Sunday, 4 September 2011

Membina Rumah Burung Walit : yang Berhasil dengan cepat..

Semalam, semasa menganjurkan kursus secara bersama dengan TEMAN. Damak berpeluang berjumpa dengan seorang pengusaha walit. yang hanya baru membina BHW selama 13 bulan. Namun hasilnya sudah 5 kg sebulan.

Damak.. bersyukur kerana berpeluang berkongsi cerita dan pengalaman dengan beliau.  Mengikut cerita beliau.. dalam tempoh seminggu selepas pembinaan sudah ada burung membuat sarang. Dan dalam tempoh 3 bulan pertama sudah ada ratusan sarang.

Damak ... hampir tidak percaya.. namun tiada yang mustahil..., kerana memang ia boleh berlaku.  Dan cerita beliau dikuatkan dengan bukti- bukti berikut

1) Kawasan BHW berada di kawasan kelapa sawit
2) Berhampiran dengan Gua
3) Berada dilaluan burung terbang antara kuala Krai dan Gua Musang.

Memang rezeki.. fi sama' .( Rezeki daripada langit).. Tanpa perlu banyak bersusah payah.. cikgu sekolah rendah ini boleh tersenyum dan berpuas hati dan bersyukur kerana nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya tanpa perlu banyak bersusah payah seperti orang lain.

Mungkin,, ini lah harta karun.. daripada langit. Dan Harta karun sekali pun perlu dikeluarkan zakat.. kalau tidak silap Damak 1/5 ( Zakat Rikaz).. Harta yang dijumpai.. wa 'alah ualam.  ..

Oleh itu... kepada pemilik BHW.. yang mahukan hasil yang cepat... bertaqwalah kepada Allah, bersihkan hati, sucikan niat.. dan ikhlaskan diri untuk mendapat kredhaan Allah .  Jangan tamak.. dan pasimis terhadap sedekah dan zakat.. kerana zakat itu menyucikan harta kita.  Insyallah/

Wasalam.
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment