Monday 13 December 2010

Jejaka Subuhi vs Gadis Maghribi- ????

Semalam tergelak baca artikel dalam Metro.  Biasanya Damak jarang selak Harian Metro ni.. Melainkan pergi kedai makan pagi.. Terlihat dan belek-belek.  Semalam riuh satu Malaya RM 14K dah boleh kawin gadis Maghribi " belum tercemar".


Wadusss... fening-fening, Tajuk berita yang disensaikan.  Nak baca berita sensai baca " Metro".  Dan mungkin di "Harian Metro" di negara Maghribi keluar tajuk utamanya-- "Jejaka Subuhi " Di Malaysia sanggup memiliki gadis negara ini.


Antara hujahan dan kelebihan gadis Maghribi- taat pada suami, pembersih, cepat belajar dan lain-lain.. Namun, mungkin akan diberitahu kepada Gadis Maghribi dalam Akhbar Metro mereka-.  "Kelebihan" Jejaka Subuhi Malaysia-



Subuh baru balik... ( Lelaki Subuhi)



Tidur dengan Motor ( Subuh hancur).. Lelaki Subuhi



( ha ha.. ni gaya apa ni?)


( Hebatkan Jejaka Subuhi)..





Kalau-- macam ni.. kita tak marah laa pulak.. ok ... kreatif

Berikut adalah ciri-ciri lelaki Subuhi:





1) Lambat solat Subuh- sebab itu dipanggil Jejaka Subuhi
2) Ramai yang menganggur
3) Ramai yang terlibat dengan pil kuda
4)Terlibat dengan gejala sosial
5) Suka merempit
6) Suka Makan gaji- kerja dengan orang sampai tua
7) Tidak setia pada pasangan
8) Tidak hormat pada orang tua.


Adusss.... mesti ramai orang marah kat Damak nanti.. Namun, cuba fikir. layak ke kita?.  Kalau dah Kahwin tak payah nak pasang niat.  Fokus kepada kehidupan sekarang.  Kembali ke alam realiti.


Remaja- muda mudi kita.. berapa ramai tak solat subuh- ( inilah sebenarnya Subuhi- Subahanallah).  Kalau Solat tidak sempurna.. Bagaimana kita nak menjaga hingga Maghribi lantas ke Insyak.  Maka Insaflah..., Solat- Solat- Solat lah..


Wajib dan sunat.. perbanyakkan solat Dhuha- mudahan dipermudahkan rezeki.. Berusaha, dalam bidang walit terutamanya.. Apabila kita menjaga Agama Allah. Insyallah Rahmat Allah akan datang dalam pelbagai cara.  Dan Mungkin salah satu caranya... melalui burung walit.


Biarlah lelaki Subuhi terkenal dengan jolokkan baik . Harum nama mereka dikalangan Gadis Maghiribi sebagai mereka berjaya di dalam perusahana walit.. Seperti Burung walit keluar Subuh .. pulang Maghribi.  Senonim dengan itu... mungkin barulah layak Al- Subuhi ini untuk menjadi pasangan setia dengan Gadis Maghribi.  Sama-sama membina sarang impian seperti walit dengan kelenjer liur dan kasih.  Menetas zuriat keturunan dengan sejuk lembap untuk memberikan sumbangan kepada Agama.  Agar waris yang dididik berguna dan bermanfaat untuk semua alam jaga raya.





wasalam.






Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

1 comment: