Monday, 1 August 2011

Ramadhan Anugerah untuk Umat Muhammad

Salam,  Ramadhan,



Pada permulaan hari dan bulan yang penuh berkat.. Damak ingin memohon kemaafaan dan memberikan kemaafaan kepada semua pengikut blog Damak. Kepada semua pembaca blog.. kepada semua yang pernah mengikuti kursus Damak,  Kepada Alumni kursus Damak yang mencecah angka 3++ orang. Terima kasih Damak ucapkan..  Juga untuk pembaca buku PRP.. Damak mohon maaf atas sebarang cacat cela dan kekurangan  yang ada pada buku itu...

Mudahan Ramadhan kali ini akan memberikan kita kemanisan iman, untuk merebut piala Taqwa, dan dapat menjamin iman kita untuk menelurusi perjalanan yang maha panjang.

Mudahan Ramadhan ini akan memberikan kita satu pengalaman asyik maksyuk dan lazat beribadat , mengharapkan agar diringgan dan dijodohkan untuk beramal ibadat pada malam Qadar.

Mudahan,, Dosa-dosa, noda kita diampunkan dengan seribu satu penyesalan dan taubat yang sebenar untuk tidak kembali melakukannya lagi.. umpama sebekas air yang tumpah.. yang tidak akan kembali lagi kepada bekas itu..


Mudahan. dengan jiwa yang bersih.. amal yang berkat dan ikhlas hati dan jiwa.. mudahan Allah memandang kita dengan pandangan Rahmat dan seterusnya memakbulkan doa-doa kita,, dan seterusnya meletakan , menempatkan kita dikalangan orang yang beruntung dunia dan akhirat.


Kesudahan atau penyudah matlamat akhir kepada apa sahaja yang kita lakukan adalah mengharapkgan keredhaan Allah.  Walau apa pun sekali, waima, solat, makan, tidur, berniaga, burung walit, buku walit, kursus walit, bawa kereta, basuh baju, beli kain raya, dan tentu segala-galanya akan dinilai oleh Allah..

Sesungguhnya.. pertarungan iman akan menjadi lebih adil.. apabila hanya berlawan dengan nafsu semata- mata kerana.. Setan telah bungkus kain dan di rantai oleh Allah.., Dan nafsu akan alah dek lapar.. maka.. kita dan jiwa kita , insyallah akan sentiasa menang dan beriman.. insyallah


Allah.. terima .. terima lah, pandang lah kami dengan Rahmat Mu.. agar kami berada dikalangan mereka yang beruntung.. dan berjaya.. kerana inilah kejayaan sebenar yang kami Dambarkan...

" Pernah Damak berdoa.. "Ya Alllah  sekiranya industri burung Walit ini akan menjadikan aku sesat dan jauh daripada Mu.. maka engkau selamatkan aku".. agar menjauhinya ..barang sejengkal... dan jangan sekali-kali Engkau permudahkan segala urusan.. yang menyesatkan diri ku dan menjauhkan  ku daripada Mu,..  Ya Alllah,, janganlah Engkau biarkan aku menilai tukar ganti iman ini dengan dunia yang Maya.. Selamatkan Iman
 ku., selamatkan aku dari Seksa nerakamu untuk mereka-mereka yang sesat dan aku bukan daripada golongan itu..

Ramadhan.. aakan memberikan kemanisan iman.. dan kemanisan ibadah.. lazatnya .. Masyallah tidak dapat digambarkan..
Mudahan.. Ramadhan akan memberi Rahmat ( Allah)  untuk mereka yang sabar..

Wasalam..
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment