Momemtum katarsis Damak sehari dua ini lebih sedikit. Jadi banyak tulisan yang hendak dikongsi. Hari ini terdetik untuk menulis tentang peri penting kita menggunakan sandaran logam emas dan perak sebagai nilai mata wang.
Seperti di dalam posting.. link youtube sebelum ini yang bertajuk "Kebenaran Wang Kertas" ( harapnya ada pembaca yang melihatnya.)
Membawa kita tentang hakikat nilai muka wang yang sering diubah mengikut pasaran dan nafsu manusia. Kerana mereka berasaskan kepada faktor penawaran dan perminataan. Dan permintaan dan penawaran pula bergantung kpada kehendak manusia. Kehendak ialah nasfu. Oleh sebab itu, ia tidak akan pernah selesai. Dan masalah ini sering berlarutan hingga ke akhirnya dan akhirnya ia mendarah daging dalam hidup kita hingga ramai yang tidak tahu, bagaiman wang kertas itu boleh wujud. Kerana ia telah dikomplekskan dengan pelbagai sistem yang menguntungkan mereka yang kaya.. DAN . yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin
Maka .. kita perlu selesaikan pelbagai rantaian masalah yang wujud kesan mengikut nafsu. Dan lahirlah dua masyarakat yang tidak seimbang kesan daripada sistem yang bersandarkan nafsu ( kapitalis).. Sekarang kita boleh merasakan kesan kejatuhan nilai benar wang kita. Nila muka masih masa .. tercatat RM 50.00.. Namun ia sudah tidak sama dengan nilai benar RM 50.00 Tahun lepas dan jauh sekali 10 tahun dulu. Ini dinamakan inflasi. Nilai muka sama.. tetapi nilai benar berkurangan.
Banyak sebab kepada masalah ini antaranya:
Urusan Antarabangsa menggunakan Mata Wang USD. Dan USD.. dikatakan tidak stabil . Walaupun dikatakan sangat stabil. Dengan polisi dan pergolakan antarabangsa yang melibatkan US .. menjadikan sentimen antarabangsa kepada US merosot dan menjadikan matang wang itu tidak stabil. Pengelibatan dalam peperangan dan pembelanjaan menjadikan mereka mencetak Note.. atau nilai muka yang banyak dengan sandaran emas yang sedikit. ini menjadikan mata wang ini tidak stabil. ( Terbaru di Libya untuk mengambil minyak)
Dan negara-negara dunia dengan "bijak" menggunakan USD sebagai sandaran apabila berurusan dengan pihak lain atau sesama negara mereka... Mengapa begitu?.. tidakah kita boleh mengelak daripada menggunakan mata wang USD dengan cara kita bersandarkan terus kepada logam emas dan perak. Emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati kerana ia berasaskan berat .. bukan berasaskan jumlah cetakan. Apabila nilai wang berasaskan kepada berat .. maksudnya ia berasaskan kepada kuantiti logam. Berbanding dengan note kertas yang diasaskan kepada pokok atau bahan- bahan yang sukar dikawal pengeluarannnya. Maka ia boleh dicetak dengan banyak diwaktu-waktu "terdesak" seperti sekarang ( waktu perang,).. Namun dengan berat..manusia tidak boleh menambah logam emas dan perak kerana ini adalah dibawah kawalan Allah. Allah yang mencipta logam dibumi ini. Dikisahkan dalam Al-Quran bagaimana Allah.. menghantar logam-logam ke bumi melalui meteor daripada Angkasa ( Al-Quran).. Maka. ini adalah satu pilihan yang amat bijak untuk dijadikan mata wang kerana logam ini terhad dan diasaskan kepada berat dan bukanya kepada nilai muka.
Oleh itu.. mengapa kita masih agak "bijak" menggunakan mata wang kertas....kembalilah kepada mata wang Emas dan Perak. ( inilah mata wang antarabangsan sebenar). Dr M pernah mencadangkan perkara ini. Dan ia telah diprtaktikan oleh syarikat2 besar apabila berurusan mereka menggunakan jongkong emas.. bukaanya nilai mata wang USD atau Euro, Pound Sterling, Riyal, Ruppiah, Yen dan sebagainya.
Oleh itu.. secara mudah, kita harus membuka minda kita untuk menerima sistem ini. Ya .betull, ia bukan boleh dilakukan dalam satu hari.. ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan sistematik.. Kita boleh mula mempratikannya hari ini secara perlahan-lahan.
Terdapat satu hadis mengatakan seekor kambing pada zaman Rasullah ialah bersamaan satu dinar.. dan tengoklah berapa harga seekor kambing sekarang.. tidakkah lebih kurang... RM 660.00 ( rujuk .http://islamicmint.com.my/) untuk pengesahan. Maka apa yang kita boleh simpulkan.. nilai benar kambing tidak pernah naik, yang naik ialah nilai muka mata wang kita.. ( Maksudnya nilai berat emas tetap sama untuk seekor kambing pada zaman Rasullulah dan sekarang).. ini bukti mata wang emas ( dinar Stabil)..
Dalam Al-Quran. diceritakan tentang kekukuhan mata wang logam..dalam Surah Al-Kaffi ( Penghuni Gua).. dikisahkan 7 belia telah ditidurkan selama 306 tahun (berbeza pendapat ada mengatakan 360 dan lain).. Dan apabila mereka bangun salah seorang daripada mereka pergi ke bandar untuk membeli makanan. Maka mereka menggunakan logam tembaga dan perak.. dan masih mampu untuk melakukan urusan jual beli.. walaupun sudah 306 tahun. untuk membeli roti ( Jika mereka menggunakan wang kertas.. adakah.. masih boleh bertahan sehingga 306 tahun (tentu duitnya reput).. dan siapa yang boleh beri jaminan nilainya sama?.. ini satu lagi bukti nilai logam stabil
Maka mengapa kita ragu-ragu lagi untuk menggunakan mata wang logam dinar dan dirham. Sebab itulah. .Damak ingin menegaskan harga global Buku PRPBW ( Panduan Rinci Perlandangan Burung Walit) bernilai 4 Dirham .. dan ia akan tetap kekal sebanyak 4 Dirham walaupun sudah 306 tahun nanti, Insyallah ( itupun sekiranya Damak tidak mengubah harga buku itu.).
Atas.. sokongan dan kesungguhan itu.. mulai hari ini.. Damak akan menilaikan apa-apa Urusan di dalam blog ini menggunakan istilah Dinar dan Dirham
Cara pengiraanya mudah.. harga 1 Dinar semasa sekarang RM 660.00, Berat (4.25 gram) dan 1Dirham RM 24, Berat ( 2.975 gram).
Sekiranya buku Damak bernilai 4 Dirham maksudnya 24 X 4 = RM 96.00
Begitulah juga untuk Dinar. sekiranya Harga Sarang Gred A bernilai 7 Dinar.. maksudnya
660 x 7= RM 4620
Cara ini akan menjamin pasaran harga sarang burung walit lebih stabil dan konsisten.. Dan tidak dipengaruhi oleh tukaran USD.. sekiranya kita gunakan USD.. tak pasal-pasal mereka dah dapat komisyen tukaran wang kita di sana.. ini akan meningkatkan kekayaan golongan penyangak mata wang.
Semasa persidangan penggunaan Mata Wang Dinar Dirham Nusantara yang berlangusng pada Oct 2010, Terdapat satu persetujuan tidak rasmi untuk menyokong urusan jual beli antara negara-negara Islam Asia Tenggara termasuk..( Malaysia i.e , Kelantan, Acheh Darul Salam , Brunei, dan Kesultanan Sulu,) dalam bentu dinar emas dan dirham. Dan negeri/ negara Acheh mencadangkan mewujudkan nilai setengah Dirham. maksudnya 2.975 /2 = 1.4875 gram untuk memudahkan urusan jualan kecil dalam linkungan RM 12.00.
Damak,mengharapkan idea ini boleh diterima... Namun, sekiranya kita menginginkan sistem ekonomi dan jualan yang lebih adil ,, ini inilah cara dan sistem yang terbaik..
Maka... fikir-fikir kan... wasalam..
Damak
Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..
No comments:
Post a Comment