Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan Kareem


Salam Ramdhan untuk semua pengikut Walet Group.. mudahan kita tamakkan syurga Allah.

wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday 26 June 2012

Sang Walit dan Khurafat




Salam,

Di kesempatan ini Damak ingin berkongsi tentang berberapa perkara amalan  yang ditegah dalam ajaran Islam.  Setan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita dalam apa juga yang kita lakukan terutama di dalam bidang perniagaan.

Sebutlah perniagaan apa sekalipun.. restorant, kedai pakaian, kereta sewa, ... boleh kata semuanya... cuma mahu atau tidak mahu..tepuk dada tanya iman.

Industri BW juga  tidak terkecuali.  Apabila sudah seakan-akan hilang cara.. tak tahu nak buat apa dah... makan bomoh mula menjadi pilihan akhir.

Maka, bomoh mula memberikan petua begitu begini . memberi itu ini.. dan pantang larang atau barang-barang tertentu yang dipercayai akan menarik sang walit masuk

Bomoh.. menjadi pilihan mereka yang tidak yakin.. permintaan ( doa) mereka dimakbulkan.  Penantian doa untuk dimakbulkan seakan-seakan terlalu lama.. dan kerap kali.. apabila doa mereka dimakbulkan,,, mereka tidak merasakan itu satu rahmat daripada Allah. Mrk mengatakan itu adalah kerana  mereka membuat pilihan untuk melakukan itu dan ini.

Terdapat beberapa item yang menjadi kegilaan pengemar walit untuk memikat walit masuk.. Malah ada yang dijual dengan harga ribuan ringgit.  Semua itu, amat bahaya dan boleh mengancam soal Aqidah kita umat Islam

Tiada ada satu pun kuasa..dan apa-apa yang mampu mendatangkan bekas atau kesan melainkan dengan izin Allah.

" Dan percayalah Setan akan senantisa mencari jalan-jalan untuk menipu daya manusia dengan cara halus".

Damak tidak mahu nyatakan apakah barang-barang yang menjadi kegilaan pengusaha walit.  Cukuplah dengan Damak menasihatkan. tidak perlu percaya dan buat.  Cukup dengan kita buat sarang mengikut habitat gua, faktor makro dan mikro yang betul.. pasang suara dan selebihnya bukan tugas kita.. Do the Best and Allah will do the rest.

Jauhkan diri kita daripada hal-hal khurafat.
Insyallah hidup kita mendapat rezeki berkat walaupun lambat...
 dan ini lebih mulia daripada cepat tetapi  khurafat
kerana diikhuatiri "rezeki" tadi datang dengan laknat Allah.
"Na'uzibillah himin zalik"

Salam Maju jaya untuk semua... bagi yang sudah berjaya.. jangan kedekut untuk kongsi ilmu.  Ilmu tidak akan berkurang kerana dikongsi.  Rezeki tidak akan berkurang kerana berzakat dan derma. Yakinlah.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday 25 June 2012

Konflik Menuai Sarang Burung : Demensi Kemanusiaan Vs Keuntungan





( Proses Harvest SBW Liar di Thailand)

untuk mendapat ini..


Salam


Semua peniaga mahukan untung. Pengusaha mahukan hasil.  Kita akan tersenyum lebar apabila berjaya menjual 10kg SW contohnya..  Manakan tidak.. katakan sekarang dalam harga Rm 2 K..- 2.3K. Kita bersyukur walaupun harga tidak seperti dulu lagi sehingga mencecah 6K.

Maka, timbul beberapa perkara yang menjadi persoalan kepada pengusaha. Apabila.. BW sudah bersarang.. mereka akan bersarang secara sedikit  berperingkat. Ada waktunya.. kita tidak dapat menuai semua hasil sarang burung.. kerana masih ada anak kecil.. ataupun walit masih belum terbang.

Ada, padangan mengatakan.. ambil semuanya tidak kira ada.. anak, ada telur.. ada anak belum terbang.. kerana BW akan bersarang lebih banyak selepas ini.
.
Persoalannya.. adakah kita tergamak.. Damak tidak gamak untuk melakukkan... itu.. Apa yang Damak lakukan. Damak akan kutip secara berperingkat... dan kita kumpul... barulah kita jual.

Idea dan padangan tuai semua.. ini datang daripada kebanyakkan peristiwa RBW yang dipecah masuk lebih berjaya kemudiannya. maksudnya.. Burung lebih ramai. ,sarang lebih banyak.. kerana teori mengatakan.. bau-bau.. anak2 walit yang mati, telur yang pecah.. akan menjadikan walit lebih selesa kerana keadaan ini normal dalam habitat walit digua..., ada serangan biawak, mengkarang, tokek dan lain-lain.. maka anak2 walit biasanya tidak hidup semuanya.

Ramai percaya dengan rampas.. semua sarang2 walit.. setelah 3 kali bersarang . adalah cara untuk meramaikan.. burung walit.

Persoalannya .. adakah kita sanggup... Ini satu cara yang zalim. Kapitalis.. tidak teragak-agak melakukkannya.  anak ayam sanggup dibakar, susu lembu sanggup dibuang, buah mangga sanggup dibuang.. semata-mata hendak mengawal kuantiti dalam pasaran agar harga tidak jatuh.. hal yang sama dalam konteks ini,, kapitalis akan lakukan... Namun.. kita orang Islam ada cara yang lebih seimbang kerana segala perbuatan kita didasarkan kepada keyakinan kepada rezeki Tuhan.


wasalam.




Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday 18 April 2012

Keupayaan Lidah Menggulungkan Bumi Sebelum Kiamat




Salam.. ini hanya tulisan selingan selain daripada Burung Walit.  Suka Damak nukilkan dengan rasa yang paling dalam dari hati.. tersangat dalam untuk merenung dan melepasi batas-batasan masa dan waktu.  Meneroka usia dan ujian demi ujian dalam sebuah perjalanan bergelar ushawan.

Kita akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.. itu pasti.. kerana pesan seorang guru.. kapal yang teguh bukan untuk berlabuh di pelabuhan sebaliknya untuk merempuh gelombang dan badai dilautan.

Ketahuilah.. dunia... dicorakkan dengan lidah.. Lidah bisa membentuk bumi... dan lelangit kita bisa menjadi langit di dalam dunia rongga kita.  Lidah kita boleh mengulungkan bumi rongga ini mengikut kaca mata dan fikiran kita yang di asaskan oleh ilmu dan hati nurani yang dicorak oleh pengalaman silam, yang bertapak kukuh lalu menjadi sebuah pengajaran sama ada ia manis atau menyakitkkan.

Kiamat.. kita boleh datang dengan dekat.... terlalu dekat.. sedekat bibir mulut kita berbicara.. berbicara tentang dunia.. berbicara tentang akhirat... berbiacara tentang segalanya... malah segala- galanya dibentuk oleh lidah dan dunia rongga yang sempit.

Kekadang kita merasakan sesuatu yang buruk itu amat buruk untuk kita.. dan di akhirnya kita ketahui dan sedari ia tidak seburuk mana,... dan sebenarnya satu rahmat Allah kepada kita untuk memudahkan sesuatu yang kita berat dan tidak mampu membuat pilihan pada asalnya.. lalu lidah kita cepat mengeluh dan mengeluarkan dengusan-dengusan haiwani yang  tentunya bertentangan dengan nurani hati murni..

Ia.. menjadi lebih senang dan mudah apabila kita berupaya keluar daripada zon selesa.. berada di dalam zon selesa menjadikan kita lupa dunia dan daratan bahawa ,, matlamat dunia ini bukan di dalam rongga.. ia di dalam hati jiwa naluri dan iman kepercayaan kita kepada yang Esa..

Lidah tidak bertulang.. itu antara bait-bait kata lagu.. dan pantun lama yang sering melekat dan menjadi klise di dalam masyarakat kita.,  Namun benar impaknya... begitu mudah dunia dan amanah itu ditabur tanpa rasa berat yang amat kepada prinsip diri dan janji yang dipikul itu.

Sekiranya... kita mengetahui.. dunia ini di dalam rongga kita.. tentu kita tidak banyak berkata-kata dan terasa amat berat untuk berkata sia-sia melainkan benar dan berfaedah sahaja.  Seluruh isi kandungan dan kekayaan dunia ini disimpulkan dengan lidah merah tidak bertulang... mengeluarkan kata-kata dan ia bisa meempengaruhi dunia ..

kata- kata akan mempengaruhi perasaan... perasaan akan mempengaruhi impian.. seterusnya cita-cita dan akhirnya usaha dan kesan kepada sesuatu yang kita berikan..

Wah.. beratnya,... dunia  di dalam rongga..., itulah kita.. maka  hati- hati... jangan biarkan ia kiamat sebelum dunia sebenar tergulung dan tersandar di Tiang Arash.. Wallah .. hu alam.



Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday 17 April 2012

Pengalaman Di Pattani .. Rumah Walit Bawah Tanah

Sudah lama ingin Damak nukilkan pengalaman ini di blog. Namun tidak sempat, hinggalah ke saat ini. Allah beirkan sedikit kelapangan untuk menulis dan memberikan peluang kepada Damak untuk berkongsi pengalaman di Pattani tempoh hari.  Pada awal March 2012\.. Damak berkesempatan melawat Pattani atas urusan kerja..

Di sana,, antara yang menarik yang mesti dikongsi oleh semua pengemar Walit.. Pernahkah kita terfikir untuk membuat BHW di bawah Tanah.. kedengaran agak pelik namun itulah yang berlaku di sana.  tempat Basement parking dijadikan Rumah Burung Walit.  Pada waktu petang di sebuah hotel di Pattani.. mungkin ramai yang tidak perasan dan tidak tahu.. dan mungkin juga ramai yang tahu.. cuma tidak mahu ambil tahu.. BW akan terbang riang masuk melalui pintu paling rendah dan seterusnya ke dalam basement.. haha,... rupanya walit mungkin tertipu ataupun, tidak kisah tentang lubang mana.. sedalam mana asalkan suhu dan kelembapan menepati habitat asal mereka.

itulah keghairahan burung walit dan semangat yang tinggi untuk burung walit hidup sehingga mencecah 25 tahun.. maka.. tuan-tuan juga boleh gunakan pendekatan ini jika sesuai dengan tempatan tuan-tuan sekalian,..
wasalam.


Namun.. jangan sampai jadi macam ni.. boh.. ha ha..



Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday 25 March 2012

Yuran Kursus Walit

Semalam,  ada seorang kawan kepada seorang kawan Damak.. memberitahu.. Damak.  Damak.. kenapa i  lihat dalam blog u.. yuran kursus murah sangat.. RM 250.00 dan siap dapat diskaun lagi RM 50.00.

Sedangkan kalau nak compare dengan  yuran kursus-kursus lain.. ada mencecah belasan ribu ringgit. paling rendah sekitar  RM600- 800. . Maka Damak senyum dan diam. dan berkata... u baca blog nanti i komen di blog.
ha ha.

Memang Damak sedar.. antara kos kursus yang paling murah di Malaysia. ialah kursus  anjuran Damak.  Alhamdullillah.,. ia mencapai sasaran Damak untuk menyebarkan ilmu dan tidak berlebih-lebihan dalam mengenakan cas / yuran kepada peserta kerana mahu mengalakkan golongan yang berminat dengan burung walit berkongsi idea dan ilmu.

Namun,. ada juga yang Damak dengar.. murah ni berkualiti ke?... sebab orang sering melihat yang mahal itu berkualiti dan yang murah sering dilihat dengan pandangan prajudis.
Sebenarnya tiada masalah untuk Damak mengenakkan yuran kursus sehingga RM 1000.00 . namun mungkin dalam pakej yang berbeza ataupun..masih kekal dengan pakej sama kerana itu adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilakukkan.

Tetapi.. apakah beza kita ( kunikkan ) dan bagusnya Islam dan misi yang hendak kita capai pada sebelah kanan blog ini.. adakah ia selari?. Kursus yang Damak anjuran bukan sahaja murah., insyallah bermaklumat. dan akan membuka jalan-jalan kepada mereka yang hendak membina RBW.

Setakat ini hampir 700 orang alumni kursus Damak, alhamdullillah. ada yang bergelar, adik, abang, kakak, Makcik, Pakcik, Atuk Nenek, Dato', Dr, Profesor, Tan Sri telah datang ke kursus Damak.  syukur.


Maka menjawab soalan kawan kepada seorang kawan Damak. Alhamdulillah.. kursus Damak tetap kekal dengan harga RM 250.00. mengikut tempat dan keadaan semasa.  Dengan keadaan sekarang itulah yuran kursus yang paling rendah yang boleh Damak tawarkan.

Setakat ini.. Damak juga ada menerima jemputan daripada pelbagai hak persatuan pesara guru, tentera dan pihak-pihak pertanian untuk mengadakan sesi penerangan tentang burung walit.

Insyallah. sekiranya ada pihak-pihak persatuan, koperasi , atau IPTA yang berminat, untuk mengadakan ceramah dan sembang-sembang tentang burung walit.boleh hubungi Damak.. kerana ilmu itu tidak akan berkurangan kerana kita berkongsi.  insyallah.

wasalam.



Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday 11 March 2012

Dedikasi dalam Bekerja


Beberapa hari lepas Damak ada mendapat panggilan telefon daripada seorang pesara pegawai tinggi kerajaan untuk menyelangara RBW yang bermasalah. Setelah, menetapkan tarikh pertemuan dan masa. Maka kami berjumpa  Mengikut beliau sudah hampir 20 tahun bersara.  Wah maknanya usianya kini mencecah 74 tahun.  Namun, masih berminat  dalam kerja-kerja RBW.  Damak tanya kepada beliau, apa yang mendorong Aji ( org tua.. Damak biasakan diri panggil Aji)... terlibat di dalam industri burung walit, belia menjawab.. dia sudah letih berurusan dengan manusia, dan cuba meminamakan urusan melibatkan gelagat manusia.  Namun.. hakikatnya.. kita tidak dapat menolak untuk berurusan dengan manusia selagi kita hidup.  Apabila kita meninggal dunia.. orang yang hidup menguruskan kita.


Namun, apa yang Damak ingin kongsikan, beliau mempunyai ciri-ciri seorang yang amat komited dan didikasi dalam kerjanya.  Walaupun.. sedar akan keterbatasan upaya kerja dan kudrat yang dimiliki.. dia masih cuba membantu sedaya yang termampu.

Damak, kagum ..apabila setiap patah kata-kata dan nasihat Damak tentang RBWnya ditulis dan ditandakan pada buku kecilnya.. mungkin sebagai catatan untuk ingataan.. mungkin kerana faktor usia. atau mungkin untk memastikan segala dilakukan dengan penuh teliti dan rapi.

Apabila.. Damak memasuki RBW yang berusia hampir 2 tahun itu Damak lihat terdapat lebih daripada 100 sarang Burung Walit, alhamdullillah.. antara ciri -ciri RBW yang akan berjaya.  Damak pun mula meninjau. apa-apa perkara yang perlu diselengara dan update.. sesuai dengan usia RBW beliau.

Seperti biasa.. Damak akan mengambil sekeping kertas dan mula menulis dan senaraikan apa yang perlu dilakukan.

Mengikut beliau.. RBWnya mula mengalami kesusutan dalam jumlah sarang bukan semakin bertambah.. sepatutnya.. hasil semakin bertambah.

Damak. senyum dan biar dia menghabiskan cerita-cerita tentang RBWnya.

Setelah , itu.. dia meminta Damak melakukan kerja-kerja penyelengaraan yang perlu.  Damak.. lakukan apa yang sempat,,

Baik kepada tajuk entri ini, Damak kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh Aji ini.  Seorang yang lemah lembut, dan amat didikasi dalam kerja-kerjanya.  Dalam, menguruskan hal-hal walit. Tuhan pertemukan dengan pelbagai rencah dan ragam yang menarik untuk kita teladani.   Damak yakin.. dan insyallah, sikap dan mentaliti kita amat mempengaruhi cara kita berfikir, bekerja dan seterusnya hasil yang bakal kita perolehi. Damak doakan Aji ini.. dan RBWnya akan sukses. insyallag.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday 6 February 2012

Salam Malidur Rasul

Salam..


Mohon.. kita menjunjung kebesaran Nabi.  banyak berselawat dan mengamalkan sunnah rasullah.  Menghidupkan sunnah menerusi kecintaan kita kepada baginda. Sebaik-baik Makluk dan Nur yang menerangi alam maya ada.  Mudahan.. kami akan mendapat syafaat mu dan redha lah kami menjadi ummat mu

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday 30 January 2012

Kepada Peserta kursus pada 11/12/2012

Salam, Alhamdullillah.

Kursus sulung dan permulaan tahun 2012, bakal diadakan pada tarikh seperti di atas.  Mohon.. kepada sesiapa yang berminat... boleh hubungi Damak segera. Masih ada tempat kosong., Dan tawaran promosi sah sehingga 31  Jan  2012.

CEPAT.. REBUT PELUANG INI.




Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday 17 January 2012

Perkembangan Eksport Sarang Walit ke China--

Salam.. hari ini.  Damak ketemukan satu artikel dalam akhbar Mandarin.- akhbar Sin Chew Daily.. di translate seperti berikut;

[Agricultural length: to ensure that there does not appear to follow product label before export ‧ bird's nest](Photo: Sin Chew Daily)(16 Puchong Selangor ‧ News) Agriculture and Agro-based Industry Minister 拿督诺奥玛 that bird's nest business must be "a Malaysia best (One Malaysia Best) label" before they can export nest.
He pointed out that the bird's nest business must meet three criteria, namely, veterinary health indicators (VHM), Radio Frequency Identification (RFID) and the Ministry of Health food safety standards, in order to obtain the label.
"To ensure the quality and export of bird's nest will not follow the product, the Ministry of Agriculture decided to only meet three criteria in order to export the bird's nest bird's nest business."
Only 8 companies owned veterinary health indicators
He identified today as a Malaysian bird's nest storage trading center opening, said at a news conference, present, China has only 8 companies issued by the Veterinary Services veterinarian health indicators; according to the situation before, once the bird's nest business after veterinary health indicators bird's nest can be exported.
"However, the current veterinary health indicators alone are not enough already, must meet the other two indicators to export bird's nest."
In addition, he said, Malaysia and China earlier in the event negotiations for export of bird's nest, has been described not only the bird's nest the two sides focus on the quality, and must ensure that the bird can be safe to eat.
"Only the Ministry of Health has the power to identify the food safety of bird's nest, so one of the indicators issued by the Ministry of Health food safety indicators."
He said that until now, still waiting for the Ministry of Agriculture of China and the Chinese Ministry of Health announced the bird's nest food security for the official decision; and the Ministry of Health indicators can be issued to meet the standards of bird's nest business.
He said the Ministry of Health, the two sides are still having consultations to discuss the details, including bird's nest of the nitrite content of hydrochloric acid.
"Another indicator is a wireless identification system by the Malaysian Communications Multimedia Commission (MCMC) to issue, the main source for the identification of bird's nest, and ensure that through the bird's nest from the bird house veterinarian approved by the Board."
Free 3 indicators at start
He stressed that these three indicators can be activated at any time, the Ministry of Health currently owes respect; bird's nest business is free to apply these three indicators.
Was attended by director Datuk Abdul Aziz Veterinary Services, Ministry of Health, Food Safety and Quality Senior Director Nuolai Ni, members of the Agricultural Bank's chief restructuring Nie Abdullah, a Malaysian bird's nest identification storage trading center president Datuk Panjin Yue, Chief Executive officer Datuk wear chess Ming, deputy general manager of Pan Wenjun and Cai Guangyu.
Malaysia's GovernmentMust maintain contact with Chinese companies
On the other hand, Nuoao Ma pointed out that China and other countries there are thousands of tons of bird's nest can not be sold, so he was worried that once the bird's nest can be re-exported, will lead to a large number of products into the market, and there is no guarantee that the market before the stranded bird's nest.
"Therefore, in order to avoid a similar situation, was" a best label in Malaysia, "the company must maintain good contact with Chinese companies. Both companies must obtain government approval of individual, in other words, although all private companies, but the horse in the joint government (G2G) in the form of business. "
He said Malaysia's best if the product is not a label, it means that the product has not been approved by our government, the Malaysian Government does not not be held responsible for the product label.
"At present, China is facing a bird's nest export trough; export volume last year reached only 20 tonnes, and our goal is to export 250 metric tons a year, equivalent to half of the year Chinese demand for bird's nest."
He added that export 250 tonnes a year for China's Bird's Nest bring 40 billion ringgit in revenue.

In addition, passengers can only carry against government restrictions on the departure of the practice of one kilogram bird's nest, Nuoao Ma has asked for strict enforcement units, while placing the signs at the airport to remind tourists, hope this also from the bird's nest in the fight against smuggling


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday 11 January 2012

Bila kah kita perlu menggunakan Mist Maker

As'salam..

chicken Humifier



Tentu ramai yang bertanya.. bila agaknya kita perlu menggunakan mist maker.. atau chicken humidifier atau pelbagai jenis peralatan penyejuk lain.

Jawapannya.. begini..

Biasanya apabila musim panas., itupun subjektif.. maksudnya. apabila suhu BHW kita terlalu tinggi mencecah lebih daripada 33 C.,  Satu perkara yang perlu kita ingat... burung tidak akan mati kerana panas... tapi burung boleh mati kerana kesejukkan.. sebab burung berdarah panas, mereak tidak tahan dengan cuaca sejuk khususnya anak walit yang berusia 2 minggu pertama yang bersifat helpless ( tidak berbulu, mata tertutup).  Oleh itu, pemilihan induk walit,, bukannya merangkumi kepentingan mereka sahaja, mereka juga akan mengambil kira ( naluri kurniaan Allah) keselamatan dan keselesaan generasi mereka.

Satu tips yang menarik.. sekiranya kita membina BHW mengikut tips-tips tertentu.. BHW mungkin tidak perlu menggunakan alat penyejuk ini langsung kerana suhu dan kelembahan iklim di Malaysia yang tersedia sudah amat sesuai untuk habitat Sang Walit.

Dalam pengurusan BHW.. faktor ini dinamakan faktor makro dan mikro.  Sekiranya kita sudah mempunyai satu faktor Makro yang releven untuk habitat Sang Walit.  Maka Faktor Mikro amat mudah di atasi. Faktor Makro yang dimaksudkan merujuk kepada iklim negara, struktur bangunan, kedudukan bangunan dan hal-hal yang bersifat semulacipta atau tidak boleh diubah/ sukar diubah.

Faktor mikro pula merujuk kepada hal-hal yang boleh diubah dengan teknologi. seperti panas.. disejukkan dengan wap air dan sebagainya.

Pengubahsuaian faktor mikro BHW sebenarnya merupakan pilihan terakhir yang kita gunakan apabila BHW kita ( Struktur) Makro tidak menepati kehendak habitat Sang Walit kerana ha-hal yang tidak dapat dielakan atau tanpa perancangan awal..  Ini banyak melibatkan bangunan-bangunan yang diubahusai sebagai BHW kerana pembinaan asal bangunan tersebut bukan untuk BHW sebaliknya sebagai primis perniagaan ataupun kediaman.

Sekiranya niat atau matlamat asal bangunan yang hendak dibina ialah BHW.. maka, hal-hal mikro ini sepatutnya dapat dielakkan. Dan kita akan dapat menjimatkan banyak kos.  Pembinaan habitat harus bersifat alami dan menepati ekosistem walit.  Cubalah sedaya mungkin berbicangkan dengan konsaltant anda ( bagi pengusaha baru) agar penggunaan alat-alat seperti ini dapat dielakan.  Kos untuk sebuah humidifier sekitar RM 370.00.  Dan sekiranya kita memiliki bangunan seluas 20 x 60 kps  x 2.   Dengan jarak berfungsi atau kawalan 8-10 kaki satu humidifier makna kita memerlukan hampir 3 -4 biji setingkat. Kalau dua tingkat kita memerlukan hampir 8 biji.   Maksudnya kita perlu membelanjakan  370 x8 = RM 2980. untuk humidifier.  Ini satu kos yang besar.

Oleh itu,, cara yang terbaik... kita perlu mendapatkan plan BHW yang terbaik.. yang mampu mengawal suhu bangunan agar menepati habitat asal sang walit.

Sekiranya kita hendak lanjutkan lagi dengan kos  pembelian humidifier hampir  RM 3000.00 sama dengan kos untuk menampung pembelian bata untuk dibuat double layer struktur bangunan atau sebagainya yang bersifat jangka panjang dan lebih selamat.  Maksudnya.. lebih baik kita memperuntukkan perbelanjaan yang lebih untuk pembinaan  unsur-unsur utama atau makro berbanding dengan mikro.  Ini kerana pada masa hadapan mungkin faktor- faktor mikro ini mungkin memerlukan penyelengaraan / pengantian kerana faktor rosak atau sebagainya.

Pandangan Damak, buat pertimbangan sebaik mungkin.. mudahan kejayaan untuk kita semua ,khasnya mereka yang berusaha sesungguh hati... wasalam


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday 8 January 2012

Promosi Ulang Tahun ke-2 Walit DamakSwiftlets

Salam,

Hari ini.. Damak ingin mengumumkan ulang Tahun ke-2 DamakSwiftets bergiat aktif  secara rasmi sebagai konsaltant Walit di internet dan Malaysia walaupun telah lama bergiat di dalam bidang walit sebelum itu.

Antaranya..

1) Pakej Suara Serendah RM 150 = 12  suara di dalamnya *

2) Suara RM 500.00 = 40 Suara di dalamnya**

3)  Chicken Humidifier ( Made in Taiwan)  =  RM 300.00 ( Terhad dua unit Sahaja)

4) Kayu Juring / Kayu bucu 5 Inchi= RM 1.00 per pcs

5) Buku burung Walit = RM 50.00 ( Seluruh Malaysia)

6) Kertas Kerja Agro Bank = RM 80.00

7) Lain-lain peralatan Sound System dengan harga menarik. ,Twitter  Aux-61 , Aux- 60, Hexsagon,  MP3, Amplifier, dan sebagainya..


( Sah sehingga 31 Januari 2012).


* suaranya ialah


1. Suara black Cloud
2. Super outside
3. Bima Sakti
4. lady gaga
5. Batu gajah
6. Bukit Merah
7. Thai luar
8. Walit Sunggeh
9. super XXX
10. Super AAA.
11. Widad Sakti
12. Superb Luar

** ( hubungi dan e-mail Damak untuk dapatkan maklumat lanjut)




Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru





Salam,, Tahun ini.. dekat dekat pulak.. Tahun Hijri dan Masihi..

Ucapan daripada Damak.. Selamat Tahun.. Baru.., insyallah Tahun yang cemerlang untuk semua.. Walaupun pelabagai teori  masyarakat Mayas,, tentang tahun 2012.. tentang Amergadon... dan macam macam. , blue planet, dan apa apa lagi.. walau kiamat sekalipun... ( Walaupun ada riwayat sahih  mengatakan Bumi ini akan kiamat setelah tanda-tanda besarnya muncul. dan sekarang adakah kita berada di zaman itu?)..

Itu diluar kemapuan kita untuk mengubah kerana itu ketetapan Allah, apa yang mampu kita ubah,, ialah amalan dan diri kita, niat diri kita, istiqamah dalam perbuatan dan tingkah laku...beramal.

Tahun yang semakin mencabar,,, dan tidak lah perlu kita memasang banyak impian yang penting banyak usaha,,

insyalllah...
Selamat Maju Jaya


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..