Wednesday 13 October 2010

Bila hati rasa gelisah

Rasa nak buat pilihan jadi serba salah.  A atau B atau C atau tidak buat pilihan, kerana itu sendiri pun satu pilihan.

Setelah kita cerapkan dengan akal dan usaha.  Setelah kita teliti baik buruk.  Setelah kita kaji dan tanya pendapat mereka yang lebih tahu. Setelah yakin dihati dengan persediaan untuk membuat pilihan.  Maka buatlah pilihan, tanpa perlu rasa kesal dan sedih.

Tawakal kepada Allah.   Bermula untuk membuat pilihan, sama ada nak buat BHW atau apa sahaja. Asas dan pilihan kena kuat.  Jangan teragak-agak kerana pada waktu itu, Setan mula mengambil bahagian.

Cuma sering menjadi batasan, modal dan peruntukan.  Semakin tebal poket semakin banyak pilihan.  Dan semakin panjang akal, semakin sempurna sesuatu pilihan kerana sifat berhati-hati mengiringi perbuatan kita.

Lalu, apa yang kita gelisah, apa yang dirundung hati gundah kerana ia telah selesai apabila kita membuatnya dengan penuh cermat dan bertaqwa.

Seorang kawan yang berpengalaman ada menceritakan, segalanya bermula dengan sikap dan pandangan. Sekiranya pandangan dan sikap optimis, kita mampu melihat diluar tabir masa dan melihat dengan penuh peluang.

Senantiasa ada peluang disebalik cabaran, dan cabaran itu menjadi semakin menarik apabila kita mampu menyelesaikan/ menghadapi satu persatu.  Hadapi dengan tenang, pujuk hati jangan  gelisah, tidak perlu gundah.  Harungi ia dengan satu emosi yang tenang.  Mudahan positif dan tenang menjadi sebahagian daripada perjalanan yang panjang ini.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment