Wednesday, 25 August 2010
Cerita Dongeng tentang Walit
Menurut satu riwayat entahkan benar atau tidak namun menarik untuk dikongsi. Asal usul pemakanan sarang burung walit. Semua maklum ia berasal daripada tanah besar negara China. Namun yang menarik pada zaman pemerintahan negara China yang Agung dikatakan pada waktu ini. Raja China ini telah berjaya menguasai seluruh negara China dengan kempen ketenteraan besar-besaran. Dengan menakluki wilayah yang besar timbul keinginan dihatinya untuk hidup lebih lama. Maka, dengan kuasa yang begitu hebat dan pengaruh yang kuat. Maharaja ini telah mengarahkan pembesarnya mencari satu penawar yang membolehkah dia hidup selama-lamanya atau selama mungkin. Maka pembesar istana telah mengarahkan tabib negara seramai mungkin untuk mencari penawar hidup sihat dan selama-lamanya.
Maka ada yang melakukan pelayaran, dan pengembaraan di setiap pelusuk hutan, negara, lautan, belantara dan dunia untuk mencari penawar ini agar Maharaja ini dapat hidup selama-lamanya. Setelah beberapa lamanya mengembar dan melakukan ekspedisi. Ramai antara tabib kembali dengan beberapa pendekatan. Ada yang mengatakan dengan mengamalkan Tai Chi Chuan, Gao Dau, pemakanan, perubatan akupuntur ( Acupuncture), urutan, herba dan lain-lain. Secara tidak langsung ia telah menjadikan ilmu perubatan negara China berkembang.
Namun dalam ribuan penemuan yang diusulkan. Ada seorang tabib telah melakukan pelayaran ke Asia Tenggara telah menemui sarang burung layang-layang di Borneo. Dia telah mengubah sarang ini menjadi sup dan diuji kepada dirinya sendiri untuk beberapa lama. Setelah memakan sup ini, dia merasakan diri semakin sihat dan wajahnya menjadi bertambah muda dan licin. Setelah kembali daripada pelayaran orang ramai terkejut mendapati dia tidak dimakan usia sebaliknya kawan-kawan seusia denganya telah tua malah telah ramai yang meninggal dunia. Ini menjadikan tabib ini sangat popular dan kerana berita yang ajaibnya. Ia cepat tersebar ke dalam kota Larangan. Raja China telah menitahkan tabib itu menghadapnya dan bertanyakan apakah rahsia dia boleh menjadi begitu muda dan tidak dimakan usia. Dia mengatakan semasa membuat pelayaran di Borneo, dia telah menemui satu sarang burung layang-layang dan telah menjadikan sarang burung itu sebagai makanan rutin hariannya. Ada cerita lain mengatakan.. Semasa belayar kapalnya telah dipukul ribut dan terdampar di sebuah pulau. Semasa berada di pulau itu, Tiada makanan lain yang mampu dimakan melainkan sarang burung layang-layang dan akhirnya dia telah diselamatkan oleh sebuah kapal dagang ke China.
Maharaja China tertarik dengan cerita itu dan meminta agar tabib berkenaan menyediakan sup yang dimaksudkan. Tabib berkenaan menyediakan sup hasil daripada sedikit sarang burung yang di bawa pulang kepada Maharaja China itu. Setelah memakan sup itu selama beberapa bulan. Maharaja itu boleh merasakan perbezaan yang jelas dari segi kesihatan. Mulai saat itu, tabib itu telah dijadikan tabib istana dan makanan sarang burung dijadikan makanan wajib istana dan hanya golongan istana sahaja yang layak memakan sarang burung. Maka bermulalah arahan ekspedisi mencari sarang burung secara besar-besaran untuk dijadikan makanan istana.
Ini kerana memang menjadi dasar Kerajaan China pada waktu itu segala bentuk inovasi akan dirahsiakan kepada negara luar untuk menjadikan negara China dapat kekal sebagai sebuah negara yang kuat.
Namun setelah Kota larangan ditawan dalam revolusi 1900- an, banyak rahsia kota larangan telah tersebar keluar. Dan budaya pemakanan sup sarang burung mula menjadi budaya elit dan popular. Mengikut seorang kawan berketurunana Cina. Masayarakat China sanggup menabung duit semata-mata untuk memakan sup sarang burung walaupun sekali seumur hidup. Ini kerana dipercayai khasiat keistimewaan yang ada pada sarang burung tersebut.
Oleh itu, NAH... KITA rakyat Asia tenggara amat bertuah... manfaatkan anugerah Allah ini.
wasalam.
Nota : Cerita ini mungkin satu lagenda atau mitos, rekaan.. kalau ada ketidak tepatan fakta harap dimaafkan. Mudahan ia memberi manfaat untuk kita semua.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment