Monday 6 December 2010

Satu Rumah Satu Rumah Walit-- positifnya kita?

Membaca komen-komen di blog dan beberapa tulisan akhbar saya tergelak kecil dan senyum sendirian.  Satu kesimpulan mudah.  Sungguh positif rakyat Malaysia dan pentadbirnya.

Pemikiran yang terlalu positif sehingga menjadikan ia tidak realistik.  Mungkin inilah yang dikatakan.. terlalu optimis dan over konfiden sehingga ia menjadi sesuatu yang kepandiran.

Banyak selongan  yang melucukan dilontarkan oleh pembuat dasar negara antaranya Inflasi Sifar (0),  Kalau kita belajar ekonomi asas kita akan tahu.. mana mungkin untuk mencapai inflasi sifar, kebakaran sifar, Opss Sifar, Pelajar gelincir sifar, kemiskinan sifar dan macam-mana lagi.. akhirnya ia tinggal sifar di dalam pengiran sifir yang lucu.

Bermula bermain-main dengan angka sifar, terus pula bermain-main pula dengan retorik satu rumah, satu komputer, satu rumah satu internet, satu isteri satu suami, satu dearah satu industeri ( ini agak logik) dan sekarang satu rumah satu rumah walit!.

Adakah ia semudah itu, untuk mewujudkan masyarakat yang celik, huruf, bahagia, selamat dan mempunyai kuasa beli yang tinggai.

"Satu keluarga satu rumah walit ".  Satu bentuk perang psikologi yang lebih kepada usaha memasang pukat dilautan dalam.  Umpama menjala di Selat Mariana ( Selat Terdalam di Dunia).. umpa menjala di lautan mati.  Buatlah satu slogan yang lebih positif  seperti kita menjala di dalam kolam peliharaan ikan.

Sekiranya satu kampung.. satu BHW pun boleh tahan logiknya.  Ataupun satu KRT ataupun satu kawasan rukuntetangga satu BHW.  Atau satu sekolah satu BHW. Tidak payahlah sekolah tersebut sibuk nak minta bajet dengan kementerian untuk memajukan sekolah.  Boleh kurangkan yuran PIBG dan boleh bayar yuran tuisyen kepada pelajar yang hendak menduduki peperiksaan terutama tingkatan 3,5 dan  STPM.

BHW dilhat sebagai lubuk emas.  Namun kita tidak pandai menggunakan lubuk emas ini untuk kepentingan umat.  Sudah tiba masanya sekolah-sekolah pondok, milik kerajaan negeri atau persendirian bergantung suntikan dana dan mencipta suntikan dana mereka sendiri.  Melalui pelaburan jangka panjang.  Inilah jalanya.  Satu Madrasah satu Rumah Walit, Satu masjid satu Rumah Walit.  Dan wang kutipan dana nanti boleh digunakan untuk kemajuan anak mukim dan membantu fakir dan miskin di mukim tersebut.  Apa lagi dengan rumah anak yatim., Tabung Rayuan Pahlawan- Gunakan modal rayuan ( derma dari pintu ke pintu ) untuk pelaburan jangka panjang.  Pendek kata. Inilah lombong emas.  Dahulu emas dilombong di dalam tanah.. sekarang emas dilombong di udara.   Hujan emas bukan sahaja di negeri orang kerana hujan emas sekarang ada di mana-mana-- :)

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment