Friday 31 December 2010

Kehendak sebenar Peserta Seminar

Setelah, menghadiri kursus yang dianjurkan oleh sebuah Jabatan Kerajaan  semalam.  Damak banyak meneliti soalan-soalan yang dilontarkan peserta-peserta seminar.  Dan kebanyakkan soalan, merupakan soalan-soalan asas berkaitan dengan sarang burung.  Jawapan itu dapat dicari dengan mudah diblog-blog dan internet kerana telah ramai sahabat -sahabat Damak menulisnya termasuk Saif, Pak Din.dan bloger dalam bahasa Inggeris yang lain. ( terlalu byk untuk Damak sebutkan disini)



Satu aspek, Damak merasakan.. kehendak sebenar mereka tidak tercapai. Kerana hanya satu sesi ringkas sahaja menerangkan tentang burung walit.  Aspek-aspek lain banyak menjurus kepada perundangan dan garis panduan yang bersifat teknikal dan sainstifik yang memenatkan peserta baru untuk memahami.   Sebagai seorang pensyarah dan seorang pengusaha rumah burung.  Damak dapat menyimpulkan kebanyakkan peserta pulang dengan perasaan mungkin agak sikit kecewa. ( mungkin kerana mimpi mereka sangat tinggi. )



Mereka mahukan maklumat yang lebih banyak berkaitan dengan naluri dan habitat burung.  Untuk membolehkan mereka memahami dengan sarang burung untuk membolehkan mereka balik dan terus merangka plan untuk membina rumah burung walit.  Maka, anggaplah itu sebagai satu titik permulaan untuk menyemarakan semangat " perwalitan"..



Namun, ia belum cukup memberikan keyakinan dan pendedahan kepada bakal Ushawan walit untuk terjun ke dalam industri walit.  Tambahan pula. pengusaha Melayu yang dianggap terlalu "jujur" untuk mematuhi perundangan yang ditetapkan. Yang mungkin nanti akan menjadikan niat mereka terkubur.  Entah berapa ramai semalam yang mungkin mula patah hati dan hilang keyakinan untuk menceburi bidang burung walit setelah mendengar GP atau panduan yang perlu dipatuhi.  Memang orang kita sangat bagus dalam mencari alasan untuk tidak membuat sesuatu.


Jangan dijadikan  GP itu satu halangan, malah jadikan ia sebagai panduan dan peluang untuk digunakan sepenuhnya.  Cukup mencari alasan.  Cari ilmu dan keyakinan untuk melakukan perubahan.

Sekiranya kita mendalami  isi hati peserta. Apa yang hendak diketahui oleh kebanyakkan peserta yang masih baru dan pergi dengan harapan menggunung untuk mencari ilmu walit.   Banyak mereka akan bertanya 1001 satu soalan.  Ya! mereka dapat maklumat itu secara umum. Namun banyak lagi aspek-aspek teknikal yang wajib untuk burung perlu dikaji dan diteliti.  1001 soalan tadi perlu dijawab dan diteliti dan jangan dibiarkan mati begitu sahaja.

Gunakan momentum yang terbit itui  untuk dipancu dan diikuti oleh sesi  pencarian ilmu.  Ringgankan tangan untuk menaip beberapa key word berikut di google " swifletlets, layang-layang gua, walit, walet, birdnest, humidifire, dan lain -lain perkataan yang berkaitan

Membina burung burung tidak cukup dengan berteori.  Ia memerlukan satu pendekatan dan pengamatan yang bersungguh-sungguh.  Perlukan kawan, sahabat tempat mengadu soalan perbincangan, perlukan kreatif  untuk menjimatkan kos.  Dan sebolehnya  niat untuk amal dan jariah itu amat penting.  Jauhkan perasaan ego, riak, dan yang paling penting ikhlas dalam melakukan sesuatu. Insyallah Rahmat Allah amat murah kepada kita semua.


Insyallah!.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment