Tuesday 25 October 2011

Keluarkan Zakat untuk mendapat Rahmat Allah. - Ikhals- ingatan untuk Damak

Salam..

Wahai... tokey- tokey walit  sekalain.. jangan lupa tunaikan kewajipan kita.. untuk membayar zakat, kerana ia akan membersihkan harta dan menyucikan hati kita , insyallah


Antara ringkasan web yang Damak jumpa di internet.,



berikut "Huraian Ringkas zakat klik dsini

Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
a) milik onang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang mendeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.


Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 6 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 96 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadan 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
Zakat Harta Perniagaan


1. Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah:
(a) dimiliki oleh orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.



Sabda Rasulullah S.A.W.:


Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual. (Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)

2. Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.






Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment