Iklan Nuff

Pakej Suara Walit untuk di Jual

Terdapat beberapa pakej menarik untuk dimiliki

Pakej A = 10 suara luar dan 2 suara Dalam RM 150.00 sahaja

Pakej B =20 Suara luar dan 4 suara Dalam RM 250.00 sahaja


Kita Berusaha Allah tentukan.
hubungi 017-978 4268. untuk maklumat lanjut.


Monday, 24 October 2011

Rajawali Terbang Tinggi atau Rajawalit Terbang Tinggi

Salam,

Saat terdengar lagu seniman M. Nasir Sang Rajawali terbang tinggi. Damak terfikir.. betul ke Rajawali terbang tinggi atau itu sebenarnya Rajawalit.


Rajawali,, burung yang tidak pernah hingga bumi.. entah .. apa beza antara Rajawalit dengan Cenderwasih,... Yang Damak tahu.. burung walit memang terbang tinggi.

Musim sekarang Burung Walit agak kurang.. kurang galak bermain-main di sarang,  hanya gelap terbang tinggi di awan.. maka ada memanggilnya black cloud,, awan hitam dan macam -macam. Namun,, apa guna hujan,, apa guna awan kalau ia tidak memanfaatkan manusia kita untuk berfikir.

Burung,, yang tidak berhiijrah.. yang setia,, yang tinggalnya di tempat gelap dan yang paling menjadi kegilaan kita.. burung ini burung emas.. rezeki...,

Terbang tinggi.... dalam doa kita.. Doa Dhuha ,,.. kita berdoa.. rezeki daripada langit turunkan lah.. namun.. apa yang kita hendak lakukan dengan rezeki itu setelah ia turun.. harus menjadi percangan dan perkiraan teliti kita agar tidak kufur nikmat Allah.

Dalam.. buku.. Imam Al- Ghazali.. terjemahan Hidayah Publication bertajuk " Mari Terbang ke Syurga".. membawa  Teringat- ingat buku karang Al- Atar " Musyaawarah Burung"...  hanya ada 30.. burung yang menemui Simurgh..

Berkat kesabaran menempuhi ujian, dengan pelbagai onak duri dan kesengsaraan jiwa, mental dan nikmat iman akhirnya.. mereka berjaya..
Hal yang sama sekiranya kita melihat dalam konteks ingin membina BHW... tidak semudah ABC.... apabila  sesebuah BHW di bina,... Burung tidak akan terus bersarang.. perlukan masa...

Terdapat beberapa pringkat yang perlu di fahami masalah kita

1) 3 bulan pertama - pengurusan emosi-- sabar tenang - jangan cepat melatah

2) 6 bulan - pengurusan habitat- penyesuaian mikro - menguruskan penolakkan Walit

3)  12 bulan... pengurusan, dan penyelengarann mikro dan makro.. ( jika perlu)

Maka penerbangan pencarian Rajawalit yang terbang  tinggi ini .. bukan semudah yang kita sangka,, memikaT

Sang Walit.. agar turun sujud bersarang ke dalam BHW bukan berada di dalam kudhrat kita. Ini.. kerja Allah.. kita hanya mampu menyediakan yang terbaik.. dan yakin... sekiranya kita berusaha bersungguh- sungguh.. Allah akan bantu kita... Insyallah

Sang Walit.. burung bebas... terbang tinggi
Kita terikat dengan amanah dan tanggungjawab
meninggikan syariat dan sebagai khalifah di Bumi.
Mudahan.. kita akan patuh.... kerana

Tiada apa -apa sebenarnya milik kita
Kita hanya mengushakan sahaja
Semua yang kita dapat
Allah telah sediakannya.

Insyallah
Amin
Wasalam





Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment