuriat keturunan dengan air liur ketekunan.

Janganlah kita terpengaruh seperti sistem cepat kaya yang heboh dalam akhbar hari ini... Dina Group.. Harun Mat Saad.. diburu oleh Bank Negara.. kerana menggunakan topeng agama untuk mencari kekayaaan dunia dan menipu sesama islam.. ini sangat zalim.. namun, kerana retorik agama dan taksub atau ketamakan dengan pulangan janji yang diwar-warkan...  ramai yang tertipu.. sehingga mencecah jutaan ringgit.

Namun, yakinlah... Industri burung walit bukan , skim cepat kaya.. anda masuk ... dan bina BHW anda akan terus kaya.. Tidak.. ia adalah hasil daripada usaha.. titik peluh, dan sabar kepada anugerah Allah ini.. Janganlah kita busuk hati apabila melihat.. BHW jiran kita lebih hebat dan lebat daripada kita... .. cuba pelajari kenapa BHW nya begitu.. tentu ada sesuatu yang menanrik BW ke sana.. .. Apabila kita berurusan dengna binatang... ia lebih mudah... kerana binatang tidak prajudis..tidak pilih kasih dan tiada akal.. apa yang mereka pilih ialah , makanan, tempat tinggal dan pasangan.. penuhi 3 keperluan asas ini ... insyallah... kita akan berjaya.

wasalam




Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..