Tuesday, 26 June 2012

Sang Walit dan Khurafat




Salam,

Di kesempatan ini Damak ingin berkongsi tentang berberapa perkara amalan  yang ditegah dalam ajaran Islam.  Setan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita dalam apa juga yang kita lakukan terutama di dalam bidang perniagaan.

Sebutlah perniagaan apa sekalipun.. restorant, kedai pakaian, kereta sewa, ... boleh kata semuanya... cuma mahu atau tidak mahu..tepuk dada tanya iman.

Industri BW juga  tidak terkecuali.  Apabila sudah seakan-akan hilang cara.. tak tahu nak buat apa dah... makan bomoh mula menjadi pilihan akhir.

Maka, bomoh mula memberikan petua begitu begini . memberi itu ini.. dan pantang larang atau barang-barang tertentu yang dipercayai akan menarik sang walit masuk

Bomoh.. menjadi pilihan mereka yang tidak yakin.. permintaan ( doa) mereka dimakbulkan.  Penantian doa untuk dimakbulkan seakan-seakan terlalu lama.. dan kerap kali.. apabila doa mereka dimakbulkan,,, mereka tidak merasakan itu satu rahmat daripada Allah. Mrk mengatakan itu adalah kerana  mereka membuat pilihan untuk melakukan itu dan ini.

Terdapat beberapa item yang menjadi kegilaan pengemar walit untuk memikat walit masuk.. Malah ada yang dijual dengan harga ribuan ringgit.  Semua itu, amat bahaya dan boleh mengancam soal Aqidah kita umat Islam

Tiada ada satu pun kuasa..dan apa-apa yang mampu mendatangkan bekas atau kesan melainkan dengan izin Allah.

" Dan percayalah Setan akan senantisa mencari jalan-jalan untuk menipu daya manusia dengan cara halus".

Damak tidak mahu nyatakan apakah barang-barang yang menjadi kegilaan pengusaha walit.  Cukuplah dengan Damak menasihatkan. tidak perlu percaya dan buat.  Cukup dengan kita buat sarang mengikut habitat gua, faktor makro dan mikro yang betul.. pasang suara dan selebihnya bukan tugas kita.. Do the Best and Allah will do the rest.

Jauhkan diri kita daripada hal-hal khurafat.
Insyallah hidup kita mendapat rezeki berkat walaupun lambat...
 dan ini lebih mulia daripada cepat tetapi  khurafat
kerana diikhuatiri "rezeki" tadi datang dengan laknat Allah.
"Na'uzibillah himin zalik"

Salam Maju jaya untuk semua... bagi yang sudah berjaya.. jangan kedekut untuk kongsi ilmu.  Ilmu tidak akan berkurang kerana dikongsi.  Rezeki tidak akan berkurang kerana berzakat dan derma. Yakinlah.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment