Maka tidak hairan,ramai akan mengatakan cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan suhu yang dingini oleh walet. Suhu yang sesuai untuk walet dikatakan antara 28-30 C. Jika dilihat kepada cabaran ini, kita amat bertuah kerana cuaca dinegara kita telah menghampiri keadaan yang dikehendaki oleh walet. Maka agak wajar negara-negara di Asia Tenggara menjadi tumpuan walet kerana kita beriklim Khatulistiwa. Negara kita amat beruntung kerana mengalami jumlah waktu malam dan siang dengan kadar yang hampir (iaitu 12 jam )sama dan cuaca lembap dan hujan sepanjang Tahun.
Namun ada kala, suhu dirumah walet berubah-ubah kerana faktor setempat dan kawasan sekitar. Di kawasan berbukit. Keadaan hutan dan pokoktyang tumbuh melawa dan melata mampu menjadikan BHW lebih nyaman dan sejuk. Namun di bandar-bandar, hutan-hutan konkrit dan muntahan asap kenderaan mampu menjadikan BHW tidak nyaman untuk walet. Ini satu cabaran besar bagi mereka.. kata kawan saya!
Walaupun begitu, kerana populasi walet sekarang nampak banyak berhijrah ke bandar dan mencari makan dikawasan pulau atau sawah. Maka semua perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi walet asalkan ia tidak terlalu panas dan menganggu mereka. Kenapa mereka mahukan suhu seperti itu?.. satu soalan yang baik.. secara mudah kerana ia amat sesuai untuk proses pembiakan walet, bermula daripada bertelur, mengeram, menetas, dan menjaga anak-anak walet hingga dewasa. Sekiranya semua kendisi ini dipenuhi.. Insyallah kita akan mampu memikat hati walet untuk bersarang dan tinggal di BH kita.
"Kawasan dan lokasi memainkan peranan lebih penting daripada suhu jawab seorang kawan yang lain." Sebabnya? tanya saya. Maka dia menjawab . Di kawasan yang telah banyak populasi burung, walet akan lebih suka bermain kerana menjadi satu tabiat burung ini mereka akan hidup di dalam klompok atau kaloni yang besar. Namun dengan pertambahan burung saban tahun.. lama kelamaan , BHW yang sedia ada tidak lagi mampu menampung populasi burung yang semakin bertambah. dikatakan burung walet akan bertambah dengan kadar 3 kali ganda setahun. Maksudnya. Untuk menampung keperluan walet, paling-paling tidak, dikawasan baru memerlukan 3 kali ganda juga petambahan rumah burung walet. Kawasan, dan suara yang mampu menarik burung memainkan peranan cukup penting dan ia menjadi satu cabaran yang harus diselesaikan terlebih dahulu apabila seseoang itu ingin membina BHW. Setelah itu, barulah diambil kira strukur makro dan mikro bangunan, semakin canggih, murah, dan selamat!
Namun, adakah ini cabaran terbesar pengusaha walet. Saya katakan..Mungkin tidak.. ada satu lagi cabaran yang lebih penting. Cabaran itu adalah.. memastikan burung masuk dan mendiami BHW secara konsisten. Menunggu burung masuk dan membentuk sarang pertama adalah saat-saat yang paling mendebarkan. Kepuasan mula timbul apabila sarang burung pertama dapat dilihat dbina oleh walet secara sempurna. Namun, kita tidak berhenti setakat itu, perjalanan masih panjang. Perjalanan sebenar akan bermula apabila walet mula bersarang 1, 2, 3 ,4 dan etc. Maka akan timbul soal lain pula. iaitu gred dan kualiti sarang. Ini cerita panjang.. kita story lain kali...
Ayuh.. matlamat kita di atas sana!
No comments:
Post a Comment