Thursday 17 November 2011

Musim Hujan ini...flat roof atau bumbung


atau





Dalam akhbar berapa hari lalu ada menyatakan , Jabatan Metrodologi dan Kaji cuaca meramalkan.. akan berlaku banjir besar di  pantai Timur bermula 24 Nov dan awal Januari 2012

Maka.. dengan kadar kelembapan hujan yang tinggi.  Damak terfikir.. adakah masalah bocor bangunan akan berulang atau bangunan BHW kita akan berisiko.

Pengalaman lepas... Bangunan BHW yang menggunakan flat roof akan lebih banyak berisiko untuk bocor berbanding yang guna bumbung.  Kenapa!.. sekiranya flat roof tidak mempunyai speksifikasi yang ditetapkan akan cepat rosak dan agen air ini.. merupakan penghakis yang amat baik.

Oleh itu,, kepada.. pemilik BHW yang sedia ada... Damak sekadar ingatkan.. hati- hati dengan bangunan BHW kita.. agar tidak bocor... kepada pemilik bangunan baru... waktu tengkujuh bukan masa yang baik untuk membina bangunnan, akan berlaku banyak ketirisan kos selain mempengaruhi mutu dan kualiti bangunan.  Buatlah bangunan di musim kemarau.  Dan di nasihatkan buatlah bumbung... , ia akan banyak membantu menyelesaikan banyak masalah nanti,

Apabila sudah membina bumbung... maka timbul.. .satu soalan... perlu ke monkey house... jawapnyan.. sekiranya  tinggi bangunan kurang  daripada 30 kaki , digalakan untuk bina monkey house.. kalau memilih untuk tidak membina monkey house. biarkan bumbung dan lubang masuk di sisi.., insyallah. ( Namun).. ini amat subjektif dan perlu dilihat kepada kedudukan bangunan dan kawasan dahulu.  ini amat mempengaruhi.. struktur dan rekabentuk bangunan serta lokasi..


Soalan, berikutnya.. apakah jenis bumbung yang terbaik?.

Terbaik itu.. Damak akan tanya pula dan jawab mengikut orang yang bertanya.

Sekiranya orang yang bertanya itu mempunyai sumber modal.  Terbaik baginya. adalah bumbung yang tidak tiris,dan menepati kehendak suhu dan kelembapan BHW serta nampak cantik.

Terbaik itu untuk orang awam, yang mempunyai peruntukkan yang minimum, Damak Cadangkan bumbung yang tidak tiris dan boleh mengawal suhu.

Maksudnya.. terbaik disini ialah terbaik untuk Sang Walit, bukan terbaik untuk kita.  Pada pandangan mata kita.. seakan-akan nampak tidak kemas.. comot dan sebagainnya.. Namun, sekiranya menepati ciri-ciri walit.  Maka walit akan memilihnya.

Satu Contoh.. sebuah sekolah.. yang Damak rahsiakan namanya.. mempunyai bumbung setinggi 5 kaki.. terdapat ratusan burung walit bersarang di dalamnya..( di dalam bumbung).. dan untuk masuk ke siling itu.. burung walit terpaksa masuk dicelahan tingkap cermin kelas yang pecag dan terbang naik ke bumbung. ( bukan masuk ikut sisi).. Maksudnya.. Sang Walit masuk kawasan lebih rendah dahulu dan terbang naik ke atas).  Namun.. sebab ini adalah bangunan sekolah, tidak dijaga.. sarang-sarang walit banyak dimakan lipas., Setelah burung- burung ini masuk ke siling,, mereka akan membuat sarang berhampiran dengan tangki air di atas bumbung, Soalan kenapa berhampiran tangki air?.

Jawapannya ialah kerana suhu dan kelembapan yang diperlukan semasa proses pengeraman telur nanti.

Ini mengikut cerita pengawal keselamatan , tukang kebun sekolah itu.

Balik kepada. isu bumbung.. Damak lebih selesa BHW dibina mengunakan bumbung.. daripada flat roof. Namun, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya flat roof tadi mampu memberikan ciri-ciri yang diperlukan oleh habitat burung walit.

wasalam


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment