Pagi.. tadi Damak pergi mendapatkan khidmat urut tradisional.. daripada seorang tukang urut yang mahsyhur..., Damak perlukan masa hampir sebulan untuk booking service ini. Khidmat urut yang diberikan sangat istimewa.. malah ada pelanggan yang sanggup membayar sehingga RM500.00 untuk sekali service. Kebetulan, perjalanan jelajah kursus Walit memang memerlukan tubuh badan yang sihat, lenguh-lenguh sendi dan urat nadi terubat dengan khidmatnya. Seorang lelaki pertengahan hujung 50an.. mungkin awal 60 an.
Damak bertanya kepada beliau.. sudah berapa lama terlibat dengan kerja-kerja sebagai tukang urut.., dia menjawab puas.. sudah 40 tahun...,, Damak bertanya.. bagaimana boleh bertahan begini lama dalam mengurut.. dan berapakah satu sesi urutan yang tertinggi yang pernah beliau dapat.
Beliau menjawab.. sekarang.. beliau hanya hadkan kepada 3 orang pelanggan sahaja setiap hari.. itupun melalui tempahan awal.. dulu semasa muda-muda.. dia pernah mengurut sehingga 6 orang sehari.. dan upah untuk urutan selama 2 jam itu, ikut suka pelanggan dan ikhlas... ada dia pernah dapat seredah RM 5.00 hingga RM500.00.
Malah ada .. kalanya orang tak bayar langsung...., ini semasa beliau mula-mula terlibat dan mengurut di Kuala lumpur dulu.. sebab dia menjawab.. ikut suka ikhlas nak beri berapa!. maka ada yang tidak beri langsung!!!.
Beliau menjawab.. pernah satu masa.. orang pelanggan yang nak potong Q.. dan sanggup bayar lebih tinggi untuk dapatkan service awal.. namun beliau menolak... Damak tanya kenapa?...
Dalam buat kerja kita mesti ikhlas... pakcik yang mengurut aje.. yang menyembutkan Allah,, yang membuang penyakit AllaH
namun, berkat keikhlasan dan sikap jujur, amanah dan profesional yang diamalkan menjadikan beliau seorang tukang urut yang amat dikenali.. dan pelangganya berkujung lagi, dan lagi dan lagi dan lagi... kenapa?
Walaupun,, hanya mengurut seramai 3 orang sehari.... rezekinya. murah.. kawan ramai dan hidupnya selesa.. ini adalah berkat keikhlasan.. Damak membuat kesimpulan awal..
Susah untuk ikhlas.. apabila kita bekerja dan melibatkan wang.. Di dalam buku.. Travelog seorang Dai.. Ustaz Abdul Rahman.. menyebut.. keikhlasan itu... amat sukar untuk dicapai.. terutama apabila kita berdepan dengan masalah kewangan dan tututan seharian ( maksud umum).
Damak,, terfiikir.. indah.. dan bahagianya.. hidup seorang tukang urut yang ikhlas.. membuat kerja dan amal.. membantu mereka yang susah.. tanpa mengharapkan balasan yang tertentu.. Adakah kita mampu mencapai tahap itu,..
Membuat kerja dengan ikhlas.. ikhlas seperti burung walit, membuat sarang untuk anaknya.. tanpa meminta ganjaraan dan harapan agar anaknya akan membelanya satu hari kelak.. Ilmu.. datang bersama amanah. dan pembawa amanah yang berutung apabila mereka ikhlas... , maka ikhlaskah kita?....
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
No comments:
Post a Comment