Monday, 21 November 2011

Post Testimoni.. Dapat Suara.. Percuma.

Assalamualaikum,


Setelah saya menghadiri kursus burung walit dengan Waletgroup di Pasir Mas Kelantan pada tahun lepas, saya terus mengikuti blog Waletgroup ini.


Saya mendapat banyak maklumat tentang burung walit dari blog ini sementara saya mengumpul modal untuk membina rumah burung walit saya sendiri.


Saya dapati buku Panduan Rinci Perladangan Burung Walit keluaran Waletgroup ini juga amat berguna sebagai rujukan kepada sesiapa yang mahu memulakan bisnes burung walit ini.


Semoga blog Waletgroup ini terus menyumbangkan maklumat-maklumat yang berguna kepada pengusaha-pengusaha dan peminat walit sekelian. ( En Azman )




Saya Abdaf dari Pahang..

saya selalu membaca blog Damak dari awal blog Damak buat dulu, bole dikatakan tiap-tiap hari kalu ada kelapangan.


Nak mendalami ilmu si walit, memang menarik dan banyak ilmu baru dapat dipelajari dari blog Damak



Assalamualaikum,


-- Saya mengucapkan ribuan terima kasihpada waletgroup kerana mengadakan satu blog yang banyak membantu dalam memberi sesuatu yang baik samaada pada bakal pengusaha maupun pengusaha walit yang baru melangkah ke dalam industri RBW..Tahniah..Sesuatu pemberian yang baik,pasti mendapat balasan terbaik.



“Thank you.memeng berinformasi. Kalau ditambahkan video-video BH yang telah sukses bawah jagaan atau mengguna hikmat nasihat beliau dan suara yang mantap, blog ini akan lagi mantap. semoga sukses berterus.( Yong)




asssalamualaikum..


Terima kasih di atas segala usaha dalam merapatkan hubungan ummah dihalaman sosial blog tuan..dihalaman blog tuan banyak ilmu dan maklumat dikongsi secara ikhlas yang terpancar dari halaman ini..


setelah saya ikuti sejak setahun yang lalu dalam ilmu dan maklumat yang dipaparkan nampak ketulusan hati untuk ummah dan bukan semata mata biz dunia...namun terlihat untuk biz yang lebih besar dari itu


tahniah diucapkan...moga atas usaha dan keikhlasan tuan, tuan dapat apa yang tuan hajati..amin..


.........
untuk makluman... rbw saya sudah siap dibina namun.. sang walit masih tidak menginap


memang benar pepatah melayu.. setiap ilmu mesti perlu berguru.. ( Said).



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 20 November 2011

Menyediakan Aroma Sarang PALSU- JOM MASAK-MASAK

SALAM , mungkin sudah ramai.. antara peminat tegar walit tahu tentang resipi ini.  Ini adalah antara tips yang dikongsi oleh Sifu-Sifu Walit , dan Damak telah kongsikan semasa siri Seminar Sebelum ini.


Penggunaan Polistrine/ Kertas sebagai sarang plasu

Polistrine ( Beli di kedai buku dan alat tulis).. tak payah banyak..


Telur Itik ( bebet).. kenapa telur itik?.. kerana kandungan putih telur yang banyak dan senang diasingkan berbandinga telur ayam


Doubble Tape ( paku pun boleh)



Minyak ikan  atau campur ( lendir ikan keli, air ikan)




Putih telur,, di asingkan,, caranya.. tebuk sedikit pada  bahagian hujung, kemudian, tuangkna perlahan-perlahan, digoncang dan dituang, diulang sehingga semua putih telur keluar..


Sepuluh. putih telur ( yang kuning tinggalkan kerana nanti akan ada semut suka protein)


Dimasukkan ke dalam Blander - Jumlah sepuhuh putih telur itik


Polistrine di Lekatakan Doubble Tape, untuk memudakan dilekatkan pada Kayu ( paku pun  boleh). Hati- hati,, nanti gam terkena burung - mati burung.

Caranya..
Semua campuran diblander.. hingga lumat- 5 minit, kemudian disapu kepada polistrine, dijemur hingga kering, disapu sekali lagi... dan dijemur.. kemudian dilekatkan pada nesting plank.

( Elakan letakan sarang palsu ini dibahagian penjuru Nesting Plank)



Selamat Mencuba..


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

SEMINAR DI PULAU PINANG



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Thursday, 17 November 2011

Musim Hujan ini...flat roof atau bumbung


atau





Dalam akhbar berapa hari lalu ada menyatakan , Jabatan Metrodologi dan Kaji cuaca meramalkan.. akan berlaku banjir besar di  pantai Timur bermula 24 Nov dan awal Januari 2012

Maka.. dengan kadar kelembapan hujan yang tinggi.  Damak terfikir.. adakah masalah bocor bangunan akan berulang atau bangunan BHW kita akan berisiko.

Pengalaman lepas... Bangunan BHW yang menggunakan flat roof akan lebih banyak berisiko untuk bocor berbanding yang guna bumbung.  Kenapa!.. sekiranya flat roof tidak mempunyai speksifikasi yang ditetapkan akan cepat rosak dan agen air ini.. merupakan penghakis yang amat baik.

Oleh itu,, kepada.. pemilik BHW yang sedia ada... Damak sekadar ingatkan.. hati- hati dengan bangunan BHW kita.. agar tidak bocor... kepada pemilik bangunan baru... waktu tengkujuh bukan masa yang baik untuk membina bangunnan, akan berlaku banyak ketirisan kos selain mempengaruhi mutu dan kualiti bangunan.  Buatlah bangunan di musim kemarau.  Dan di nasihatkan buatlah bumbung... , ia akan banyak membantu menyelesaikan banyak masalah nanti,

Apabila sudah membina bumbung... maka timbul.. .satu soalan... perlu ke monkey house... jawapnyan.. sekiranya  tinggi bangunan kurang  daripada 30 kaki , digalakan untuk bina monkey house.. kalau memilih untuk tidak membina monkey house. biarkan bumbung dan lubang masuk di sisi.., insyallah. ( Namun).. ini amat subjektif dan perlu dilihat kepada kedudukan bangunan dan kawasan dahulu.  ini amat mempengaruhi.. struktur dan rekabentuk bangunan serta lokasi..


Soalan, berikutnya.. apakah jenis bumbung yang terbaik?.

Terbaik itu.. Damak akan tanya pula dan jawab mengikut orang yang bertanya.

Sekiranya orang yang bertanya itu mempunyai sumber modal.  Terbaik baginya. adalah bumbung yang tidak tiris,dan menepati kehendak suhu dan kelembapan BHW serta nampak cantik.

Terbaik itu untuk orang awam, yang mempunyai peruntukkan yang minimum, Damak Cadangkan bumbung yang tidak tiris dan boleh mengawal suhu.

Maksudnya.. terbaik disini ialah terbaik untuk Sang Walit, bukan terbaik untuk kita.  Pada pandangan mata kita.. seakan-akan nampak tidak kemas.. comot dan sebagainnya.. Namun, sekiranya menepati ciri-ciri walit.  Maka walit akan memilihnya.

Satu Contoh.. sebuah sekolah.. yang Damak rahsiakan namanya.. mempunyai bumbung setinggi 5 kaki.. terdapat ratusan burung walit bersarang di dalamnya..( di dalam bumbung).. dan untuk masuk ke siling itu.. burung walit terpaksa masuk dicelahan tingkap cermin kelas yang pecag dan terbang naik ke bumbung. ( bukan masuk ikut sisi).. Maksudnya.. Sang Walit masuk kawasan lebih rendah dahulu dan terbang naik ke atas).  Namun.. sebab ini adalah bangunan sekolah, tidak dijaga.. sarang-sarang walit banyak dimakan lipas., Setelah burung- burung ini masuk ke siling,, mereka akan membuat sarang berhampiran dengan tangki air di atas bumbung, Soalan kenapa berhampiran tangki air?.

Jawapannya ialah kerana suhu dan kelembapan yang diperlukan semasa proses pengeraman telur nanti.

Ini mengikut cerita pengawal keselamatan , tukang kebun sekolah itu.

Balik kepada. isu bumbung.. Damak lebih selesa BHW dibina mengunakan bumbung.. daripada flat roof. Namun, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya flat roof tadi mampu memberikan ciri-ciri yang diperlukan oleh habitat burung walit.

wasalam


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 15 November 2011

Kepada Semua Bekas Peserta Kursus Walit

Salam,


Sepanjang mengendalikan kursus BHW PRP walit daripada siri 1 hingga Siri 10. Dan insyallah akan ada siri 11 pada bukan November nanti.

Damak telah berjaya menghimpunkan hampir 600 orang peserta dan Almuni PRP walit, dan Alhamdulilah ada yang masih keep in touch dan tidak kurang yang membisu... apa jadi sama ada buat atau tidak buat BHWnya.

Semua perserta Damak daripada Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Sabah, Sarawak, Brunei,  Tidak kurang Johor, Melaka, Pulau Pinang, Langkawi dan Selatan Thailand.

Alhamdullillah, mudahan usaha dan penat lelah kita bebaloi.  Daripada jumlah yang Damak sebutkan di atas.. ada beberapa orang yang masih lagi tidak kesempatan modal untuk membina BHW. Ilmu katanya dah cukup. Namun .. modal masih ada halangan. Dan tidak kurang yaang telah berjaya membina BHW yang bersaiz besar.. HJ Alias drp Pasir Mas daripada 30 x60.. sekarang telah berkembang menjadi 60x 60. Tahniah Haji...

Kepada Abg Dean.. yang berani membina BHW.. di kawasan pendalaman,, dan  puluhan lagi yang sekiranya Damak nak sebutkan disini..memang tak sempat dan perlukan masa.

Alhamdullilah, syukur kepada Allah. semuanya berkat kesabaran dan kesungguhan..

Kepada pembaca-pembaca blog dan bukuy PRP.. yang sampai hari ini.. masih tidak putus-putus menelefon Damak.. Insyallah terima kasih Damak ucapkan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.  Semuanya milik Allah.  Kita hanya mengusahakan sahaja.

Tahniah kepada yang  telah berjaya.. kepada yang masih belum mencapai tahap dan target yang disasarkan. Bersabar dan cuba dalami ilmu dan kaji apakah yang kurang tentang BHW kita.. sama ada faktor makro, mikro atau pengurusan, sumber atau perasaan.

Insyallah nampaknya  masih ada 2 kursus lagi .. untuk Damak teruskan pada tahun 2011 ini. iaitu untuk sesis ke 11 dan 12. Alhamdullillah impian Damak untuk mengadakan 12 kursus setahun  mudahan tercapai.

Mulai.. tahun depan. Damak akan lebih fokus kepada kerja-kerja pembinaan BHW, Kursus, penulisan, Pemasangan Audio System dan juga Suara Walit.

Dengan koleksi suara yang begini.. banyak.. Damak akan cuba berikan satu suara yang terbaik dan insyallah akan hasilkan satu suara walit yang mampu menjana hasil sarang yang berlipat ganda.. insyallah. Terima kasih semua ..

Kepada semua Alumni PRP Damak.. keep in touch .. wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Antara soalan ( FAQ) yang ditanya semasa kursus PRP Damak


Berikut Damak kemukakan antara soalan yang ditanya

Lokasi.

1)Apakah lokasi terbaik untuk buat BHW

Lokasi terbaik ialah tempat ada makanan walit, makan walit serangga kecil berterbangan, laluan pulang walit, dan senteral walit.

Saiz

2) Berapakah saiz minimum  BHW?

Saiz minimun.. terdapat beberapa mazahab, ada yang paling berani sekecil.. 10x10 kaki, namun, mengikut pandangan ideal Damak ialah sekecil 16x 16 kaki persegi, ( kos murah)


Kos sederahana

24 X 60 kaki x2


Kos Tinggi

30 x   60 x 3

____________________________________

Tinggi minimum :  maklumat Perhilitan sehingga 6 kaki, Veterinar sehingga 5 kaki, ideal 8- 10 kaki,


3) Anggaran hasil bila baru boleh tuai?

Subjektif,, bergantung kepada lokasi.. dan disiplin pengurus, apabila boleh tahan emosi dalam peringkat 3 bulan pertama selepas BHW dibuka. tidak selalu mengganggu burung.


4) Suara apa yang paling bagus?

Suara burung hanya bunyi satu ( dan mungkin tidak jauh berbeza).. namun manusia disiplinkan burung dengan pelbagai bunyi.  Suara bergantung kepada lokasi dan kebiasaan suara yang dipasang disesuatu kawasan.  Bagi kawasan baru belum diteroka dan bukan dalam jarak terbang burung yang mendiami BHW, pasang suara apa pun. insyallah masuk..


5) Bagaimana cara yang betul untuk pemasangan twitter dan audio system.

Soalan ini amat teknikal, ia tidak dapat ditampung dengan huraian perkataan, mesti melibatkan gambarajah dan penerangan amali yang Damak jelaskan semasa kursus

Namun secara mudah,  seperti berikut

1) Suara luar- 1 Amplifire

2) Suara Dalam  - 1 Amplifire

3) Suara Pulling- Guna amplifire suara luar atau Amplifire berasingan.


 6)  Bagaimanakah hendak menetukan Lubang Masuk

i)Lubang masuk harus mengambil kira arah angin, cahaya matahari, laluan burung.  Sesuaikan semua faktor ini.

LAL ( lubang antara lantai).

2) Letakan lubang LAL dalam bentuk yang boleh menyekat cahaya matahari daripada masuk ke dalam.. biasanya bentuk zip zak,


Lubang udara bagaimana

LU,  secukup rasa mengambil kira keseimbangan suhu dan kelembapan BHW, dinasihatkan buat lebih.. kerana apabila terlebih boleh tutup dgn mudah.. bebanding buat kurang.. susah nak tebuk BHW kita..

Dan untuk maklumat lanjut.. boleh sertai kursus Damak di USM dan Kelantan nanti atau dapatkan buku PRP Damak. Wasalam
















Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 14 November 2011

Sudah Tiba Waktunya Damak membuka peluang untuk semua follower Damak mendapatkan Suara Percuma

Hari ini,

Damak ingin menawarkan satu set suara luar dan  dalam secara percuma kepada follower Damak bersyarat

1) Sudah menjadi follower Damak.
2) Tawaran ini berlangsung daripada 14 November hingg 25 November 2011.


Caranya.

Sila, emailkan testimoni anda terhadap  blog waletgroup antara 10-20 patah perkataan ke alamat email dibawah.

Damak akan emailkan satu link khas bersama dengan password untuk membolehkan semua follower mendapat suara tersebut yang hanya  boleh di excess oleh pengirim e-mail itu sahaja.

Kepada pelawat yang belum manjadi follower, boleh terus join dan tiada had masa , sama ada anda awal atau lambat menjadi follower, yang penting anda adalah follower Waletgroup.

cepat!!!, email yang dihantar selepas tarikh tutup tawaran ini tidak akan dilayan.

Terima kasih semua.

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 1 November 2011

Kepada.. semua... apa pendapat anda tentang plan ini



Salam.. Cuba... kita lihat... dimanakah LM ( lubang masuk) BHW ini patut diletakkan ?



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Berkongsi Suara Walit Percuma

Salam semua.. salam ceria, salam ukhwah.



Hari ini.. terlintas di hati untuk berkongsi suara yang Damak dapat daripada seorang teman Di Indonesia.  Terdapat hampir 200  koleksi suara di dalam simpanan Damak.  Namun, Damak Khuatir.. ianya suara sama cuma namanya telah "di rename kan". Setelah diteliti dan dibuktikan melalui program komputer Damak dapati hanya  lebih kurang 78 suara sahaja yang berbeza.  Yang lain.. tidak lebih daripada suara sama dan telah dinamakan semula.  Hari ini. Damak ingin berkongsi satu suara yang di beri nama Najwan.. sempena nama anak kesayangan pemilik suara ini.  Suara luar.., suara ini antara koleksi terbaik yang di berikan oleh seorang teman di Indonesia.

sila rujuk kepada link di bawah. suara ini sepanjanga 1 minit lebih.


https://docs.google.com/open?id=0B-pD8QaOdVDYNmU2ZTQzNWItNGU1NC00OTE1LWI5ODItZTg3NGRlNzZkNWQy

Amanah yang Damak berikan untuk suara ini.. jangan di renamekan suara ini.. dan jangan jual.. kerana suara ini percuma dan tidak elok kita jual..


Mudahan mendapat berkat.

wasalam.

Mudahan pahala orang yang memberikan suara percuma ini berkekalan.


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..