Sunday 2 October 2016

Akhirnya Pengembaraan Ilmu ini Selesai dengan Jayanya.

Alhamdulillah,



Segala pujian bagi Allah yang maha menjadikan, maha suci Allah dari sebarang kecelaan, Maha Agung Allah dengan keagungan ilmu dan maha besar.  Segalanya milik Allah.  Allah yang maha memberi dan telah menetapkan bahagian kepada setiap manusia itu bahagian masing-masing dengan kadar tertentu dan sebagai hamba wajib bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan tanpa mengabaikan kewajiban berdoa.

Dengan nama Allah, maka dengan rasa rendah diri Damak ingin memaklumkan telah berjaya manamatkan kajian dalam bidang keusahwanan dan tajuk kelestarian keushawanan Melayu Kelantan: Satu kajian ke atas industri Sarang Burung Walit.



Kajian ini telah membolehkan UMK menganugerahkan Doktor Falsafah kepada Damak Alhamdulillah

Mudahan ilmu ini dapat digunakan sewajarkan untuk memajukan dan menyuntik industri Sarang Burung Walit di Malaysia


Setelah lama menyepi.. hari ini dengan rasminya insya Allah laman blog ini akan diaktifkan kembali. Insyallah paling -paling kurang dengan satu artikel seminggu.



Hubungi Dr Wan Damak di talian 017-978 4268 whatassp/ Telegram. untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..