Friday 31 December 2010

Sekadar Renungan- Israel akan Asingkan Pelajar Lelaki dan Perempuan

Segalanya Demi Ilmu .. kerana ilmu itu adalah kuasa. Islam dah lama anjurkan.. Namun kita liat untuk melakukkannya...




Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM

Study: Separate Classes Achieve Better Results 

by Elad Benari
Follow Israel news on  and . 

A recent announcement by Israel’s Ministry of Education said that hareidim who turn to academia will be eligible for stipends if they prove that they studied in schools with separate classes for boys and girls.

In light of this announcement, Arutz Sheva’s daily journal spoke on Tuesday with Shai Cohen, director of the Hakima psychometric prep institute for hareidim which itself provides separate classrooms. According to Cohen, the guideline set out by the Ministry is a logical one which will also result in better classroom achievements.


Kerana inilah diajurkan oleh Allah-
“If students study in separate classrooms they without a doubt achieve better results,” said Cohen, and added that a student who has achieved a score of 600 in the psychometric exam would be able to raise his score to 670 points in a mixed school, but would be able to achieve an additional 20 points in a school with separate classrooms.

According to Cohen, there is a logical explanation for this. “A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”

Cohen pointed out a recent recommendation by the Ministry of Education to all high schools that some subjects should be studied in separate schools. According to him, the main reason that this recommendation is not implemented is due to budgetary reasons. “If it was only because it was not popular I believe they would implement this,” he said. “But the real reason is that it requires money. It causes a need to suddenly open double the number of classes. Most schools run on an independent budget, and they prefer to save rather than split classes.”

He added that in recent years the number of students in his own school has doubled and attributed this to the fact that religious students do not see the separate classrooms as a matter of extremism but rather as a matter of professionalism. According to Cohen, there are even many requests by secular girls to join the school due to their recognition that learning in separate classes is an advantage. He explained that secular girls are told from the beginning that the school is a religious one and that they would be required to comply with dress code regulations and the like, but added that the girls adapt to these requirements.

Despite it all, Cohen doubts that separate classes in secular schools will be seen anytime soon, due to the aforementioned budget restrictions.


Namun dalam Rumah burung walit jangan pula kita pandai-pandai nak asing betina dan jantan.. kerana hukum Agama Syariat Allah tidak kena kepada binatang- Hanya untuk manusia dan Jin sahaja.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Kehendak sebenar Peserta Seminar

Setelah, menghadiri kursus yang dianjurkan oleh sebuah Jabatan Kerajaan  semalam.  Damak banyak meneliti soalan-soalan yang dilontarkan peserta-peserta seminar.  Dan kebanyakkan soalan, merupakan soalan-soalan asas berkaitan dengan sarang burung.  Jawapan itu dapat dicari dengan mudah diblog-blog dan internet kerana telah ramai sahabat -sahabat Damak menulisnya termasuk Saif, Pak Din.dan bloger dalam bahasa Inggeris yang lain. ( terlalu byk untuk Damak sebutkan disini)



Satu aspek, Damak merasakan.. kehendak sebenar mereka tidak tercapai. Kerana hanya satu sesi ringkas sahaja menerangkan tentang burung walit.  Aspek-aspek lain banyak menjurus kepada perundangan dan garis panduan yang bersifat teknikal dan sainstifik yang memenatkan peserta baru untuk memahami.   Sebagai seorang pensyarah dan seorang pengusaha rumah burung.  Damak dapat menyimpulkan kebanyakkan peserta pulang dengan perasaan mungkin agak sikit kecewa. ( mungkin kerana mimpi mereka sangat tinggi. )



Mereka mahukan maklumat yang lebih banyak berkaitan dengan naluri dan habitat burung.  Untuk membolehkan mereka memahami dengan sarang burung untuk membolehkan mereka balik dan terus merangka plan untuk membina rumah burung walit.  Maka, anggaplah itu sebagai satu titik permulaan untuk menyemarakan semangat " perwalitan"..



Namun, ia belum cukup memberikan keyakinan dan pendedahan kepada bakal Ushawan walit untuk terjun ke dalam industri walit.  Tambahan pula. pengusaha Melayu yang dianggap terlalu "jujur" untuk mematuhi perundangan yang ditetapkan. Yang mungkin nanti akan menjadikan niat mereka terkubur.  Entah berapa ramai semalam yang mungkin mula patah hati dan hilang keyakinan untuk menceburi bidang burung walit setelah mendengar GP atau panduan yang perlu dipatuhi.  Memang orang kita sangat bagus dalam mencari alasan untuk tidak membuat sesuatu.


Jangan dijadikan  GP itu satu halangan, malah jadikan ia sebagai panduan dan peluang untuk digunakan sepenuhnya.  Cukup mencari alasan.  Cari ilmu dan keyakinan untuk melakukan perubahan.

Sekiranya kita mendalami  isi hati peserta. Apa yang hendak diketahui oleh kebanyakkan peserta yang masih baru dan pergi dengan harapan menggunung untuk mencari ilmu walit.   Banyak mereka akan bertanya 1001 satu soalan.  Ya! mereka dapat maklumat itu secara umum. Namun banyak lagi aspek-aspek teknikal yang wajib untuk burung perlu dikaji dan diteliti.  1001 soalan tadi perlu dijawab dan diteliti dan jangan dibiarkan mati begitu sahaja.

Gunakan momentum yang terbit itui  untuk dipancu dan diikuti oleh sesi  pencarian ilmu.  Ringgankan tangan untuk menaip beberapa key word berikut di google " swifletlets, layang-layang gua, walit, walet, birdnest, humidifire, dan lain -lain perkataan yang berkaitan

Membina burung burung tidak cukup dengan berteori.  Ia memerlukan satu pendekatan dan pengamatan yang bersungguh-sungguh.  Perlukan kawan, sahabat tempat mengadu soalan perbincangan, perlukan kreatif  untuk menjimatkan kos.  Dan sebolehnya  niat untuk amal dan jariah itu amat penting.  Jauhkan perasaan ego, riak, dan yang paling penting ikhlas dalam melakukan sesuatu. Insyallah Rahmat Allah amat murah kepada kita semua.


Insyallah!.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday 30 December 2010

Rebutlah Peluang Di negara Sendiri- Pilihan Diri

 


Seperti posting sebelumnya.  Hari ini, terpanggil sekali lagi untuk mendorong rakan-rakan seperwalitan untuk sama-sama busaha dalam bidang walit.  Anugerah Allah yang tiada terkira.  Dikurniakan kepada kita untuk kita berusaha.

Umpama minyaknya telah ada, hanya menunggu spark atau api kecil sahaja untuk memarakan segala usaha kita. Bantuan telah ada disetiap penjuru,  Perhilitan, Veterinar, AgroBank,  Konsaltant dan segalanya.

Kita telah ada segala kemudahan itu, yang belum cukup ada cuma kesedaran dan keberanian.  Berani untuk membuat pilihan dan berani untuk mencuba sesuatu yang lain daripada biasa,  Bukan melewan arus .  Sememangnya ini arus perdana yang perlu dihadapi.

Jangan biarkan kita ketinggalan daripada arus perdana ini kerana dek takut dan tidak berani mencuba. Lebih baik mencuba daripda tiada membuat apa-apa?.  Persetankan sgala suara-suara sumbang kerana suara  dan keyakinan hati kita lebih penting.. Yakin dan percayalah!!!

Yakin Insyallah. kekuatan untuk mereka yang berusaha  dan bertaqwa

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Kongsi Maklumat dipanjangkan

Salam,

Kepada sahabat-sahabat yang baru berkenalan dengan blog Damak  Terima kasih dan selamat datang.  Mudahan pertemuan di Pejabat Veterinar Cheras tadi akan menjadi satu titik usaha kita untuk menceburi bidang industri berimpak tinggi ini.

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yaang baru..  Keyakinan perlu dibina di dalam diri dengan berkongsi ilmu, menghadiri seminar, baca buku dan berkongsi pandangan dengan kawan-kawan.

Ilmu Allah itu, luas,, sama-sama kita timba.. hubungi Damak di no hp yang diberikan atau email diseperti alamat dibawah.. untuk sebarang soalan dan perkongsian ilmu..

wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Wednesday 29 December 2010

Aku mula meminati Bola walaupun 2-1


Hari ini.. dalam perjalanan ke Cheras untuk menghadiri satu seminar disana. Sempat menonton perlawanan akhir Malaysia Indonesia.  Wah hebat Malaysia Tahniah dan sekalung pujian harus diberikan. Walaupun bermain digelangan lawan masih mampu menunjukan taring. Inilah yang mahu dilihat dalam perlawanan antaranbangsa .

Garuda dan Harimau.. nampaknya harimau lebih hebat.. Walau Garuda terbang tinggi.. besar dan gah.. namun harimau  brmain dengan garang berjaya menjaddikan  garudi mengigit kuku.

Tanpa huraian panjang . damak ingin menegaskan... dalam bola sepak kita berjaya menandingi Indonsia. Dan harapanya dalam Industri walit nanti kita juga akan mampu menandingi Indonesia walaupun industeri ini telah alam bertapak di sana.  Tidak mustahil nanti,  Malaysia akan mampu menjadi pemain dan peneraju utama dalam industri walit, seperti yang mereka lakukan di Stadium Indonesia Malam ini... Gooooolll, Tahniah untuk pasukan Malaysia...



Piala milik kita!



Waletgroup mengajak anda utuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Kreatif melihat sesuatu untuk walit

Melihat alam,melihat   burung
melihat pokok, melihat burung
tengok plastik, tengok burung
tengok besi, tengok burung

tengok burung hantu , tengok burung, tengok besi, tengok pokok, tengok plastik

maka.. jadilah.. penghalau burung hantu.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Monday 27 December 2010

Nasihat : Tiada Istilah Bomoh Walit



Salam,

Semalam Damak bersembang dengan beberapa orang rakan "seperwalitan".  Maklumlah sekarang ini musim nampak seperti Walit agak berkurangan.  Maka ada antara sahabat yang mungkin hilang sabar dan tidak mahu menunggu.  Maka ada yang berkata.. Kita pergi jumpa bomoh nak?.








Damak mengeleng-geleng kepala.  Percayalah Setan akan sentiasa mencari ruang-ruang untuk memasuki lompong-lompong iman dalam diri kita.

Ya.. berdoa ! itulah sebaikknya.  Namun... Doa ini seperti agak lambat! ( kerana kita kurang yakin).. Tidak!!! Doa lah cara yang paling selamat dan menyakinkan.  Berjumpa dengan Bomoh atauuu pawang konon-kononya boleh memikat burung sama seperti kita mula hilang keyakinan kepada Doa dan usaha yang kita lakukan tanpa ilmu yang mantap.



Jangan terburu-buru jumpa bomoh sana, jumpa bomoh sini.  Dengan alasan kononya mencari pelaris, pemikat dan sebagainya.  Dan sekiranya Allah menguji kita dengan memberi " Istirad" maka  dan maha rugilah kita.


Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan berusaha.

Sekiranya ada jalan yang begitu senang.  Bomoh itu sudah tentu lebih kaya dan senang berbanding dengan kita.  Logik akalnya.. ha ha.



Maka nasihat Damak, jauhi perkara-perkara khurafat yang menyesatkan, yang menjadikan iman kita tergugat oleh rasa keyakinan kepada Allah. Dan bersandarkan kepada sesuatu yang lain.

Maka buatlah seperti cara yang dibenarkan oleh Islam.. seperti solat hajat, berdoa, berpuasa, bersedekah.  Insyallah.  Bantuan Allah itu maha luas dan Allah Maha Adil dan pemurah. Amin.

Kerana Allah itu ada di Mana-Mana.. perhatikan Ilusi mata ini...





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Friday 24 December 2010

Bukti Pokok Keriang- syurga makanan walit

Semalam.. semasa perjalanan ke KB.. merentasi Jalan Slor Pasir Mas..
Terjumpa satu kaloni walit--

Ini berita Baik untuk Cik Ana ... Tempat yang dipilih untuk buat rumah walit memang ada potensi yang cerah...


Dari Jauh.. kelihatan walit beterbangan meyambar-- serangga kecil di pokok keriang!



Meriah dan leka betul mereka..  Kalau damak pergi dekat pun... mereka tak kisah..



Syukur...


Semua orang yang lalu lalang di jalan ini seperti terpinga-pinga dan tersenyum melihat Damak berhenti dan mengambil gambar...






Mungkin di antara mereka tahu.. apa itu walit

dan Mungkin antara mereka tidak tahu apa itu walit.. Oleh sebab itu,, penting untuk mencari ilmu tentang walit... Insyalla.  Sama -sama kita berkongsi ilmu dan maklumat tentang walit

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday 23 December 2010

Antara Tiket Flight dan Tike Bas




Satu pujian harus diberikan kepada founder Air Asia. Dato Seri Tony Fernandes.  Bukan kerana apa?.  Tapi  kerana telah meletakan satu standard baru dalam industri pengakutan udara di Malaysia.

Wujudanya syarikat Tambang murah menjadikan Rakyat negara ini lebih mudah untuk terbang.  Terbang bebas seperti walit.  Bermula dengan seorang ahli muzik.  Beliau mampu melihat alunan dan kesempatan yang wujud pada waktu itu.  Keperluan semasa rakyat  Malaysia dan peluang yang ada digunakan sepenuhnya dalam mencipta dan menyediakan satu service yang kemudiannya menjadi " keperluan" kepada rakyat Malaysia.

Akhirnya, kita mula berfikir dua kali untuk membeli tiket bas atau tiket flight.  Keadaan ini tidak berlaku 20 tahun dulu.  Namun ia berlaku pada hari ini.

Tidak kah kita boleh belajar kisah sama.. dengan Industri Burung Walit.   Rumah Burung Walit biasa dihebohkan dengan kos 500k, dan amat mahal.  Mengapakah kita , tidak boleh menciptakan satu standard  baru dalam Rumah Burung Walit yang hanya dapat dibina dalam kos 30K atau bawah 20 K.

Ini akan menjadikan rumah walit mampu milik.. untuk kita semua.  Insyallah.. Damak akan cuba menghuraikan hal-hal ini  semasa kursus nanti. Mudah-mudahan ada manfaatnya..



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Tuesday 21 December 2010

Jom Kita belajar tentang Kordinat- ke tempat Seminar

Salam,



Malam ini Damak terlintas untuk menulis satu tajuk yang nanti akan menjadi satu perbualan yang agak penting dan mungkin mengelegak dikalangan pemilik sarang burung.  Apa itu?.. ha ha

Damak boleh merasakan... nanti akan timbul isu longitud dan latitud.  Manakan tidak?.. Pemilik perlu memasukan no longitut dan latitud dalam pendaftaran sarang rumah nanti..

Ada baik dan ada buruknya.. Yang baiknya... kita boleh membuat pemplotan tentang populasi burung mengikut patern penerbangan burung dan kumpulan populasi burung di Malaysia.

Dan yang buruknya.. sekirnya ia "leak".. makklumlaaa .. sekarang zaman leak.. wikileak, indoleak.. dan nanti mungkin walitleak.. aduh.. fening kepala bapak- bapak pengusaha burung.

Satu soalan daripada Damak.. apakah jaminan bahawa kordinat ini tidak "leak" dan tidak jatuh kepada pihak-pihak tertentu.. perkara-perkara ini akan Damak huraikan insyallah semasa seminar nanti..

Jadi untuk pergi ke tempat seminar itu.. ingat no ini .. setkan kepada  GPS anda..latitud  6° 0'12.76"N longitud 102° 5'47.06"E .Dan semua peserta akan sampai dengan selamat di tempat seminar pada 15 Januari nanti tanpa sesat walaupun ini kali pertama anda ke Bandar Pasir Mas.  Kalau tak percaya.. cuba cut and paste no ini di www.wikimapia.org.  Jangan terkejut.. Dan ini yang akan berlaku sekiranya no kordinat diberikan untuk rumah burung kita nanti., masalanya sekiranya ia leak...dan di Malaysia. semuanya boleh.. semunya boleh berlaku.. Malaysia Boleh!. emm habis setakat tu..

wasalam.

wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Hujan masih " berdret-dret"

Begitulah kisahnya.. edah belum habis..., tak sah dan tak sempurna kalau banjir ditempat  damak.. tidak sampai tiga kali.. kebiasaanya .. banjir jalan.. Rantau panjang pasir mas.. akan tiga kali... ( tiga kali air melimpah jalan raya)... dan sekarang nampak gaya.  Ia mula menepati ramalan itu.  Maksudya.. cuaca dan kitaran alam tidak banyak berubah.. Juga.. kita boleh faham.. tabiat dan patern walit bersarang juga tidak akan banyak berubah.
Musim berikutnya.. penuaian pada bulan 3 atau .. hujung bulan 2. Musim sekarang biasanya.. sarang walit akan ada bulu sikit2.. kerana sekarang musim sikit.  Sekiranya.. tidak kena cara...harga sarang walit.. akan jatuh sikit.. kata kawan Damak.  Namun, ada kawan yang proses sendiri.. simpan buat stok.... ha ha... kalau tak kena cara simpan, rosak jatuh harganya..

Kisahnya. hujan masih berdret-dret ( renyai- renyai).  Namun Tempat Kursus sudah dikenal pasti..Insyallah.. di Dewan Seminar Kolej Kemahiran Tinggi Mara ( KKTM) Lubuk Jong, Pasir Mas.

Mungkin kalau kita bernasib baik.. kita akan dapat melihat kawanan burung- burung walit melayang-layang dikawasan itu.. kerana tempat seminar berhampiran dengan sungai Lubuk Jong.

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Sunday 19 December 2010

Kenapa Seminar?


Gambar di bawah.. ehhh mana " wood nesting planknya"...  jawabnya... tak payah...


Salam,

Kepada semua pengunjung yang sudi menekan link dan singgah membaca blog damak ini.  Terima kasih ucapkan.

Pertama Damak kena jelaskan kepada perlu seminar ini.

1) Sebagai asas dan sandarkan kepada kita untuk memulakan sesuatu dengan yakin

2) Pembacaan dan pengamaatan banyak berasaskan kepada pandangan dan tafsiran sendiri yang kemungkinanan maklumat yang kita dapat kurang tepat.

3) Sebagai satu platform untuk kita membina satu rangkaian sahabat di dalam Industri ini.

4) Sebagai satu medium kita mencerna dan memahami naluri burung walit.

5) Alangkah baik sekiranya walit berbicara.  Namun..itu mustahil akan berlaku.  Yang berlaku.. ialah pemilik dan pengusaha walit yang telah ada pengalaman terlibat dalam Rumah burung menceritakan pengalaman dan suka duka mereka terlibat dalam Industri sarang burung.

6) Hobi dan minat tidak mengenal usia.  Datang lah beramai- ramai.  untuk mengetahui ilmu terkini dan permasalahan  atau cabaran terbaru - terutama maklumat terkini dalam ilmu burung walit yang mungkin kita terlepas pandang.

Lebih penting lagi.  Sebelum kita memulakan sesuatu. kita haru mempunyai ilmu.  Jangan kita hadiahkan 100% proses pembinaan dan pemantuan BHW kepada perunding. Kita sendiri mesti mempunyai ilmu burung.

Sesuatu yang dilakukan dengan minat akan lebih berjaya dan bertahan berbanding dengan sesuatu yang dilakukan dengan ikut-ikut.

Oleh itu, saya berharap kepada semua yang datang ke Seminar nanti.. Siapkan soalan sebanyak mungkin agar kita dapat bersama-sama berkongsi maklumat.

Wasalam
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Saturday 18 December 2010

Hujan Kembali lagi... betulkah telahan mereka ?

Betul.. alamat dan telahan orang tua..., serangga hitam ada lagi.. hujan belum habis lagi..
begitu kuat.. kerterikatan mahkluk ini kepada hukum alam. Dan memberikan kita satu gambaran bahawa kita amat memerlukan antara satu sama lain...

Walet perlukan serangga..  serangga takutkan hujau... bumi perlukan hujan.. manusia perlukan walit.

Ahh.. dari serangga kita dapat lihat... kesan kepada walit.. habitat dan populasi walit.  Riang galak mereka... menyambar.. dan ini mungkin waktu makanan paling banyak.. dan sesuai untuk mereka membiak...


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen ibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Friday 17 December 2010

Hari Jumaat yang Cerah



Nampaknya...
Cuaca sudah semakin cerah, penoreh getah dah mula menoreh getah ( maklumlah harga getah mahal) tak sabar mereka nak menoreh...!.  Dan itu juga mungkin menandakan musim tengkujuh sudah tamat?.  Walau belum habis lagi edahnya.

Semalam.. di Suarau.. ada seorang teman mengantakan " Musim tengkujuh.. belum tamat lagi".. Damak tanya kenapa?.. tahu dari alamat apa?.. Dia kata.. mengikut kata orang tua... " Kalau dirumah kita atau dilampu masih ada serangga kecik hitam.. maknanya.. hujan tak habis lagi..

Wah mungkin juga!... Damak kata.. hebat!.. dalam minda Damak.. Maknanya serangga ramai- burung walit ramai.., Jadi.. mungkin juga!.

Walaupun begitu.. hari ini ( jumaat tetap cerah). syukur sinar matahari memancar dengan begitu indah Alhamdullilah... hari yang cemerlang untuk semua orang beriman!. Insyallah!

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Wednesday 15 December 2010

Ohhh Begitu Kisahnya...

Salam.. tadi.. Damak dapat maklumat daripada Jabatan Veterinar.  Burung Walit telah dikeluarkan di dalam senarai burung-burung terancam.  Maksudnya ia bukan lagi dibawah bidang kuasa Perhilitan ( Harap Betulkan kalau ada member bloger yang tahu kisahnya).

Proses sekarang ia menunggu kelulusan daripada YDPA untuk undang-undang ini diperkenankan.   Maksudnya, selepas ini.  Segala bentuk kebenaran, lesen, permit mesti melalui Jabatan Veterinar Negeri dan juga PBT.

Harap ia memberi kesan positf kepada industri burung walit.

Damak ada terjumpa satu Draf GP ( Garis Panduan ) Penternakan Burung Walit di internet. yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar.  Sesiapa yang berminat dengan GP tu.. boleh e-mailkan kepada waletgroup@gmail.com dengan tajuk : "Nak Mintak GP 1" dan Damak akan e-mailkan ( bukan apa.. nak bagi senang baca heading )

Mungkin menjadi rujukan berguna untuk semua.. wasalam.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Monday 13 December 2010

Akan Datang-- Seminar Perladangan Burung Walit

Kepada Semua mereka yang ingin terlibat dalam Penternakan Burung Walit

Satu seminar akan diadakan seperti berikut

Tajuk:  Memiliki Rumah Walit (BHW- Bird House Walit) sebagai Aset Berharga. ( Kursus Fasa 1, Kursus Penternakan Burung Walit)


Tarikh:  15 Januari 2011 ( Sabtu)
Tempat : Pasir Mas ( akan dimaklumkan kemudian)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
Yuran : RM 250.00 seorang

Dikendalikan oleh Waletgroup

Nota ceramah , Minum pagi dan jamuan tengah hari   disediakan .(maklumkan sekiranya Vegiterian)

Istimewa untuk 5 "early bird". Anda akan mendapat 1 set suara luar dan dalam.

Cepat!!!, Penyertaan Terhad kepada 20 orang  perserta terawal sahaja.


Terbuka kepada semua yang ingin memiliki Rumah Walit.

Berminat sila Hubungi Damak 012-5917493
Atau e-mailkan kepada waletgroup@gmail.com untuk penyertaan.


Insyallah!, usaha dan kejayaan milik mereka yang sabar dan berusha.





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com Atau Call 012-5917493

Why China is Already a Superpower

Written by Rajeev Sharma
Monday, 22 November 2010 14:59







China’s declared ambition is to become the world’s superpower by 2025. It can reach there much sooner. In many ways, it is already there. In terms of development, India is a good 50 to 60 years behind, if not more. Here are some of the lesser known nuggets of information on China that demonstrate why China is already a formidable power.



China has a ten-year supply of oil and gas energy booked at the lowest market point ($34 to $40 per bbl) of any nation. It is rapidly converting 10 percent of its energy sources to alternative forms much higher than the very small 1 to 2 percent achieved by most of Western Europe thus far.



China’s biggest mantra of success with the Middle East, Africa, and Central Asia is its oil and gas diplomacy. China used to be an oil exporter, but about a decade ago it turned into a net oil importer. This way, China sought to kill many birds with one stone. For one, China made friends and influenced people in these countries by buying their oil. Secondly, by doing this, China started replicating the U.S. strategy of building its POL reserves–definitely a superpower-ish behavior. The Chinese involvement with Central Asia is best exemplified by its gas pipeline diplomacy.



China has very quickly and methodically interwoven its economy with economies of as diverse regions as Africa (South Africa and Nigeria), Latin America (Brazil, Argentina, Chile, and Ecuador), Oceana (Australia and New Zealand), Middle East (Iran), Central Asia (virtually every country in the region) and ASEAN (Indonesia, Malaysia, and the Philippines). This tactic has proven to be a major factor for China to successfully absorb the shocks of global recession that started in September 2008 and is still not over.



Needless to say that the Chinese juggernaut is moving at a breakneck speed as it milks its more than ten producing gold mines and sets its sights on five new and developing oil fields coming on stream by 2015-17.



China maintains a reasonably good balance between agriculture and industry. China has the largest car market in the world and at the same time its agricultural base is sound. China is not merely self sufficient in food production but a net exporter of products like edible oil, rice and meat, to name a few. The Chinese food security scenario is all set to be all the more rosy with its recent free trade deal with ASEAN. Because of this free trade agreement, the cost of living for southern and south western China is expected to be pushed lower by as much as 19 percent as these regions of China will have access to much cheaper vegetables, fruits and other food articles through ASEAN imports.  -" Good point for birdnest bizzz"


China possesses a stockpile of rare earth metals for military and domestic use that can easily last for the next two decades. The past few weeks have demonstrated how China has flexed its rare earths muscle with Japan.


Though it is not verified, Beijing has claimed to have the world’s largest English-speaking population, pegged at some 390 million under-35 people who can speak and understand basic English.



China’s infrastructural forays are very well known. China is going to add a huge network of 13,000 km of new high speed rail across the length and breadth of the country in the next three years. This rapid connectivity will not only facilitate its citizens and tourists to reach anywhere inside China within eight hours by rail; this massive infrastructure is expected to create as many as 12 million jobs.



In China everything is big. So is the case with its army that exceeds that of the United States by at least 5:1. The 60th anniversary parade on October 1, 2009 showcased the teeth and diversity of the Chinese military might, which demonstrated supersonic aircraft, drones, a wide array of missiles, Special Forces, ground mobility vehicle and high-technology equipment.



China is acutely aware of the racial challenges to the majority Han people and to the State itself. That is why since 2007-08, Beijing has started catering to non-Han racial groups. Now as a matter of policy, China is increasingly encouraging celebration of the multicultural diversity of all 56 ethnic groups. Their local festivals, languages, art, music and dance are being promoted in an effort to knit all these ethnic groups together. Importantly, China is paying close attention to the protection of heritage and natural sites of non-Han ethnic groups (China has 17 World Heritage Sites).



Space—the final frontier—is another area of deep focus for China. It is significant that while America’s NASA is gasping for funds, China has loosened its purse strings, aggressively pursuing plans for its own space station, deep space programme, and cutting edge space technologies. Besides, China is leaving no area of importance untouched and pouring in massive funds in such diverse sectors as nanotechnology, biotechnology, transportation, agriculture, textiles, environmental science, and medicine. The 242 exhibits at the recent Shanghai World Expo gave a sneak peak to the world where China is headed in the near future.



The moral of the story is simple. China is here to stay. The 21st century is projected to be the century of Asia. As of now, China is well poised to justify it. The way China is proceeding it may well be China’s Century.





By. Rajeev Sharma

Source: Diplomatic Courier

Copyright 2006-2010 The Diplomatic Courier™. All rights reserved.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Jejaka Subuhi vs Gadis Maghribi- ????

Semalam tergelak baca artikel dalam Metro.  Biasanya Damak jarang selak Harian Metro ni.. Melainkan pergi kedai makan pagi.. Terlihat dan belek-belek.  Semalam riuh satu Malaya RM 14K dah boleh kawin gadis Maghribi " belum tercemar".


Wadusss... fening-fening, Tajuk berita yang disensaikan.  Nak baca berita sensai baca " Metro".  Dan mungkin di "Harian Metro" di negara Maghribi keluar tajuk utamanya-- "Jejaka Subuhi " Di Malaysia sanggup memiliki gadis negara ini.


Antara hujahan dan kelebihan gadis Maghribi- taat pada suami, pembersih, cepat belajar dan lain-lain.. Namun, mungkin akan diberitahu kepada Gadis Maghribi dalam Akhbar Metro mereka-.  "Kelebihan" Jejaka Subuhi Malaysia-



Subuh baru balik... ( Lelaki Subuhi)



Tidur dengan Motor ( Subuh hancur).. Lelaki Subuhi



( ha ha.. ni gaya apa ni?)


( Hebatkan Jejaka Subuhi)..





Kalau-- macam ni.. kita tak marah laa pulak.. ok ... kreatif

Berikut adalah ciri-ciri lelaki Subuhi:





1) Lambat solat Subuh- sebab itu dipanggil Jejaka Subuhi
2) Ramai yang menganggur
3) Ramai yang terlibat dengan pil kuda
4)Terlibat dengan gejala sosial
5) Suka merempit
6) Suka Makan gaji- kerja dengan orang sampai tua
7) Tidak setia pada pasangan
8) Tidak hormat pada orang tua.


Adusss.... mesti ramai orang marah kat Damak nanti.. Namun, cuba fikir. layak ke kita?.  Kalau dah Kahwin tak payah nak pasang niat.  Fokus kepada kehidupan sekarang.  Kembali ke alam realiti.


Remaja- muda mudi kita.. berapa ramai tak solat subuh- ( inilah sebenarnya Subuhi- Subahanallah).  Kalau Solat tidak sempurna.. Bagaimana kita nak menjaga hingga Maghribi lantas ke Insyak.  Maka Insaflah..., Solat- Solat- Solat lah..


Wajib dan sunat.. perbanyakkan solat Dhuha- mudahan dipermudahkan rezeki.. Berusaha, dalam bidang walit terutamanya.. Apabila kita menjaga Agama Allah. Insyallah Rahmat Allah akan datang dalam pelbagai cara.  Dan Mungkin salah satu caranya... melalui burung walit.


Biarlah lelaki Subuhi terkenal dengan jolokkan baik . Harum nama mereka dikalangan Gadis Maghiribi sebagai mereka berjaya di dalam perusahana walit.. Seperti Burung walit keluar Subuh .. pulang Maghribi.  Senonim dengan itu... mungkin barulah layak Al- Subuhi ini untuk menjadi pasangan setia dengan Gadis Maghribi.  Sama-sama membina sarang impian seperti walit dengan kelenjer liur dan kasih.  Menetas zuriat keturunan dengan sejuk lembap untuk memberikan sumbangan kepada Agama.  Agar waris yang dididik berguna dan bermanfaat untuk semua alam jaga raya.





wasalam.






Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Jalan-Jalan Tok Bali dan Kuala Besut

Salam-- minggu lepas ada kesempatan jalan-jalan dengan Saif -teman seperwalitan

Dari jauh kelihatan seperti walit dalam sangkar




Pergi tengok dekat rupanya limbongan kapal-- kreatif


Dalamnya tempat repair kapal-- tepinya sarang walit- sempat juga sembang-sembang dengan pemiliknya yang bersahaja dan tidak sombong -terima kasih..


dari Jauh.. di Tok Bali.. emmm lama dah ni.. sampai berkulat dah  dindinganya


Sebuah kedai Hardware/ store dengan sarang walitnya

Rumah kayu-- warna hijau- warna kegemaran damak- Kala Besut





Ha ha.. yang atas ni.. paling menarik-- atap bata lama - sejuk- dinding kayu... suhu yang stabil- mungkin



f

Rumah pengasapan tembakau lama-- kalau dapat kat damak konfirm wat rumah walit--


ni pun sama-- ubah sikit - tempat dah cantik-- modal sikit aje.. dalam lingkungan  10k- siap dah ni complet.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Sunday 12 December 2010

Satu lagu lama.. kalau burung .. sudah lama aku terbang!!!

L.RAMLEE





" Siapa Bilang aku tak sayang"


Rindu kasih yang ku kenangkan

Sudah terikat di dalam hati

Adik bukan saudara bukan

Hati kasih kerana budi



Apa dikata tetap kota

Aku tiada mungkirkan janji

Sungguh engkau jauh di mata

Tetapi dekat di hati



Siapa bilang hati ku tak kasih sayang

Kalau burung lama sudah aku terbang



Siang malam menanggung rindu

Lamanya sudah aku menanti

Bilakah kita dapat bertemu

Tak tertahan rasa di hati



Walau pun engkau di lautan api ( walit di muara sungai)

Aku nak turut ikut bersama

Hajat besar di dalam hati

Hendak hidup bersama-sama



Siapa bilang hati ku tak kasih sayang

Kalau burung lama sudah aku terbang



Solo



Siang malam menanggung rindu

Lamanya sudah aku menanti

Bilakah kita dapat bertemu

Tak tertahan rasa di hati



Walau pun engkau di lautan api

Aku nak turut ikut bersama

Hajat besar di dalam hati

Hendak hidup bersama-sama



Siapa bilang hati ku tak kasih sayang

Kalau burung lama sudah aku terbang






lama sudah aku terbang


lama sudah aku terbang


lama sudah aku terbang


- Pada zaman,, lagu ini digubal.. industri sarang walit di Malaysia. entah di mana,  Malah damak sendiri pun belum wujud.. Masih di Alam Roh..

Entah kenapa.. bila teringat dan terdengar lagu ni.. tetiba ingat pasal burung walit- maklumkan otak duk fikir pasal walit aje.. ha ha




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Ribuan Walit berlegar-legar- melawan suara DST-01

Semalam... Damak saja suka-suka menukar suara setelah hampir 5 bulan menggunakan suara yang sama.    Bukan apa... nak bereskperimen dengan suara baru.

Maka , Damak masukan suara yang telah sedia ada di dalam koleksi.... Tak sampai 2 minit.. suara baru dimainkan.. maka ribuan burung datang... entah dari mana mereka sebelum ini.. Damak tak pasti.

Mungkin kerana sekarang ni musim.. membajak sawah di kg Damak.. jadi ramailah..  Suara baru tu. damak test sekitar jam 5.30 petang.  Alhamdullillah, Allah punya kuasa..

Sebenarnya.. kalau ikut fahman Damak tak perlu sangat nak tukar2 suara ni. Kalau burung dah  masuk.  Tapi apa salahnya sekiranya... dah lama sangat dah melebihi  5 bulan atau setahun.

Dulu.. semasa era CD player.. kita mesti menukarnya 3 bulan sekali atau lebih awal.. maklum lah.. CD.. mungkin rosak atau haus dan mungkin mutunya semakin merosot.. Namun erta MP3 dan Wave ni menjadikan seni suara semakin menarik... . Memori Disk atau Thumb Drive yang dipasang lebih tahan lama dan tak ada masalh dengan cuaca dan suhu.

Alhamdulillah.. menarik.. dan senang melihat walit berpusing riang dengan keriangan suara itu. Mungkin Saif .. berminat dengan suara ini.. Jangan risau. Syeikh.. kawe dah copy dan kirimkan kepada demo.

Cuba test di BHW Saif pulak .. lagu mana.. mana tahu.. lebih ramai lagi. Sebab area sana pun memang banyak walitnya..




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Friday 10 December 2010

Mengatasi masalah kayu berkulat!

Bicara ini damak mulakan begini.

Kepada sahabat yang bertanya di e-mail tempoh hari , disini damak coretkan sekali lagi.  Masalah ini bermula di peringkat awal lagi

1) Struktur bangunan - bocor atau lembab

2) pemilihan kayu- kayu yang baru-- tidak cukup kering

3) Semasa kayu dipasang berlaku kebocoran bangunan / kolam terutamanya

4) Penggunaan chicken humidifier.. yang tidak mengikut cara yang betul- sepatutnya diletakan- satu pengalas di atas alat tersebut supaya tidak terkena nesting plank

5) Water mist atau apa-apa alat yang melibatkan paip dan kebocoran berlaku

6) Berlaku lebihkan kelembapan dalam bangunan.. ini menjadikan ia terlalu basah.. dan menjadikan sesuai untuk kulat

Sekian.. insyallah akan bersambung!


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday 9 December 2010

Kenapa anda Membina BHW- Siri Soalan Objektif dan Subjektif untuk penternak walit

Beberapa soalan mudah yang bermain di kepala saya apabila bercakap tentang BHW- Sila Jawab soalan-soalan di bawah.  Pilih dan tandakan jawapan yang paling tepat.



1) Kenapa buat rumah burung ( BHW)?

A.  Sebab nak kaya.
B. Semua orang buat saya buat
C. Lokasi yang ada sesuai
D. Nak cuba-cuba

2)  Berapakah anggaran bajet untuk BHW anda?
A. 30 K
B. 50 K
C. 100 K
D  K = kosong

3) Terdapat berapa jenis burung layang-layang di dunia ini ?

A. 2 jenis
B. 3 jenis
C. 4 Jenis
D. 7 Jenis

4)  Daripada jumlah  ( berdasarkan jawapan soalan 3) berapkah spesis di Asia Tenggara ?

A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

5)  Berikut adalah benar tentang burung walit kecuali

A. Mengawan di udara
B. Terbang mengunakan ekolasi
C.  Bercampur dengan klompok burung lain
D.  Tidak hinggap di pokok atau bangunan

6) Apakah suhu yang paling sesuai untuk BHW

A. 18- 24 C

B. 30- 34 C

C. 26- 30 C

D.  20- 24 C


7)  Sekiranya anda menjadi burung walit adakah anda suka sarang anda diambil manusia? ha ha

A. Suka
B. Tidak suka
C. Tidak Tahu
D. Pasrah

8. Apakah lokasi yang susai untuk membina rumah walit

A.  Bandar
B. Gua
C. Kampung
D. Sawah padi

9.  Mengapakan Walit membuat sarang menggunakan kelenjer air liur

A) Allah punya kuasa
B) Walit tak ada kaki yang kuat
C) Walit burung pemalas
D) Walit burung kayangan.

10) Antara pintu masuk berikut.  Yang mana satu menjadi pilihan walit muda

A). "Open roof"-
B).  Pintu sisi
C)  Open Roof dan pintu sisi
D) Jawapan A dan B betul



Bahagian 2

Soalan Subjektif untuk difikirkan sendiri

A) Ahamd membuat sebuah BHW di tepi sawah.  Terdapat banyak burung di kawasan itu.  Tetapi BHWnya tidak didiami oleh walit. Selesaikan?

B)  Busu menghadapi masalah suhu BHW yang ketara.  Bagaimanakah Busu hendak mengatasi masalah itu?

C)  Cek Ku telah membina sebuah BHW.  Namun setelah hampir 3 tahun.. BHW masih belum mengeluarkan hasil.  Apakah yang perlu dilakukan oleh Cek Ku.

Sekian.

Wasalam.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com