Tuesday 15 November 2011

Antara soalan ( FAQ) yang ditanya semasa kursus PRP Damak


Berikut Damak kemukakan antara soalan yang ditanya

Lokasi.

1)Apakah lokasi terbaik untuk buat BHW

Lokasi terbaik ialah tempat ada makanan walit, makan walit serangga kecil berterbangan, laluan pulang walit, dan senteral walit.

Saiz

2) Berapakah saiz minimum  BHW?

Saiz minimun.. terdapat beberapa mazahab, ada yang paling berani sekecil.. 10x10 kaki, namun, mengikut pandangan ideal Damak ialah sekecil 16x 16 kaki persegi, ( kos murah)


Kos sederahana

24 X 60 kaki x2


Kos Tinggi

30 x   60 x 3

____________________________________

Tinggi minimum :  maklumat Perhilitan sehingga 6 kaki, Veterinar sehingga 5 kaki, ideal 8- 10 kaki,


3) Anggaran hasil bila baru boleh tuai?

Subjektif,, bergantung kepada lokasi.. dan disiplin pengurus, apabila boleh tahan emosi dalam peringkat 3 bulan pertama selepas BHW dibuka. tidak selalu mengganggu burung.


4) Suara apa yang paling bagus?

Suara burung hanya bunyi satu ( dan mungkin tidak jauh berbeza).. namun manusia disiplinkan burung dengan pelbagai bunyi.  Suara bergantung kepada lokasi dan kebiasaan suara yang dipasang disesuatu kawasan.  Bagi kawasan baru belum diteroka dan bukan dalam jarak terbang burung yang mendiami BHW, pasang suara apa pun. insyallah masuk..


5) Bagaimana cara yang betul untuk pemasangan twitter dan audio system.

Soalan ini amat teknikal, ia tidak dapat ditampung dengan huraian perkataan, mesti melibatkan gambarajah dan penerangan amali yang Damak jelaskan semasa kursus

Namun secara mudah,  seperti berikut

1) Suara luar- 1 Amplifire

2) Suara Dalam  - 1 Amplifire

3) Suara Pulling- Guna amplifire suara luar atau Amplifire berasingan.


 6)  Bagaimanakah hendak menetukan Lubang Masuk

i)Lubang masuk harus mengambil kira arah angin, cahaya matahari, laluan burung.  Sesuaikan semua faktor ini.

LAL ( lubang antara lantai).

2) Letakan lubang LAL dalam bentuk yang boleh menyekat cahaya matahari daripada masuk ke dalam.. biasanya bentuk zip zak,


Lubang udara bagaimana

LU,  secukup rasa mengambil kira keseimbangan suhu dan kelembapan BHW, dinasihatkan buat lebih.. kerana apabila terlebih boleh tutup dgn mudah.. bebanding buat kurang.. susah nak tebuk BHW kita..

Dan untuk maklumat lanjut.. boleh sertai kursus Damak di USM dan Kelantan nanti atau dapatkan buku PRP Damak. Wasalam
















Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment