Thursday 7 October 2010

Menguruskan rumah walit atau menguruskan emosi dan perasaan.

Antara tips menarik yang saya peroleh dari bahan bacaan yang dijumpai dan dibaca.  Saya terlintas untuk menulis tajuk ini.  Apakah sebenarnya yang kita hadapi dan uruskan dalam kehidupan seharian kita.  Adalah menyelesaikan masalah atau menguruskan masalah atau mendatangkan masalah.

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh sarjana dalam membincangkan hal ini.  Pertama yang berpendapat. Kita tidak boleh menyelesaikan 100% masalah.  Namun apa yang perlu kita lakukan ialah menguruskan masalah.  Dan jauh sekali kita untuk menjadi kelompok yang mendatangkan masalah walaupun kelompok ini paling ramai dan paling popular.

Oleh itu, apa sebenarnya yang kita hadapi apabila kita berdepan dengan masalah dan cabaran dalam hidup.  Lain tidak melainkan kita menguruskan masalah. Masalah-masalah yang datang banyak daripada kesan langsung dan tidak langsung dorongan emosi dan fikiran manusia.  Oleh itu, kita seharus mungkin bijak mengawal diri, dan menguruskan masalah.  Maka keluarlah teori pelbagai. Antaranya pengurusan IQ, EQ, SQ dan OQ.  Walaupun pelbagai Q sekalipun... ia tidak lengkap sekiranya kita tidak berpandukan kepada Q yang paling besar iaitu " Quran" atau Al-Quran.

Maka Al-Quran mengajar kita menguruskan emosi atau hawa nafsu.  Dan mengingatkan kita tentang bahayanya bisikan syaitan.   Sekiranya kita kenal dua musuh dalam gelap ini yang sering menjadi teman gelap kita.  Maka Insyallah kita akan selamat.  Dorongan daripada dua teman gelap ini menjadikan kita mungkin tersalah membuat pertimbangan dan hilang sabar dalam menentukan sesuatu pilihan. ( Ini kerana saya berpendapat manusia tidak pernah membuat keputusan, apa yang manusia lakukan ialah membuat pilihan. Dan keputusan hakiki adalah milik Tuhan).  Oleh kerana kerterbatasan kita membuat pilihan kerana tidak mampu menduga perkara-perkara mendatang dengan tepat kerana itu adalah ilmu Tuhan.  Kita hanya boleh membayangkan berasaskan pengalaman dan pandangan yang tersekat oleh hijab Qadak dan Qadar Allah.  Maka, Al- Quran mengajar kita untuk berdoa dan yakin Bahawa pertolongan Allah pasti akan datang.  Setelah kita yakin mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan yang sebenar.  Maka, elemen ini harus ada pada jiwa seorang usahawan walit muslim untuk menjadikan mereka tenang dan tidak dibayangi oleh rasa bersalah membuat pilihan.

Memang burung walit mempunyai habiat dan naluri yang  tersendiri yang berasakan kepada hukum  adat yang telah Allah tetapkan.  Maka kaji dan teliti hukum adat ini.  Hukum adat tidak akan berubah, sekiranya Hukum adat berubah maka tentu sekali bumi ini ... sudah sampai waktunya.  Ini kerana terdapat satu riwayat mengatakan bumi tidak akan kiamat melainkan matahari terbit sebelah barat.

Maka.. mendalami dan memahami hukum adat naluri walit memberikan kita kenyakian untuk membuat pilihan dan andaian yang dipandu oleh Al- Quran dan Doa, Yakin dengan Rahmat dan Rahim Allah yang Maha Boros dengan nikmat dan Rahmah kepada Hambanya.  Maka mengapa ushaawan walit muslim  kurang yakin untuk berdoa kerana ini adalah janji Allah.  " Berdoalah kepada Ku, Nescaya akan ku Makbulkkan".  Apa lagi jaminan kejayaan daripada Allah yang kita mahu. Mengapa dibiarkan emosi resah gelisah bersarang dalam hati. Ia akan menjadi makanan enak untuk syaitan bermain-main dengan keyakinan kita kepada Allah.

Percaya dan Yakin lah. Allah akan membantu mereka yang sabar. Allah sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk kita kerana Allah maha mengetahui bilakah masa dan tempat kita perlukan sesuatu.  Berbaik sangkalah dengan Allah, kunci kejayaan menguruskan emosi, Jangan kita jadikan urusan rumah walit dan bisnes BHW ini menjadikan kita curiga kepada rahmat dan kekayaan Allah. Beriishgtfarlah sekiranya ada perasaan itu, Pujilah Allah. Mudahan kita mendapat rahmat daripada Allah sekiranya kita Ikhlas.  Ingatan untuk diri penulis dan pembaca sekalian.  Mudahan yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang baik itu adalah lemahnya akal dan daya cerapan saya ( penulis ) sendiri. Wasalan.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment