Mana satu yang terbaik?
Semalam.. Damak ada lakukan sedikit ubahsuai pada speaker burung. Daripada 1 speaker utama, Damak tambah kepada 5 Speaker Utama.
Apabila dipasang. test,.. wah.. walit makin galak.. berpusing-pusing di atas monkey house. Sungguh riang ria mereka bermain. Berkejar-kejaran.. tiada masalah.. Dia tak perlu fikir pasal Adun Galas ni (4 Nov 2010) siapa Calon. Sama ada Ku Li,, atau Orang Asli yang penting bagi mereka, habitat mereka tidak diganggu.
Namun, terfikir satu perkara di benak Damak. Begitu Walit bermain-main di atas monkey house. Alangkah senang dan lebih mudahnya sekiranya kita memikat mereka menggunakan open roof. Tentu mereka lebih senang untuk masuk, tidak perlu terbang ke sisi dan masuk melalui pintu tepi.
Namun, akan ada cabaran lain sekiranya berbuat demikian, persoalan cahaya, suhu, cuaca, mangsa. Hal-hal ini perlu diserasikan dengan bentuk bangunan. Nampaknya, kena tunggu dulu. Tengok 2-3 minggu dulu. Sekiranya perlu, mungkin perlu diubah.
Masing-masing ada kelebihan sendiri. Bagi burung dewasa, terjun ni memang kegemaran mereka. Tapi bagi burung baru, anak-anak muda.. ha ha gerun sikit agaknya. Namun yang pasti... Damak mula percaya. Open Roof mungkin satu pilihan yang baik sekiranya BHW kita tunggal di kawasan itu, berada di tengah-tengah padang dan ditengah perjalan sang walit pulang. Tambahan pula sekiranya ketinggan bangunan kita kurang daripada 40 kaki.
Logiknya, mungkin sang walit belum biasa dengan kawasan itu. Kita memerlukan satu bunyi yang boleh bergerak tinggi dan panjang untuk sampai ke arah burung yang terbang agak tinggi daripada BHW kita. Batasan kita untuk meletakkan speaker mendongak 90 Darjah hampir mustahil sekiranya speaker itu bukan water proof. Kebanyakkan speaker hari ini ialah weather proof. Oleh itu, sekiranya kita mampu mencipta atau mencari speaker yang boleh melontarkan suara secara langsung ke langit, ia akan mampu menarik walit untuk singgah dan terjun ke dalam open roof.
Banyak kebaikan system ini, antaranya. ia boleh mengurangkan kebisingan bunyi pemanggil kerana ia diarahkan kepada atmosfera secara menegak 90 darjah. Untuk memanggil walit sekitar.. kita mungkin boleh letakan speaker pada kedudukan 60 atau 45 darjah.. atau pada satah 0 darjah. Kedudukan speaker pada pengamatan saya mempengaruhi lubang masuk sama ada secara open roof atau secara doging door.
Sekiranya ada bajet dan modal.. mungkin pelaburan berikutnya akan menggunakan open roof dan system SSS. Namun yang menarik bagi open roof, kita perlu menyediakan satu kolam limpah dibawah, dan satu paip limpah untuk menampung lebihan air hujan di dalam kolam utama. Atau pun sekiranya.. berlaku hujan yang lebat, kita mungkin perlukan bantuan motor untuk pam keluar air daripada kolam utama ini, agar rumah burung kita tidak terganggu oleh kelembapan air yang berlebihan.
Mudahan, cetusan idea ini memberi manfaat kepada semua. Wasalam.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
Numpang ya bossku ^^
ReplyDeleteHANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
Bonus Welcome Untuk New Member:
- Bagi deposit Rp.10,000 - Rp.14,999 Bonus Rp.5.000
- Bagi deposit Rp.15,000 - Rp.24,999 Bonus Rp.10.000
- Bagi deposit Rp.25,000 - Rp.49,999 Bonus Rp.15.000
- Bagi deposit Rp.50,000 - Rp.99,999 Bonus Rp.20.000
- Bagi deposit Rp.100,000 ke atas Bonus Rp.25.000
- Bonus next deposit 5% untuk deposit Rp.50.000
REAL PLAYER VS PLAYER !!!
Syarat Klaim bonus yaitu menghubungi CS kami di
WHATSAPP : +855966139323
BBM : KENARI00
LIVE CHAT : KENARIPOKER . COM
ALTERNATIVE LINK : KENARIPOKER . COM