Thursday 31 March 2011

Kesan Hujan kepada Walit ( Baca: Kesan Cuaca kepada Walit)

Keadaaan hujan.. dan taburan hujan dengan kadar luar biasa mempengaruhi rutin walit.  Hujan lebat dalam tempoh 3 minggu ini menjadikan harga getah semakin naik.  Penoreh getah pula mungkin. mula mengeluh...
 ( makanan syaitan mengeluh ni).. harga pada satu masa dulu jatuh sehingga RM 4.. naik kepada RM 5 sekarang ( harga belian org tengah).

Hujan turun dengan kadar luar biasa.. taburan meningkat..,biasanya bulan awal April.. panas.. tanah merekah... rumput kuning.. sekarang.. sebaliknya.. hampir sama dengan musim tengkujuh.  Semua kerja -kerja pembinaan terbengkalai..., pembinaan BHW dibeberapa tempat tidak boleh dilakukan.

Dan kerja-kerja timbunan tanah perlu difikirkan semula..   Kedengaranya semuanya bermasalah apabila hujan.  Namun bukan semuanya..

Bila kita mendongak ke langit.. kita mampu tersenyum.. melihat sang walit galak sekali.. sambar meyambar serangga kecil.. dalam redup cuaca.. gelap petang .. bila  pokok-pokok hujan mula menitis.. Alhamdullilah Sang Walit.. mula galak.. seaakan-akan semuanya keluar daripada BHW.

Ada mengatakan... mereka keluar mencari makan.. dan tidak kurang mengatakan mereka keluar kerana perubahan cuaca., tidak penting apa sebabnya mereka keluar.. yang penting mereka mesti masuk kembali ke dalam BHW untuk membuat sarang dan membiak di dalamnya.

Secara mudah,.. haiwan akan lebih sensitif berbandingan dengan manusia kerana mereka lebih dekat dengan alam.  Serangga akan lebih tahu.. bila hari hendak hujan.. katak akan lebih tahu bila hari hendak hujan.. dan sang walit juga begitu.. namun asasnya sama iaitu untuk mencari makan. Serangga teirpaksa meningalkan sarang kerana air hujan nanti akan melimpah dan nanti mereka akan terperangkap di dalam hujan.. dan Allah berikan ilham kepada pemangsa serangga dalam rantaian makanan untuk keluar memburu pada waktu itu.  Wah... cantik dan indahnya perancangaan  Tuhan. Maka. adakah ini memberi peluang kepada kita untuk mengeluh dan memprotes tentang takdir dan ilmu Allah?.. tentu kita tidak berani,,  Namun dalam hal tertentu..., kita boleh melihatnya sebagai satu pengajaran , balasan, bala, atau Rahmat..( ini bergantung kepada cara kita melihat dan apa yang telah kita lakukan..

Maka.. kita harus mendoakan agar bala  marabahaya, bencana, malapetaka.. tidak menimpa negara kita.  Insyallah.. petuanya ialah kita bersyukur dan jangan kufur..

Walit for all.

Wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment