Sunday 29 August 2010

Tragedi 28 Ogos 2010- Lampu oh Lampu..

Semuanya bermula dengan masalah remeh... iaitu saluran paip pecah di BHW.  Lebih kurang jam 12.00 tengahari.  Dapat panggilan telefon daripada Mak mengatakan saluran paip air pecah.   Sebagai langkah penyelesaian serta merta. Damak mintak tolong Mak supaya tutup suiz air paip.  Maka selesailah masalah tu.

Namun.. masalah tu tidak berhenti disitu.. apabila hari semakin panas.. kolam tangkungan kering air. Humifier tidak berfungsi...


Lalu.. pada awal pagi esoknya selepas meracun rumput disekitar BHW.  Damak berusaha membaiki paip air yang pecah tu.  Namun, disinilah segalanya bermula.  Mungkin kerana keletihan sebab meracun rumput... dan turun naik.. bangunan repair motor air.  Masalah lain pula timbul apabila... motor air pulak bocor..., tekanan air menjadi kurang dan air tidak naik.  Maka berulang alik lah pulak damak naik turun, BHW  hampir 30 kali..,namun masih gagal.  Mula meniliti apa punca masalah..., terfikir mungkin foot bar pada batang paip..., potong batang paip.. sambung balik... tengok semua ok..  Apa lagi yang tak kena ni...?

Disemak dan dilihat satu persatu... Oh.... rupa-rupanya... motor paip tidak ketat dan menjadikan tekanan air paip tidak kuat.  Dan seterusnya menjadikan auto suiz tidak berfungsi.   Maka setelah dikenal pasti masalah itu maka insyallah siap dan selamatlah.. kata hati damak.  Tanpa disedari ... damak telah menghabiskan hampir sehari suntuk.. untuk membaiki kerosakan itu!... di bulan puasa.  Terasa teramat dahaga kerana pada waktu pagi tu... meracun rumput. ( hampir-hampir nak berbuka puasa hari tu).. pengalaman baru.. rasa teramat dahaga hinga tekak bertukar menjadi pahit.  Namun Alhamdullillah. Allah berikan kekuatan untuk terus berpuasa.  Dalam keadaan letih begitu.. satu kesilapan besar telah damak lakukan.. apabila terlupa untuk menutup suiz lampu dalam.. di dalam BHW.


Kesilapan itu hanya disedari apabila keesokan harinya sewaktu pergi re-cheking semula..  Allah hu akhbar.. rupa-rupanya satu lampu di dalam tingkat bawah tidak ditutup... nasib baiklah.... tak ramai lagi walit tidur ditingkat bawah tu...,  Namun... masih dapat dilihat tompokan najis walit yang baru.. harapanya.  Walit tidak meninggalkan tempat tidur tu. Suasana tidak lah terlalu cerah.. kerana tidak semua lampu di tingkat bawah tu damak buka.. Namun.. apa yang dapat dilakukan " berdoa".. mudahan kesilapan ini tidak akan berulang.  Dan Langkah-langkah pencegahan telah dirancang!.. ( ha ha)

Tragedi ini menyedarkan damak.. penting untuk membuat check list dengan teratur, dan Insyallah.. kesilapan ini tidak akan berulang lagi... ( mungkin sekiranya ada IP Camera ( IR).. kita boleh pantau.. masalah ini di mana-mana sahaja.. ( memang ada niat nak masukan camera.. tapi.. bajet tak cukup, lain kali laahh...

wasalam




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday 25 August 2010

Kenapa Sembunyikan Ilmu... Ia menggambarkan Tamaknya kita!


Damak kali ni terdetik dibulan baik. Pertengahan Ramadhan, Awalnya Rahmat, Tengahnya Magfirah, dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka.

Ah.. kita datang dengan kosong. tiada apa-apa! yang ada semuanya anugerah Allah yang maha esa.  Tiada satu pun yang kekal dan menjadi milik abadi kita.  Mengapa disekat ilmu itu.  Dalam Al-Quran.. Allah ada berfirman maksudnya  " sekiranya lautan dunia ini dijadikan tinta, dan manusia menulis denganya dan kering dan Allah tambahkan satu lagi lautan dengan jumlah yang sama dan ia kering. Nescaya ilmu Allah itu tidak akan kering dan habis ditulis oleh Manusia.  Maka mengapa kita hendak berbangga dan menyembunyikan ilmu Allah. 


Di bimbangkan ia akan merosakan akhlak diri dan menjadikan kita seorang yang tamak dan gelojoh dan merosakan iman kita.  Oleh itu, damak berpadangan dalam soal apa sahaja ilmu perkongsian adalah jalan terbaik dan mulia kerana ia menghidupkan ilmu dan mendamaikan manusia yang berhati mulia., Insyallah



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Cerita Dongeng tentang Walit


Menurut satu riwayat  entahkan benar atau tidak namun menarik untuk dikongsi.  Asal usul pemakanan sarang burung walit.  Semua maklum ia berasal daripada tanah besar negara China.  Namun yang menarik pada zaman pemerintahan negara China yang Agung dikatakan pada waktu ini.  Raja China ini telah berjaya menguasai seluruh negara China dengan kempen ketenteraan besar-besaran.  Dengan menakluki wilayah yang besar timbul keinginan dihatinya untuk hidup lebih lama.  Maka, dengan kuasa yang begitu hebat dan pengaruh yang kuat.  Maharaja ini telah mengarahkan pembesarnya mencari satu penawar yang membolehkah dia hidup selama-lamanya atau selama mungkin.  Maka pembesar istana telah mengarahkan tabib negara seramai mungkin untuk mencari penawar hidup sihat dan selama-lamanya.


Maka ada yang melakukan pelayaran, dan pengembaraan di setiap pelusuk hutan, negara, lautan, belantara dan dunia untuk mencari penawar ini agar Maharaja ini dapat hidup selama-lamanya.  Setelah beberapa lamanya mengembar dan melakukan ekspedisi.  Ramai antara tabib kembali dengan beberapa pendekatan.  Ada yang mengatakan dengan mengamalkan Tai Chi Chuan, Gao Dau, pemakanan, perubatan akupuntur ( Acupuncture), urutan, herba dan lain-lain.  Secara tidak langsung ia telah menjadikan ilmu perubatan negara China berkembang.


Namun dalam ribuan penemuan yang diusulkan.  Ada seorang tabib telah melakukan pelayaran ke Asia Tenggara telah menemui sarang burung layang-layang di Borneo.  Dia telah mengubah sarang ini menjadi sup dan diuji kepada dirinya sendiri untuk beberapa lama.  Setelah memakan sup ini, dia merasakan diri semakin sihat dan wajahnya menjadi bertambah muda dan licin.  Setelah kembali daripada pelayaran orang ramai terkejut mendapati dia tidak dimakan usia sebaliknya kawan-kawan seusia denganya  telah tua malah telah ramai yang meninggal dunia.  Ini menjadikan tabib ini sangat popular dan kerana berita yang ajaibnya. Ia cepat tersebar ke dalam kota Larangan.  Raja China telah menitahkan tabib itu menghadapnya dan bertanyakan apakah rahsia dia boleh menjadi begitu muda dan tidak dimakan usia.  Dia mengatakan semasa membuat pelayaran di Borneo, dia telah menemui satu sarang burung layang-layang dan telah menjadikan sarang burung itu sebagai makanan rutin hariannya.  Ada cerita lain mengatakan.. Semasa belayar kapalnya telah dipukul ribut dan terdampar di sebuah pulau. Semasa berada di pulau itu,  Tiada makanan lain yang mampu dimakan melainkan sarang burung layang-layang dan akhirnya dia telah  diselamatkan oleh sebuah kapal dagang ke China.

Maharaja China tertarik dengan cerita itu dan meminta agar tabib berkenaan menyediakan sup yang dimaksudkan.  Tabib berkenaan menyediakan sup hasil daripada sedikit sarang burung yang di bawa pulang kepada Maharaja China itu.  Setelah memakan sup itu selama beberapa bulan.  Maharaja itu boleh merasakan perbezaan yang jelas dari segi kesihatan.  Mulai saat itu, tabib itu telah dijadikan tabib istana dan makanan sarang burung dijadikan makanan wajib istana dan hanya golongan istana sahaja yang layak memakan sarang burung.  Maka bermulalah arahan ekspedisi mencari sarang burung secara besar-besaran untuk dijadikan makanan istana.


Ini kerana memang menjadi dasar Kerajaan China pada waktu itu segala bentuk inovasi akan dirahsiakan kepada negara luar untuk menjadikan negara China dapat kekal sebagai sebuah negara yang kuat. 
Namun setelah  Kota larangan ditawan dalam revolusi 1900- an, banyak rahsia kota larangan telah tersebar keluar.  Dan budaya pemakanan sup sarang burung mula menjadi budaya elit dan popular.  Mengikut seorang kawan berketurunana Cina.  Masayarakat China sanggup menabung duit semata-mata untuk memakan sup sarang burung walaupun sekali seumur hidup.    Ini kerana dipercayai khasiat  keistimewaan yang ada pada sarang burung tersebut.



Oleh itu, NAH... KITA  rakyat Asia tenggara amat bertuah... manfaatkan anugerah Allah ini.

wasalam. 

Nota : Cerita ini mungkin satu lagenda atau mitos, rekaan.. kalau ada ketidak tepatan fakta harap dimaafkan.  Mudahan ia memberi manfaat untuk kita semua.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday 22 August 2010

Menyelsaikan masalah kulat dan hama di rumah burung

Antara cabaran yang perlu diambil cakna oleh semua usahawan walet. Pertama dalam kelembapan dan suhu yang konsistent untuk burung walit.  Kondisi ini juga tidak kurang subur dan nyaman juga sang kulat dan fangus membiak.

Mereka akan cepat sekali membiak dan merebak dan menjadi ancaman besar apabila ia mengubah warna dan bau rumah burung kita.

Maka. mahu tidak mahu kita perlu mencari satu resolusi yang cepat dan pantas agar ia tidak membunuh minat dan menganggugat keadaan walit yang sedang bertelur dan bersarang.  Mahu tidak mahu, kita harus lakukan sesuatu.  Dari segi makro atau binaan sarang.  Kualiti kayu harus diambil berat.  Namun,sekiranya fungal ini membaik juga.  Kita boleh menggunakan pelbagai jenis bahan kimia yang tidak membahayakan kita dan sarang burung itu sendiri.

Oleh itu, langkah yang terbaik ialah pencegahan sebelum ia berkulat.  Kayu akan berkulat apabila berlaku lembapan air yang berlebihan.  Oleh itu. hati-hati dengan humidifier atau water mist kerana satu aspek ia sahabat satu aspek ia menjadi musibah.  Penyelesaianya, pasanglah peralatan tadi mengikut ketepatan yang betul dan mengikut keadaan yang sesuai.   Ini memerlukan kita memerhati dan membuat penilaian berasaskan kepada keadaan dan tempat, Wallah u' alam

wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday 15 August 2010

Seni Suara Untuk Walet


Suara pemikat dan penarik walit sangat penting.  Aspek kedua hadir selepas lokasi.  Suara secara umum terbahagi kepada dua.  Pertama suara yang asli.  ( dirakam di rumah walit) dan kedua.. suara tiruan.  Kebanyakkan suara yang digunakan sekarang  suara tiruan.  Kita jangan terkejut dengan pelbagai jolokan nama yang telah diberikan kepada suara ini.  Ada suara berasaskan nama pengubahsuai/ komposer suara itu,  nama tempat ia berasal nama berapa banyak hasil kutipan sebulan,syarikat penjual. dan tidak kurang dikodkan dengan pelbagai versi.

Namun, setakat hari ini.  Kita akan temui pelbagai jenis suara yang dijual toko-toko walit dan tentu sekali mereka akan mengatakan ialah suara yang terbaik dan pernah ada hasil berkilo-kilo ditempat ini dan tempat itu. Adakah itu benar?  Kita perlu berhati-hati, sepanjang pengamatan saya, suara ini bergantung kepada lokasi dan di mana burung itu biasa dipanggil.  Sekiranya mereka biasa dipanggil menggunakan suara A.  Maka, rumah burung kita juga mestilah menggunakan suara A.  ( secara mudah).. atau pun boleh digunakan suara yang lebih baik. ( subjektif).    Mutu suara burung dinilai menggunakan deria telinga manusia yang menggunakan frekuasi  berlainan dan burung walit pun ada frekuensi tersendiri.  Oleh itu, saya berpandangan sesuatu yang sedap atau nyaring di telinga kita tidak semestinya sedap atau sebaliknya di telinga  sang walit.

Oleh itu, kita memerlukan mereka yang pakar atau kita harus berani membuat beberapa percubaan untuk mengubahsuai suara sendiri.  Menariknya, sesuatu yang sering berlaku dan akan berulang kepada semua pengusaha walit.  Apabila kita sudah tahu mengadun dan menjadi komposer suara walit. Kita akan ada satu kecenderungan untuk mencuba dan menukar-nukar suara itu. Hingga menjadikan burung itu tidak selesa kerana bunyi penariknya berubah-rubah.   Oleh itu, ia harus dilakukan secara sistematik dan teratur dengan selang masa dan jarak yang sesuai.

Sekiranya orang bertanya, berapa jenis suara walit ini.  Jawapnya satu suara sahaja..kenapa?.. kerana burung walit pun satu sahaja.. Namun kita boleh katakan, burung ini akan menghasilkan bunyi yang berbeza pada umur dan keadaan yang berbeza.  Tapi kita masih boleh mengelaskan itu adalah burung walit.. Maka bunyi itu satu lagipun pun kita tidak mengatakan itu bunyi itik atau merbuk.


Cuma di rumah burung. Kita sedaya mungkin untuk mewujudkan keadaan habitat asal rumah walit. Apabila disebut habitat walit, ia tidak hanya didiami oleh walit dewasa, anak-anak-walit, atau walit mengeram.  Ia sebaliknya didiami oleh seluruh burung walit.  Oleh itu, bunyi walet.. boleh diragam-ragamkan.  Untuk memanggil walit, kita gunakan suara pemikat.  Seterusnya untuk menjadikan walit terbit naluri untuk tinggal disana. ( kerana burung membuat keputusan berdasarkan naluri). Sekiranya kita boleh faham habitat walit.  Maka tidak salah untuk kita memasukan suara dalam, dan pelbagai suara lain untuk menjadikan satu, mudah-mudahan ia akan menepati habitat asal walit  (Ini untuk bangunan baru walit)  Apabila walit sudah mula merasa selesa dan biasa. (Dan ini harus memakan masa bertahun-tahun).  Mungkin suara tiruan ini sudah tidak diperlukan lagi atau boleh dikurangkan penggunaanya.  Insyallah mereka akan kekal di dalamnya.

Saya berharap mereka ada pengalaman boleh meninggalkan sebarang komen dan respon untuk menambahkan ilmu kita dalam bidang ini.. wasalam


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
i

Thursday 12 August 2010

Jauhi Riba dan kuatkan Islam dengan lakukan Urusan Urusniaga Sarang Walit menggunakan Mata Wang Syariah Dinar dan Dirham


Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam dunia tamduun Islam moden.  Apabila kerajaan negeri kelantan dengan rasminya melancarkan  mata wang Alternatif Dinar dan Dirham.  Tentu ramai akan tertanya.. Apa kebenda ni?  maklumat lanjut rujuk laman web ni.  http://www.dinarkel.com/.
 Menarik dan amat menarik sekali.



Sekiranya dilaksanakan dengan betul.  Semua ummah dan masyarakat melakukan dengan penuh kesedaran dan keredhaan dengan niat untuk menghapuskan riba.  Maka insyallah.. agenda Isreal Laknatullahialahim dapat dibendung. Mahu tidak mahu.. kita mesti menerima mata wang pilihan ini.  Oleh itu,  sebagai langkah pertama.. Sebagai pengusaha sarang burung walet.. Ayuh kita lakukan urusan jual beli dengan wang Dinar dan Dirham ( D & D)..  Gud luck.. salam perjuangan Islam.




 Allah hu Akhbar..3X..
 Jihad kita menentang Riba.

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday 11 August 2010

Kos membina Rumah walit di Pasir Mas lebih Murah???

Ya ke... tanya saya sinis.    Mungkin benar dan mungkin tidak. Namun berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.  Ada hikmah juga Kelantan ni.. tidak menjadi pusat penindustrian dan perkilangan. Hasilnya ia memaksa untuk melahirkan buruh-buruh tidak mahir dan mahir.  Saya dapati hampir 90% belia dan beliatua yang tidak bekerja akan terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.  Kesanya upah buruh menjadi murah.  Tambahan pula nama pun Pasir Mas.  Bekalan pasir untuk bahan binaan sangat murah jika hendak dibandingkan dengan kos bahan binaan di Kuala Kerai, Gua Musang dan lain-lain tempat.    Maka dengan keadaan ini, saya menjangkakan akan lahir lebih banyak rumah-rumah burung secara kecil-kecil yang dibuat oleh mereka ( Tukang rumah ini sendiri).  Mungkin dalam kos  6-10 k sahaja mereka sudah mampu membina sebuah rumah walet.  Dengan bermodalkan keringat sendiri ( kemahiran membuat bangunan) dan bahan-bahan mentah yang murah.  Cuma yang mereka kurang ialah " kesedaran"



 Soal tanah usah dikhuatir, Pembeli- diluar daripada Kelantan Hampir tidak boleh membeli tanah daripada rakyat Kelantan.  Melainkan mendapat arahan khas daripada  Exco.  Ini kerana undang-undang Tanah Negara atau Kanun negara 1970 dimanfaatkan oleh negeri Kelantan untuk membentuk enekmen undang-undang supaya proses jual beli ini tidak berlaku.  Ya.. memang benar ada berlaku Ali- baba.. namun setidak-tidaknya ia tidak begitu mudah.  Ali baba kerana kaum bumiputera tidak sedar akan tindakan mereka itu akan merugikan masa depan keseluruhan rakyat.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Tuesday 10 August 2010

Pontesi Sarang Walit

Ramai ushawan walit akan bertanya tidak kah sarang walit akan menjadi tepu apabila ramai orang mengusahakan sarang walit.  Jawapan mudah untuk soalan ini.  Saya bawakan satu cerita.  Seorang Profesor daripada Belanda melihat " alangkah baiknya bencana alam seperti gempa bumi, Tsunami, Banjir, Gunung  Berapi dan sebagainya.  Beliau berpandangan. bumi ini semakin tua dan hasilnya semakin sedikit untuk menampung keperluan manusia yang sentiasa bertambah.  Oleh itu, kematian manusia secara besar-besaran telah menjadikan sumber alam dan sumber perlu manusia mencukupi.  Nah... kejam betul.. tapi kita boleh melihat hasil bumi ini sentiasa kurang untuk manusia.. maka tiada masalah untuk ada banyak!!!..



Kesimpulan mudah daripada pandangan ini.   Boleh kita katakan, sumber keperluan dan kehendak manusia tidak mencukupi.  Permintaan dunia terhadap sarang burung walit semakin meningkat dengan populasi manusa semakin bertambah  terutama di negara China.  Kenapa China?.. kerana mereka adalah pengguna asal sarang burung walit dan mereka semakin gemar memakan sarang burung ini  untuk tujuan kesihatan dan gaya hidup.  Keadaan ekonomi negara China yang semakin maju. Dengan permintaan dan kuasa beli yang tinggi dan makanan ini boleh diperluaskan kegunaannya.   Oleh itu, ia satu peluang yang amat baik untuk direbut terutama bagi penduduk Asia Tenggara kerana burung walit majoritinya terdapat di Asia Tenggara.  Rezeki daripada langit.. ( Alhamdullillah)


( Perhatian  Sekadar gambar hiasan  bukan duit saya.. gambar Internet)

( Gambar Hiasan)
Kegunaan bahan ini sebagai makanan tambahan boleh diperluaskan lagi sebagai makan segera.  Tambahan pula. makan ini berasaskan kepada makanan tambahan untuk kesihatan dan perubatan.  Apabila disebut perbuatan dan kesihatan ia berkaitan dengan keperluan dan gaya hidup.  Oleh itu, tidak timbul isu harga dan permintaan terhadap sarang burung walit ini akan tergugat dengan ketara ( insyallah).    Jika dilihat secara teliti, produk ini masih lagi boleh dikomersilkan secara meluas serperti minuman tenaga seperti 100 plus atau sebagainya.   Keguanan sarang walet tidak terbatas kepada penggunaan tradisional dan makanan golongan elit dihotel-hotel mewah sahaja.  Dengan daya tahan sarang yang boleh dibuat sistem stok  sehingga 4 tahun sekiranya disimpan dengan baik.  Membolehkan kita membuat stok pengimbang untuk mengawal harga walit.  Cuma sekarang, apa yang lebih perlu kena ada sarang burung walit dulu.  Harga kita bincang kemudian.



Sebuah... rumah walit di KB...


wasalam

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Monday 9 August 2010

Salam Ramadhan El- Mubarrak

Bulan digandakan Pahala dan Doa dimakbulkan.  Bonus daripada Allah S.W.T.  Berdoalah mudahan segala usaha hidup kita dipermudahkan.  Insyallah kejayaan bersama orang-orang berusha, sabar, tekun, dan Istiqamah.


Perbanyakan Amal.. Mudahan mendapat berkat


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Berita Harian Online | Tak cadang komersial gekko-gecko

rujuk, bahan dibawah..apa komen kerajaan terhadap pendapat yang saya kemukakan semalam Gecko VS Walit.

Menarik jugak...

Berita Harian Online Tak cadang komersial gekko-gecko

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Berita Harian Online | Abang robohkan kediaman adik

Berita Harian Online Abang robohkan kediaman adik

Kerana perebutan Tiada sifat tolak ansur dan keras hati untuk berbicara. Alangkah baiknya sekiranya persoalan Tanah dan rumah ini dibincangkan secara baik sangka.

Lebih baik lagi.. daripada dirobohkan.. diubah suai wat sarang burung walet... ( Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul). Namun, apakan daya. bila ammarah membara dalam diri terus jadi hilang pedoman.. Mudahan Abangnya ini mendapat hidayah daripada Allah.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday 8 August 2010

Tokey 40k VS Burung Walet

Sekarang hangat menjadi buah mulut merata-rata harga tokey yang begitu mahal sekali hingga mencecah 3.2 juta. Wow..

Bagi pengusaha walet binatang ini musuh utama akan memakan telur.. dan mungkin membunuh anak walet baru lahir..

namun nasihat saya.. sekiranya binantag ini ada di dalam BHW kita.. jangan dibunuh.. tangkap.. hidup-hidup jangan bagi ekornya putus.. Desas desus mengatakan harganya 300 grm mencecah 40k.. jangan tak percaya..
 jadi.. tangkap.. jual boleh wat modal.. buat BHW baru..., pendek kata... duit.. ( tapi hukumnya saya tak tahu.. , buat masa ini. tak ada fatwa dikeluarkan)... saya berkeyakinan patut dijauhi.., sebab ini termasuk dalam golongan subahah... walau mahal mana sekali pun.. kalau subahah atau haram.. jangna kita ambil...

Burung walet grenti halal... so fikir-fikir kan...


VS


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Memilih struktur Rumah Burung Walet yang terbaik..Emmmm,mmm

Tajuk ini merupakan tajuk yang paling takut saya hendak tulis.  Namun, saya mengambil risiko dan memberanikan diri untuk menulis tentang perkara ini.  Memandangkan ia merupakan satu kemahiran yang cukup penting untuk kita ketahui.  Sepanjang pengalaman saya yang amat cetek ini.  Saya telah melihat beberapa rekabentuk sarang burung melalui pengamatan secara langsung dan juga melalui kajian diinternet.  Dan saya yakin ramai antara kita telah melakukan perkara yang sama.  Memerhati, dan berfikir.  Dalam budaya orang Jepun.. mereka menggelarnya sebagai "Deep Thinking".  Dan kemudiannya diusahkan dengan beberapa kemahiran individu dan pendapat yang dicernakan mengikut padangan masing-masing.  Dan  akhirnya lahirlah mazahab burung yang berbeza.  Ada pihak mengatakan A, terbaik.. ada pihak mengatakan B terbaik dan tidak kurang mengatakan C yang terbaik.  Definisi terbaik itu sendiri berbeza mengikut keperluan dan kemampuan kita,

Sekiranya kita tidak berkemampuan untuk mengeluarkan modal sebanyak 500K, namun masih berhasrat untuk membuat sarang burung. Maka yang terbaik untuk kita adalah  mungkin dengan bajet BHW, yang boleh diusahakan dalam linngkungan 70-80K.  Dan sekiranya kita mempunyai modal dan mampu.. tiada salahhnya untuk kita mengeluarkan modal sehingga 5 Juta sekali pun.  Kerana itu adalah yang terbaik untuk kita.  Maka pentafsiran terbaik itu berbeza mengikut modal dan kesudian kita untuk melabur.

Walaupun begitu, masih ada beberapa perkara asas seperti yang nyatakan sebelum ini.  Asas utama untuk sebuah  burung walet adalah gelap, suhu 28-30 ( stabil), dan lembab.  Oleh sebab itu, pilihlah apa sahaja struktur sarang burung anda asalkan kita menepati ciri-ciri itu.  Antara lain. kita juga perlu akur tentang ketinggian dan keluasan minimum bagi sebuah BHW.  Ada mereka yang khuatir dan menghuraikan tentang corak penerbangan burung ke kiri dan ke kanan secara panjang lebar.  Ada  mengatakan... kita perlu melihat burung ini lefthanded atau right...., saya kurang percaya kepada teori ini.  Saya beranggapan ini sebuah teori.  Kalau kita hendak bermain-main dengan teori.  Tentu kita akan tersangkut dengan delema teori ini sebelum sempat menyiapkan sebuah sarang burung.

Gunalah.. struktur bangunan yang sedia ada.. dan format mereka yang telah berjaya.  Ikutilah pandangan dan nasihat mereka.  Dengan kajian dan sekiranya menggunakan konsaltant.. pastikan mereka seorang yang cukup berwibawa.

Rekabentuk.. luaran sarang burung nampak pelik.. namun di dalamnya .. hampir sama.. iaitu gelap, dan mempunyai tempat sarang burung bersarang.  Secara mudah.. bumi gelap apabila tiada matahari.  Maka kita sedaya mungkin harus melindungi cahaya matahari untuk gelap.  Satu nasihat daripada En Azman perhilitan satu masa dulu.. buat sarang burung untuk burung tinggal.. bukan buat sarang burung untuk manusia tinggal.  Maka moral daripada nasihat itu, struktur sarang burung itu tidak seharusnya sama seperti bangunana rumah tempat kediaman kita.  Memerlukan struktur yang amat kukuh untuk menampung keberatan peti sejuk, mesin basuh, perabut, kabinet alamri dan pelbagai peralatan rumah yang lain.  Kita hanya perlu memastikan rumah itu cukup teguh dan kuat untuk walet bersarag dan selamat daripada beberapa ancaman luaran.

Kita lebih bernasib baik.. apabila negara kita berada diluar lingkaran api pasifik. Maka setakat ini.. tiada sejarah gerak gempar yang serius berlaku.  Pada tahun 2009 dan 2010.. dilaporkan terdapat gerak gempar pada skala 3.0 rechter di bukit tinggi.  Dan itu mungkin boleh diambil kira bagi mereka yang tinggal dikawasan itu.  Namun . kita doakan agar tiada gerak gempar kerana setakat ini belum pernah ada satu gerak gempar yang dahsyat seperti yang berlaku di Indonesia dan negara-negara lain.

Maka, dengan pembahruan dan penemuan teknologi terkini.  Nampaknya kos untuk membuat kos BHW / RBL semakin berkurang dan dapat dijimatkan.  Apa yang perlu. kita harus memerah fikiran secara bersungguh-sungguh agar lahir satu rekabentuk struktur rumah walet yang menepati citarasa walet dan mampu menjana pendapatan semua ahli.

Menarik sungguh .. gambar dibawah.. mungkin kita temuinya 1 dalam 100 sarang walet.. atau 1 dalam 10.. atau memang walet tak kisah pun...!

( seolah-olah tiada gunanya nesting plank... ha ha ha)



Rutin seorang usahawan walet

Setelah menceburi bidang burung walet ini, tanpa saya sedar secara langsung atau tidak langsung.  Ia semacam telah membentuk satu rutin dan gaya hidup baru bagi saya.  Beberapa perkara telah berubah tanpa saya sedari.  Bukan dipaksa tapi kerana minat dan pelaburan yang telah dilakukan menjadikan kita berusaha dan bersemangat untuk mencapai matlamat kita.

Secara umum tidak banyak yang berubah dalam hidup saya.  Macm biasa, bangun pagi solat subuh, pergi kerja dan balik kerja.  Namun, hujung minggu saya terisi dengan padat sekali.  Hujung minngu yang bermakna dan ia tidak mencukup ( kekadang) untuk menguruskan hal-hal perlu bagi walet.

Antara rutin yang saya lakukan ,setiap, hujung minggu saya akan masuk ke bilik kawalan dan melihat beberapa keperluan. Pertama. suhu maksimum dan suhu minimum minggu tersebut.   Sekiranya hari hujan dan guruh berdentum, saya perlu berhati-hati sekiranya ada ELCB yang teplentik, atau ada speaker yang rosak.  Sekiranya berlaku guruh yang kuat, pada minggu itu.. hanya hujung minggu sahajalah masa yang saya ada untuk membetulkan segala kerosakan teknikal itu. (  Pengalaman terburuk setakat ini.. litar pintas.. kebakaran kabel.. sepanjang 2 kaki).. Mudahan .. itu yang pertama dan terakhir kerana langkah-langkah keselamatan lebih ketat telah diambil!

Ramai mengatakan ada speaker water proof. Namun sepanjang pengamatan saya. tiada istilah water proof speaker.  Yang ada , cuma yang berkualiti atau tidak  berkualiti.  Oleh sebab itu, speaker tidak boleh terlalu terdedah kepada hujan dan panas.

Hal yang sama apabila berlaku gangguan kepada elektrik,... perkara pertama yang perlu dipastikan, pastikan timer dibetulkan semula ( sekiranya menggunakan manual), dan paling-paling tidak suara internal bebunyi.  Memandangkan batasan kerja tetap yang ada sekarang.  Agak terbatas untuk menyempurnakan / membaikpulih kerosakan pada waktu siang di hari minggu.  Dan setelah jam 6.00ptg. Kita tidak boleh lagi memasuki rumah walet.  Mahu tidak mahu. hujung minggulah  dimanfaatkan sepenuhnya untuk meyelengara segala hal-hal mikro ini.

Selain rutin-runtin perlu disebutkan di atas.  Kebersihan sekitar rumah walet juga perlu dijaga,  Memandangkan BHW saya merupakan bangunan tunggal.  Kebersihan sekitar, menyembur racun anai-anai, dan segala mungkin yang boleh menghalau binatang perosak perlu  dilakukan/diletakkan agar ia tidak dihinggap oleh musuh-musuh walet.

Pendek kata. hujung minggu saya terisi dengan lebih bermakna dan menyeronokkan.  Walaupun begitu, sekiranya senarai dalam checklist saya menunjukan tiada apa-apa keperluan.  Maka masa manfaat itu saya akan habiskan bersama keluarga atau melayari internet untuk menambah ilmu tentang burung walet dan lain-lain ilmu.

Berikut ada beberapa item, pada pandangan saya sangat sensitive dan perlu dijaga dengan baik.

1) MP3 Amplifier




2) Eksternal speaker





3) Internal twitter



4) Sekiranya kita menggunakan water mist.. pastikan nozzle head sentiasa clear.. tidak tersumbat.



5) Sekiranya menggunakan sumber bekalan air.. pastikan tiada paip air bocor dan menitis kepada nesting plant.


6)Kehadiran. pemusuh-pemusuh walet ( Memasang lampu pada bahagian pintu masuk walet boleh menghalang burung hantu).. selain pembinaan gerigi khas, pintu automatik- apabila malam pintu tertutup.











Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Thursday 5 August 2010

Walet ader dimana2 sahaja...!

Sebuah Bh yang sangat strategik dibina di kawasan kebun pisang.
Sebuah ilusi mengambarkan sekumpulan walet pulang ke sarang selepas penat mencari makanan.

Kalau Walet bisa berkata-kata (interview dengan seekor burung walet).


Hari ini, saya terlintas untuk menulis tentang satu perkara yang diluar tema  biasa.  Saya menggunakan pendekatan khayalan dan bermain-main dengan "buah kalau".

Kalau walet bisa berkata-kata dan saya ditugaskan untuk menemuramah burung tersebut.  Mungkin ada beberapa soalan yang akan saya tanya.  Mungkin perbualanya seperti berikut;

Saya (S) :  Assalamualaikum.. ( walet beragama Islam)

Walet ( W): Walaikumusalam.

S:  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.  Saya mewakili berberapa pengusha walet di Malaysia ingin mendalami dan mengetahui beberapa perkara yang walet suka dan walet mahu. harapnya tak ada halangan

W: Tak ada halanga.. lagi pun kami tak ada keja.. duk berlegar-legar di udara,cari makan, buat sarang dan bertelur.. tu aje lah keja kami nampaknya karang ni.. ha ha

S: Ya  tu kami maklum... soalan pertama saya... Walet ni ada berapa keluarga.  

W: Tu saya tak tahu.. maklumlah saya tak tahu.. yang saya tahu.. kami ajelah yang wat sarang guna air liur.. maklum laa saya burung. lagipun maklumat itu tak penting untuk saya.. Tapi.. ada laa jugak nampak beberapa imagirin lain sekitar kami.. depa digelar seriti, layang, layang sawah, layang-layang batu.. tapi tak tahu laa saya..  tapi biasanya mereka tak femus macam kami.. kami.. peminat walet sanggup habiskan beribu2 malah berjuta-juta nak bagi kami wat sarang.., pada masa dulu... sarang kami ni tak terjejas sangat.. tapi karang ni sangat terjejas kerana .. ramai yang ganggu kami wat sarang..



S: Ganggu wat sarang.. apa maksud walet?:

W: Gannggu wat sarang maksud kami.. ialah sarang kami diambil sebelum kami sempat menetaskan anak-anak, jahat sungguh manusia...? mungkin kerana ketamakkan dan kerakusan manusia tu.. kesanya .. populasi kami tak sempat berkembang di rumah tu!.. kalau wat macam tu.. banyak kali.. mungkin kami akan mogok dan tak nak masuk lagi.. ha ha baru mereka tahu..

S: Tapi orang kata.. walet ni jenis burung yang setia?

W: OOO sapa kata. sapa kata kami ni jenis setia.. kami pun pandai merajuk kalau tak dijaga dengan.. masa waktu malam.. jangan kacau kamii... waktu siang.. masa kami keluar cari makan.. kalau manusia masuk. pun kami tak tahu.. tapi.. kami boleh tahu jugak tau.. bau- bau bandan manusia yang curi2 masuk semasa kami keluar cari makan.    Kalau kami dikacau banyak kali.. kami akan lari.. maklumlaa kami raja tau sekarang.. banyak tempat baru untuk kami...

S: Apa yang paling dibenci oleh Walet...

W: Yang paling dibenci oleh kami yaa.. pertama .. kami tak suka burung. hantu... musang, burung helang.. dan pemangsa yang makan zuriat keturunan kami... kalau bau.. musang, burung hantu .. tu.. kami grenti tak masuk dah.. jangna harap..kami sure tak masuk..!.. lepas hilang bau tu,... baru laa kami fikir byk kali nak masuk atau tidak....

Kami jugak tak.. suka.. lips, semut,,, dan hama makan sarang-sarang yang kami buat... kalau cicak , tongkek tu... mereka suka kacau telur kami...!, telur kami ni dua aje... kalau tinggal satu.. kami tak ada mood nak mengeram dah... .


S: Apa yang paling disuka oleh majoriti walet?

W: Awak tanya majoriti say atak tahu!.. tapi kalau saya sebagai layang-layang gua.. saya amat suka.. rumah walet yang ada  bunyi-bunyi kelompok walet yang ramai-- kami bukan jenis hidup sendirian.. kami hidup berkelompok.. jadi kami nak member, suhu dan kelembapan, gelap.. sama macam tempat tinggal kami .. iaitu gua... kalau ada bunyi.. air mengalir... bau-bau walet lain.. kami akan cepat bersarang dan nak tinggal disana.  Tapi.. kami tahu.. manusia cuba tipu kami dengan masukan beberapa aroma palsu.. macam amonia... mereka ni tak belajar sains ke. amonia itu bahaya.. silap hari bulan mereka boleh mati..., kalau nak bagi bau busuk.. cukuplaa dengan najis kami... bau buah-buah busuk!

S: buah -buah busuk!, kenapa?

W: haa , jangna tak tahu..buah-buah busuk tu.. akan menarik ramai.. makanan kami ke sana.. maka kami... akan masuk laa nak makan..., basic need for us is simple.. food!.  Kami akan pergi ke mana saya nak cari makan.. hidup kami untuk makan... bukan makan untuk hidup.. tapi manusia gunakan kami untuk cari makan... dan silap hari bulan makan orang lain pulak... ha ha..

S; Jangan laa macam tu En Walet... kami manusia sedaya mungkin nak faham walet ni... macam na .. agar kami dapat sediakan habitat yang amat sesuai untuk walet...

W: Ya.. banyak lagi , yang saya kena beritahu awak... tapi.. saya agak sibuk sekarang,, ,sekarang bulan 6-9 ni musim mengeram saya... saya tak leh tinggal sarang saya lama-lama ,.. nanti tak menetas pula telur saya ni.

S: laaa nak pergi dah ke?

Y: Yaa laaa saya ikuti timing.. keluar jam 7.00 pg... masuk jam 7.ptg.. tapi waktu mengeram macam ni... kena balik awal.. atau tak boleh tinggal sarang langsung.. nanti kalau anak menetes lagi  BZ.. kena bagi makan, bagi minum air!..

S: Minum air... bila masa walet ada bawa kole.. atau cawan

W:  Ha ha.. soalan yang pelik dari seorang manusia... saya boleh tanya balik.. bila manusia ada sayap?.. kami ada sayap.. ya kami tak ada tangan, tak ada kole.. tapi.. bulu kami ni boleh menyimpan air.. untuk diberikan kepada anak2 kami nanti.. ni Allah bagi laa.. Allah maha adil.. Maaf yaa saya nak pergi dah ni!..

S: tunggu laa dulu...

W: maaf ,, kami amat berdisiplin: dah sharp 6.58... saya nak balik.. nak tanya apa-apa e-mail di sini waletgroup@gmail.com.   e-mail jangan tak e-mail... Assaaimualaikum


S: Walaikumsalam.




Nukilan damakswift







Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday 4 August 2010

Cabaran Terbesar dalam Menguruskan Rumah Walet

Saya bertanyakan soalan kepada beberapa orang kawan.  Apakah cabaran terbesar dalam menguruskan rumah burung walet?.  Kebanyakan mereka memejam mata dan tersenyum.  Saya seakan-akan memahami dan boleh mengagak yang bergelar-legar dalam minda mereka dan apakah jawapanya nanti.  Hal dihadapi oleh semua ushawan walet...



Maka tidak hairan,ramai akan mengatakan cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan suhu yang dingini oleh walet.  Suhu yang sesuai untuk walet dikatakan antara 28-30 C.  Jika dilihat kepada cabaran ini, kita amat bertuah kerana cuaca dinegara kita telah menghampiri keadaan yang dikehendaki oleh walet.  Maka agak wajar negara-negara di Asia Tenggara menjadi tumpuan walet kerana kita beriklim Khatulistiwa.  Negara  kita  amat beruntung kerana mengalami jumlah waktu malam dan siang dengan kadar yang hampir (iaitu 12 jam )sama dan cuaca lembap dan hujan sepanjang Tahun.

Namun ada kala, suhu dirumah walet berubah-ubah kerana faktor setempat dan kawasan sekitar.  Di kawasan berbukit.  Keadaan hutan dan pokoktyang tumbuh melawa dan melata mampu menjadikan BHW lebih nyaman dan sejuk.  Namun di bandar-bandar, hutan-hutan konkrit dan muntahan asap kenderaan mampu menjadikan BHW tidak nyaman untuk walet.  Ini satu cabaran besar bagi mereka.. kata kawan saya!


Walaupun begitu, kerana populasi walet sekarang nampak banyak berhijrah ke bandar dan mencari makan dikawasan pulau atau sawah. Maka semua perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi walet asalkan ia tidak terlalu panas dan menganggu mereka.  Kenapa mereka mahukan suhu seperti itu?.. satu soalan yang baik.. secara mudah kerana ia amat sesuai untuk proses pembiakan walet, bermula daripada bertelur, mengeram, menetas, dan menjaga anak-anak walet hingga dewasa.  Sekiranya semua kendisi ini dipenuhi.. Insyallah kita akan mampu memikat hati walet untuk bersarang dan tinggal di BH kita.



"Kawasan dan lokasi memainkan peranan lebih penting daripada suhu jawab seorang kawan yang lain."  Sebabnya? tanya saya. Maka dia menjawab . Di kawasan yang telah banyak populasi burung, walet akan lebih suka bermain kerana menjadi satu tabiat burung ini mereka akan hidup di dalam klompok atau kaloni yang besar.  Namun dengan pertambahan burung saban tahun.. lama kelamaan , BHW yang sedia ada tidak lagi mampu menampung populasi burung yang semakin bertambah.  dikatakan burung walet akan bertambah dengan kadar 3 kali ganda setahun.  Maksudnya.  Untuk menampung keperluan walet, paling-paling tidak, dikawasan baru memerlukan 3 kali ganda juga petambahan rumah burung walet.  Kawasan, dan suara yang mampu menarik burung memainkan peranan cukup penting dan ia menjadi satu cabaran yang harus diselesaikan terlebih dahulu apabila seseoang itu ingin membina BHW.  Setelah itu, barulah diambil kira strukur makro dan mikro bangunan, semakin canggih, murah, dan selamat!



Namun, adakah ini cabaran terbesar pengusaha walet. Saya katakan..Mungkin tidak.. ada satu lagi cabaran yang lebih penting. Cabaran itu adalah.. memastikan burung masuk dan mendiami BHW secara konsisten.  Menunggu burung masuk dan membentuk sarang pertama adalah saat-saat yang paling mendebarkan.  Kepuasan mula timbul apabila sarang burung pertama dapat dilihat dbina oleh walet secara sempurna. Namun, kita tidak berhenti setakat itu, perjalanan masih panjang. Perjalanan sebenar akan bermula apabila walet mula bersarang 1, 2, 3 ,4 dan etc.  Maka akan timbul soal lain pula. iaitu gred dan kualiti sarang.  Ini cerita panjang.. kita story lain kali...
Ayuh.. matlamat kita di atas sana!