Tuesday 22 March 2011

Penting Melakukan Sesuatu Dengan Tepat- Kisah Tukang Kasut.

As'salam..

Ini adalah kisah dan tauladan... yang suka Damak kongsi pada hari ini.  Idea ini tercetus semasa Damak pergi repair kasut tadi.  Sebut pasal kasut bagi orang lelaki dan wanita merupakan satu perkara penting.  Pada pandangan Damak, berbaloi untuk membeli kasut yang berjenama maksudnya mahal kerana ia berkualiti.   Ini kerana kasut berada pada bahagian bawah dan kita menggunakannya dengan lasak dan ia akan cepat rosak. Oleh itu, sekiranya kita memilih kasuk yang tidak berkuaiti ia akan cepat rosak dan ia merugikan kita untuk jangka masa panjang.




Berbalik kepada kisah repair kasut tadi.  Setelah siap dibaiki tidak sampai 10 minit kerana kerosakan minor.  Damak melihat tukang kasut tadi mengilap kasut.  Tidak sampai 30 saat.  Kasut tadi berkilat.  Damak pelik kerana tidak pernah lihat kasut Damak sekilat itu.



Lalu Damak bertanya.. kenapa berkilat pelik ni?.. nampak jenama pengilat yang digunakan pun sama (KIWI).  Lalu dia memberitahu., ada petuanya

1) Gunakan 2 berus yang berbeza,
2) Satu berus untuk sapu kiwi
3) Dan satu lagi berus kering untuk mengilap ( jangan guna berus yang digunaka untuk sapu kiwi tadi, kerana ia telah lembap)
4) Dia menambah.. teknik menjemur kasut apabila siap sapu kiwi  salah..
5) Kasut tidak perlu dijemur
6) Yang perlu dijemur berus yang basah tadi- sekiranya menggunakan satu berus.






Ha ha.. Damak gelak sendiri.. rupanya Damak telah diperbodohkan oleh ilmu tiru meniru sebelum ini.  Dan secara jujur Damak jarang mengilap kasut..., kalau guna pengilap pun.. guna yang cecair.  Tetapi mengikut tukang kasut tadi.. pengilap cecair boleh merosakkan kulit!!!.

Terus Damak terfikir.. dan membuat kesimpulan.. inilah pentingnya kita mengetahui maklumat dengan tepat dan bulat.

Mesti kita mempunyai penjelasan atas tindakan dan pilihan yang dilakukan.. Samalah halnya dalam Ilmu burung walit.  Mesti hadiri kursus... baca buku,, berbincang ..agar pelaburan yang kita lakukan bukan atas dasar ilmu tiru meniru dan kita berpuas hati dengan usaha yang dilakukan.  Insyallah.

Wasalam.


Hubungi Damak di talian 012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan  anda.

No comments:

Post a Comment