Iklan Nuff

Pakej Suara Walit untuk di Jual

Terdapat beberapa pakej menarik untuk dimiliki

Pakej A = 10 suara luar dan 2 suara Dalam RM 150.00 sahaja

Pakej B =20 Suara luar dan 4 suara Dalam RM 250.00 sahaja


Kita Berusaha Allah tentukan.
hubungi 017-978 4268. untuk maklumat lanjut.


Sunday, 11 March 2012

Dedikasi dalam Bekerja


Beberapa hari lepas Damak ada mendapat panggilan telefon daripada seorang pesara pegawai tinggi kerajaan untuk menyelangara RBW yang bermasalah. Setelah, menetapkan tarikh pertemuan dan masa. Maka kami berjumpa  Mengikut beliau sudah hampir 20 tahun bersara.  Wah maknanya usianya kini mencecah 74 tahun.  Namun, masih berminat  dalam kerja-kerja RBW.  Damak tanya kepada beliau, apa yang mendorong Aji ( org tua.. Damak biasakan diri panggil Aji)... terlibat di dalam industri burung walit, belia menjawab.. dia sudah letih berurusan dengan manusia, dan cuba meminamakan urusan melibatkan gelagat manusia.  Namun.. hakikatnya.. kita tidak dapat menolak untuk berurusan dengan manusia selagi kita hidup.  Apabila kita meninggal dunia.. orang yang hidup menguruskan kita.


Namun, apa yang Damak ingin kongsikan, beliau mempunyai ciri-ciri seorang yang amat komited dan didikasi dalam kerjanya.  Walaupun.. sedar akan keterbatasan upaya kerja dan kudrat yang dimiliki.. dia masih cuba membantu sedaya yang termampu.

Damak, kagum ..apabila setiap patah kata-kata dan nasihat Damak tentang RBWnya ditulis dan ditandakan pada buku kecilnya.. mungkin sebagai catatan untuk ingataan.. mungkin kerana faktor usia. atau mungkin untk memastikan segala dilakukan dengan penuh teliti dan rapi.

Apabila.. Damak memasuki RBW yang berusia hampir 2 tahun itu Damak lihat terdapat lebih daripada 100 sarang Burung Walit, alhamdullillah.. antara ciri -ciri RBW yang akan berjaya.  Damak pun mula meninjau. apa-apa perkara yang perlu diselengara dan update.. sesuai dengan usia RBW beliau.

Seperti biasa.. Damak akan mengambil sekeping kertas dan mula menulis dan senaraikan apa yang perlu dilakukan.

Mengikut beliau.. RBWnya mula mengalami kesusutan dalam jumlah sarang bukan semakin bertambah.. sepatutnya.. hasil semakin bertambah.

Damak. senyum dan biar dia menghabiskan cerita-cerita tentang RBWnya.

Setelah , itu.. dia meminta Damak melakukan kerja-kerja penyelengaraan yang perlu.  Damak.. lakukan apa yang sempat,,

Baik kepada tajuk entri ini, Damak kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh Aji ini.  Seorang yang lemah lembut, dan amat didikasi dalam kerja-kerjanya.  Dalam, menguruskan hal-hal walit. Tuhan pertemukan dengan pelbagai rencah dan ragam yang menarik untuk kita teladani.   Damak yakin.. dan insyallah, sikap dan mentaliti kita amat mempengaruhi cara kita berfikir, bekerja dan seterusnya hasil yang bakal kita perolehi. Damak doakan Aji ini.. dan RBWnya akan sukses. insyallag.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

4 comments:

  1. Boleh tahu apa masalah yang myebabkan rumah burung beliau susut.angkara alam atau kianat.

    ReplyDelete
  2. Wasalam.. pada pandangan saya.. dalam lima tahun akan datang burung- burung di bandar mula berpindah ke kawasan pedalaman atau kampung kerana faktor makanan yang semakin berkurangan dibandar,.. namun.. ada juga faktor serangan musuh-musuh biologikal..

    ReplyDelete
  3. burung walet boleh terbang sehingga 20km dari rumah burung walet.....

    ReplyDelete
  4. saya pinya rumah burung walet youtube
    sarang burung Tambunan

    ReplyDelete