Satu soalan yang sering bermain dikepala saya, sejauhmanakah penting peralatan moden, seperti humidifier,water mist, ultrasonic humufier, hidrostat.. dan lain-lain di rumah burung kita. Tidak bolehkah kita mereka bentuk satu BHW secara tradisional yang boleh mengabaikan semua penggunaan teknologi yang terlampau itu, kekadang .. penggunaan alatan ini lebih kepada pengaruh cakap-cakap kawan yang belum dibuktikan hasil dan keberkesanannya. Kita mendapat berita mengatakan menggunakan produk A.. walet menjadi semakin ceria, galak, Adakah itu benar?.. atau ia hanya satu propangganda untuk melariskan alatan tertentu.
Sercara peribadi, saya tidak menolak semua peralatan dan kemudahan yang disediakan. Ada kalanya , ia memang sangat perlu, terutama untuk menjaga asas penting sebuah BHW.. iaitu Gelap , sejuk, dan lembap. Apa-apa yang hendak dilakukan mesti mengambil kira 3 aspek ini. Maka.. tidak perlulah kita berbelanja lebih dan cepat terpengaruh dengan sesuatu produk yang belum pasti kerberkesananya.
Kaji. dan dapatkan maklumat yang betul, agar kita hanya memberli barang -barang keperluan untuk rumah walet. Namun sekiranya ada mempunyai lambakan wang.. apa salahnya untuk mencuba peralatan yang mahal. Boleh!.. daripada kajian internet yang saya lakukan.. harga barangan burung walet yang dijual di Malaysia boleh dikatakan 80% adalah buatan China. Oleh itu, untuk mendapatkan produk yang lebih murah dan banyak pilihan. Kita boleh oder terus daripada Tanah besar China secara pukal. Pembelian dalam jumlah kecil tidak dibenarkan walaupun boleh dilakukan. Walaupun ada beberapa laman web market maya .. dinegara China yang menawarkan produk dan harga yang amat murah. Kita masih memerlukan beberapa kawan dan kenalan untuk membelinya secara pukal.
Perbezaan harga boleh dikatakan mencecah 100%. Oleh itu, kita semua ada pilihan sama ada untuk merekabentuk satu BHW yang menepati ekologi tradisional habitat walet atau,.. menggunakan peralatan moden untuk menjadikan ia sesuai dengan habitat walet.
Yang pastinya.. penggunaan cara tradisional akan menjimatkan kos jangka panjang. Namun, penggunaan teknologi mungkin menyebabkan bocoran kos-kos tententu selain kos tetap yang mungkin sedikit sebanyak akan menjadikan hasil atau keuntungan berubah-rubah. Kalau bertanykan kepad saya.. secara lantang dan yakin saya akan menasihatkan pembaca semua.. supaya sedaya mungkin mereka bentuk satu rumah burung yang sesuai dengan habitat asal walet tanpa banyak menggunakan peralatan tambahan. Ini kerana ia lebih menguntungkan berbandingan penggunaan atau kegilaan teknologi yang melampau.
Namun ada pihak pula akan bertanya. BHW org lain semakin canggih. Ramai walet suka kepada rumah burung itu, buktikan kenyataan itu.. dengan beberapa gambar atau benarkan kita masuk sarang burung itu untuk melihat sejauh manakah ia benar?. Wasalam.
No comments:
Post a Comment