Iklan Nuff

Pakej Suara Walit untuk di Jual

Terdapat beberapa pakej menarik untuk dimiliki

Pakej A = 10 suara luar dan 2 suara Dalam RM 150.00 sahaja

Pakej B =20 Suara luar dan 4 suara Dalam RM 250.00 sahaja


Kita Berusaha Allah tentukan.
hubungi 017-978 4268. untuk maklumat lanjut.


Tuesday, 5 October 2010

Banyak bersyukur atau kamu akan Kufur

Bersyukurlah atas nikmat yang tidak terkira banyaknya,  Kerjalah kamu 5 perkara sebelum datang 5 perkara. ( ini adalah hadis yang sangat popular malah dijadikan lagu nasyid).

Janganlah kamu resah gelisah dalam urusan dunia yang hanya bersifat sementara.  Dunia ini adalah ujian, untuk mereka yang lara.  Dunia ini adalah satu medan ujian untuk mereka yang bertaqwa.  Berdoalah kepada Allah yang maha boros dengan nikmat, kaya dengan rahmat,  Apa yang kita pinta dan pohon dengan seikhlas hati dan hari, yakin dan sabarlah.  Allah pasti akan makbulkan.  Ini adalah janji Allah " berdoalah kepada Ku , Nescaya akan Ku makbulkan.  Dan Allah lah , pencipta Agung yang Maha cepat memakbulkan Doa.

Jangan kita berputus harap dengan Alllah dikala, usaha dan perancangan kita terbengkalai tidak seperti yang kita rancangkan kerana Allah lah peracang yang sebenar.  Allah Maha mengetahui apa yang kita perlukan sama ada bunga, atau rama-rama.   Mungkin apabila kita berdoa.. Ya Allah berikan ku bunga, Namun pada ketika itu Allah berikan kita Katus yang berduri.  Maka pahit dan kecewalah kita.  Dan mungkin apabila kita berdoa ya Allah berikan ku rama-rama, Namun Allah berikan kita beluncas atau ulat.  Namun percayalah, akan tiba masanya Katus dan ulat beluncas tadi akan berubah menjadi bunga dan rama-rama impian kita.  Siapalah pengatur sebenar masa kita . Tentu sekali Allah.

Maka.. jangan kita mengeluh dan berputus asa dengan Allah dan banyak besyukur kerana Allah itu maha kaya dengan Rahmat dan nikmat. Maha boros untuk membantu hamba-hamba yang mermerlukan dengan syarat mereka bertaqwa.

Ingatan ini diri saya sendiri dan teman-teman Walit semua.  Jangan kita berputus asa, berusaha dan berfikir jalan-jalan terbaik untuk menambahbaikan perniagaan walit kita.  Mudahan usaha halal ini diberkati , berkat dengan sabar, doa, usah dan taqwa kita. Wasalam



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment