Wednesday, 27 July 2011

Mengatasi masalah Double standard... pilih bulu.. dan pilih sarang

Menghuraikan  tajuk ini... umpama kita menarik tepung di dalam beras... , namun.. kita tidak mahu.. rumah siap pahat dan tukul berbunyi...,

Keikhlasan dalam perniagaan amat penting.  Iman diletakan sebagai dasar, akhlak sebagai pakaian yang akan mencerminkan agama yang dipeluk dan dianuti dengan penuh yakin.

Keikhlasan merupakan tahap tertinggi dalam iman, dan merupakan satu tahap yang amat istimewa untuk dicapai oleh kita semua.. perlulah setiap kita mengidam-idamkan tahap ini lebih daripada mengidamkan burung walit masuk bersarang ke dalam rumah kita.  Kerana apabila kita mencapai tahap ini.. insyallah apa yang dilakukan dan diberikan oleh Allah tidak menjadi malapetaka kepada kita.

Bagi.. umat islam yang beriman.. tidak seharusna terdapat soal pilih bulu.. pilih sarang dan pilih kulit kerana apa yang hendak dinilai sebenarnya sikap kejujuran dan keimanan diri.  Namun, apabila ia lompong, kosong.. kekadang ramai antara kita. dan peniaga yang goyah dan kosong tecari-cari hala tuju akan mengambil cara untuk membela sesuatu yang mereka percaya adalah yang terbaik untuk mereka.. Padahal itu hanya satu agenda sempit yang akan memusnahkan keseluruhan sistem kehidupan dan kepercayaan didalam perniagaan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka berbuat demikian

1) persatuan mereka kuat
2) Kaum penjual tidak sabar
3) kaum penjual tidak bersatu hati
4) perasaan curiga yang menebal di dalam diri
5) mengekalkan monopoli mereka dalam industri walit

Wahal... sebenarnya.. kita boleh berdiri sama tinggi dan malah lebih tinggi kerana memiliki akhlak yang terpuji.  Sebenarnya sistem perniagaan yang murni dan tinggi akhlaknya sudah sukar dicari.. kaum ini akan begitu kagum dan cukup memuji kejujuran, dan keikhlasan dalam perniaggan.. namun kerana desakan semasa dan budaya yang melatari mereka.. menjadikan mereka tercari-cari dimana letaknya keikhlasa dalam perniagaan

Nah.. sekarang ia milik agama kita,, islam.. peluang untuk kita mereka bentuk semula model perniagaan yang berasaskan kepada keuntungan semata-mata kepada satu model ekonomi yang bersifat amanah dan anugerah Allah..

Perniagaan walit lah salah satu caranya.. kerana keterkaitan akan unsur bersyukur dan percaya kepada Tuhan amat rapat.. walaupun sesetengah mereka tidak percaya kepada Tuhan sepenuh hati..

Namun mereka percaya 50% hingga 80% faktor keberjayaan Rumah burung walit.. lebih kepada keikhlasan kita menabur budi dan berbakti kepada masyarkat tanpa menghitung apa yang diberikan... kerana ini adalah anugerah Allah untuk mereka yang bersyukur.. Wallahu alam.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

2 comments:

  1. salam ramdhann..
    jika saya mengikuti kursus damak..boleh tak saya ingin melihat dalm rbw damak?.. nak juga tahu hasilnya..xambik gambar punya.

    ReplyDelete
  2. Kurus yang diajurkan tidak meliputi... masa lawatan ke RBW. Atas dasar keselamatan.. kebiasaanya RBW kita .. tidak didedahkan kepada umum. Tidak berbaloi meletakan diri kita dalam keadaan risiko dgn hanya mengenali seseorang melalui satu kali pertemuan kursus. dengan bebrapa baris kata diblog. Dan kita benarkan mereka masuk ke dalam RBW. Sedangkan kita membina kunci.. berlapis-lapis. RBW kita , hanya boleh dimasuki oleh pegawai veterinar dengan surat kuasa tertentu. Seperti yang saya katakan sebelum ini. RBW adalah lombong emas anda. sekiranya kita hendak membawa seseorang itu masuk ke lombang emas anda.. adakah kita benar-benar yakin,... bukan percaya.. kerana yakin itu akan menjadikan kita lena tidur pada waktu malam. wasalam.. mohon maaf.

    ReplyDelete