Wednesday, 4 August 2010
Litar Pintas di Rumah Burung Anda
Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, sering menjadikan berlaku litar pintas terutama kesan langusng daripada kilat yang berada disekitar BHW kita. Baru-baru ini, BHW saya dikejutkan dengan satu kejadian litar pintas. Kejadian berlaku pada waktu petang memandangkan sekarang ini petang seringkali hujan dan guruh. Memang tersangatlah penting untuk memasang satu pedawaian yang sempurna dan dipasang oleh kontraktor yang berdaftar. Saya bernasib baik kerana wayer dan pendawaian dilakukan oleh pihak bertauliah. Apabila berlaku lintas pintas. Sistem ELCB BHW berfungsi dengan baik. Namun, mungkin kerana bentuk bangunan yang tinggi dan terletak di kawasan lapang. Ia menjadi pusat tumpuan guruh untuk meneturalkan cas berlebihan yang berlaku di Atmosefra. Oleh itu, langkah memasang kondaktor kilat dipuncak bangunan amat berguna. Namun, kita perlu berhati-hati, kesan renjatan lintas pintas yang kuat ini mungkin mampu merosakan peralatan elektronik, dan perkakas elektrik yang digunakan terutama Amp, speaker, twitter, dan sebagainya.
Langkah pemasangan kontaktor kilat, walaupun agak sedikit mahal. Namun mampu menyelamatkan kos jangka panjang. Oleh itu, perkiraan ini juga harus dimasukan dalam kos dan kemungkinan di BHW anda terutama bagi mereka yang memiliki BHW dilaluan kilat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment