Tuesday, 3 August 2010

Memiliki Rumah Burung Anda Sendiri

Pengalaman saya yang lepas untuk memilik rumah burung atau BHW bukan satu perkara mudah kerana saya bermula dengan "kosong".   Bermula dengan minat yang mendalam dan tekad dan niat yang konsistent.  Saya cuba mencari dan tercari-cari peluang bagaimana hendak memiliki BHW sendiri. Bermula dengan berkenalan dengan seorang teman dan sekarang menjadi sahabat rapat dalam membincangkan hal-hal berkaitan dengan walet.  Saya mula terbuka mata dan diberikan kekuatan untuk tekad untuk membina satu rumah walet walaupun dalam batasan kewangan yang terhad.   Cabaran dan pengalaman semasa proses pembinaan rumah burung walet ada kenangan tersendiri.   Namun saya belajar satu perkara penting dalam hal ini.. iaitu sahabat , teman, guru, membaca dan sabar.

Hal- hal diatas sangat perlu dalam merealisasikan sebuah rumah burung idaman.  Saya banyak bertukar-tukar padangan dengan Saif, dan seorang kawan di Kota Baharu, seorang guru di Tumpat dan lain-lain maklumat yang saya perolehi melalui bacaan daripada internet dan juga buku. Tidak kurang penting kursus yang diajurkan oleh perhilitan.  Kursus perhilitan yang dikendalikan oleh En Azman di Jeli satu masa dulu memberikan banyak maklumat dan inspirasi kepada saya.  Secara tak langsung juga maklumat saya perolehi apabila berbincang dengan berberapa orang tokey-tokey cina yang telah berjaya. 

Maklumat dan gambaran tentang BHW saya mula dapat apabila Siaf membawa saya melawat berberapa sarang burung disekitar Kota Bharu.  Kami bernasib baik apabila sempat melawat berapa BHW dalam proses pembinaan dan mengkaji strukur yang sesuai dengan habitat walet.  Citarasa walet, tidak dapat kita gambarkan secara mutlak.  Alangkah baiknya sekiranya walet boleh berbicara dan memberitahu kita apa sebenarnya yang mereka mahu.

Namun hasil dari pengamatan dan pemerhatian yang tajam. Akhirnya, ilmu tentang walet ini dikuasai oleh manusia.  Namun itu semua berdasarkan kepada pengamatan dan fitrah kebiasaan burung.   Namun , kita kena yakin dan percayalah kepada fiitrah dan  kebiasaan kerana bumi dan alama jagat raya ini Tuhan telah gantungkan kepada adat dan fitrah kebiasaan.

Hal yang lebih penting, kita sebagai seorang pengusaha dan pencari ilmu walet harus sensitif dan sentiasa memerhati gerak-geri untuk mencari kesimpulan berasasksn kepada beberapa andaian / fakta.  Perbezaan antara andaian dan fakta secara mudah. Andaian, sesuatu yang kita tidak pasti dan belum dapat buktikan dengan kajian.  Dan fakta telah teruji kesahihan andaian tadi.  Oleh itu untuk memahami kita harus mempunyai andaian, dan tidak semua andaian itu tepat dan sebaliknya.

Oleh itu., dalam usaha untuk memiliki sebuah rumah walet sendiri, pencarian ilmu itu harus didahulukan.  Modal datang kemudian.  Ilmu akan membentuk keyakinan. dan insyallah dengan ilmu dan keyakinan kita kan menjadi lebih tekad dan lebih tekun  untuk berjaya.  Jadi miliki, ilmu dahulu sebelum memiliki rumah burung. Wa'allah' hualam.

No comments:

Post a Comment