Sunday 8 May 2011

Idea...Membina BHW mengikut Saiz Kaabah ?

Semalam...bersama-sama teman seperwalitan.. Saif... Dalam perjalanan... ke Ketereh untuk menguruskan hal burung.. kami singgah di Masjid. Dan tergantung di Pagar Masjid... Iklan Umrah dan Haji... dengan gambar jutaan manusia menunaikan ibadat itu...


Maka dengan nada.. bergurau. Saif berseloroh.. kalau kita.. buat BHW guna Saiz Kaabah... mesti ramai burung.. ha ha .

Maka.. Damak kata Why  not?.. boleh aja... maka selepas solat Zohor,,, Damak mula.. mencari maklumat... saiz kaabah di Internet... dan Damak menjumpai.. satu Saiz yang cukup ajaib..?  . Saiz yang amat praktikal dam sesuai untuk BHW.. seperti berikut:
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya






Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah setebal satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad saw.



Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?



Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah: " Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima. " Bayt ul Haram - rumah dihormati.



Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.



Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.


Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.


Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.



Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah. 
( Sumber :http://www.iklanlink.com/forum/index.php?topic=146.0)
 
dan
 
Untuk fakta, saiz Kaabah adalah 12 x 10x 15 meter dan menurut ahli sejarah, Kaabah telah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.  -


(http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/11/tun-mahathir-pernah-masuk-ke-dalam.html)

dan

The Kaaba is a large masonry structure roughly the shape of a cube. It is made of granite from the hills near Mecca, and stands upon a 25 cm (10 in) marble base, which projects outwards about 35 cm (14 in).[2] It is approximately 13.1 m (43 ft) high, with sides measuring 11.03 m (36.2 ft) by 12.86 m (42.2 ft).

(wikipedia); http://en.wikipedia.org/wiki/Kaaba
ekda
Maka insyallah.. mudahan ada keberkataanya sekiranya kita mengambil... bentuk binaan Kaabah.. ini... Cuma nanti jangan jadi.. Khurafat.. atau. apa-apa yang boleh merosakkan.  Sekadar berusaha untuk mencari keberkataan mengikut Desigin bangunan pertama yang dibina oleh Manusia untuk dijadikan asas kepada struktur bangunan di Muka bumi.. Harus diingat.. Kaabah merupakan bangunan pertama di bumi yang dibina atas arahan dan perintah Allah kepada nabi Adam. a.s.. Oleh itu.. tidak salah sekiranya kita  mencuba dengan desgin kerana.. bentuk dan Desgin yang Kaabah menepati saiz yang disukai oleh Walit..

Wasalam.







Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

3 comments:

  1. Salam....good finding sahabat Damak & Saif.

    ReplyDelete
  2. Ingin bertanya kalau RBW 20 x 40 x 2 tingkat berapa kosnya? Tq

    ReplyDelete