Thursday 20 October 2011

Kepakaran Susun Atur letak speaker

Salam,

Pendawaian speaker BHW,, bukan perkara enteng yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.  Ia memerlukan ilmu-ilmu dan asas-asas khusus untuk menjamin .. mutu bunyi speaker di dalam BHW menyamai habitat asal walit.

Ramai orang lakukan ini secara sembrono tanpa mematuhi asas-asas penerbangan walit.  Sang walit, burung yang terbang laju, tidak hinggap, memerlukan ruang tertentu untuk kitarannya.  Dan di mana susun atur letak speaker perlu diperhatikan dengan serius dan kita memerlukan nasihat daripada mereka yang telah berjaya.

Secara teori ia nampak mudah.. namun disaat kita memegang wire, speaker, dan paku untuk melekatkan speaker itu, kita akan tertanya- tanya dimana hendak letaknya. .berapa jaraknya.. berapa jumlahlah, di nesting plank yang bagai mana.. arah mana?..

Dan yang paling penting.. kenapa dan mengapa.. kita berbuat demikian.. apakah asas-asas kefahaman tentang burung walit yang mendorong kita membuat keputusan itu,.. kita tidak boleh buat ikut suka dan naluri kita..


Kefahaman tentang naluri walit amat penting.... hendak memahami naluri walit ada beberapa cara.. pertama, tambah ilmu. tambah ilmu dengan membaca, memerhati dan berfikir... sesuatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, itu akan terasa begitu manis sekali sekiranya kita pandai bersyukur.

Bersyukurlah kita.. dan jangan kita menjadi kufur... sekiranya kita menjaga beberapa perkara.  Allah akan memudahkan urusan kita.. antaranya

1) Solat Awal waktu sebaiknya berjemaah
2) Bersedekah dgn ikhlas-- ( ini boleh diukur apabila kita sanggup berbuat demikian walaupun kita rasa kita tidak ada)- Yakin ezeki Milik Allah
3) Hormat ibu bapa
4) Mengamalkan sunnah..

Berbalik kepada ilmu milik mutlak Allah, dan harus dikongsikan. Damak ada kongsikan ilmu-ilmu ini di dalam Kursus Damak dan buku PRP Burung Walit.

Terbaru... nanti kursus yang akan Damak anjurkan di USM insyallah pada hujung November nanti.

Bagi orang-orang Utara yang berminat... ini satu peluang yang amat menarik untuk tuan-tuan

insyallah.. mudahan urusan kita dipermudahkan




Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment