Thursday 27 January 2011

Lelaki Mesti ada Hobi dan main-main ( permainan)

Allah telah menetapkan sebaik mungkin kejadiannya Manusia lelaki,  Insan pertama yang dicipta daripada Tanah dan akhirnya kepada Tanah mereka akan kembali.  Makanannya daripada Tanah, tinggal di atas tanah, dan ditanam di dalam Tanah.

Lalu, sebagai manusia pertama yang diciptakan Adam. Kesunyian.  Segalanya datang  daripada Allah. maka kita hanya menerima sebab dan akibat itu seadaanya.  Dengan Rahmatnya.. diciptakan pula Hawa sebagai peneman setia Adam dikala kesunyian dan akhirnya.. membentuk satu kehidupan dunia yang sangat kompleks.

Asal... kejadian lelaki mewarisi kesunyian Adam.  Mereka akan lebih suka bermain-main dan banyaklah permainan di reka-reka.  Akhirnya lah pelbagai olahraga dan sukan yang menjadikan mereka terhibur dan ketawa.  Lalu,.. terbit pula pelbagai hobi dan kegemaran terhadap sesuatu  ciptaan.  Sama ada ciptaan semulacipta Allah ataupun rekaan manusia.

Setiap lelaki mempunyai kegilaan dan minatnya sendiri.   Dan Damak sendiri minat dan hobinya kepada burung Walit.

Melihat walit terbang... memahami walit bersarang, memahami walit merajuk, memahami walit memujuk dan menaggis.  Ia memberikan satu perasaan yang berbeza.   Perladangan walit bukan setakat mencari keuntunagan daripada menjual sarang.  Ia lebih kepada hubungan memahami makhluk Tuhan.  Dan akhirnya kita menemui titik persilangan yang jelas kenapa semua ini diadakan!.. Hanya untuk sebuah ujian dan Maya untuk menguji keimanan.  Maka DAMAK itu harus diserasikan = Dunia Alam Maya Akhirat Kekal.

Dengan hobi, perniagaan, dan malah dengan segala seluruh perbuatan kita.. mengaitkan kita tentang kebesaran Tuhan.  Maka eloknya medium Walit bukan hanya untuk mengetatkan Wallet tetapi untuk menjadikan kitaa Ummah yang Wassatan.  Walaupun dalam permainan.. sekiranya membina BHW hanya untuk dijadikan satu hobi.

Ya.. minat dan hobi. namun dorongan dasar kepada hobi dan minat tadi ialah  apa ?.. adakah $$$$.. atau ????? atau _____.

Dengan ada nya BHW, ia akan mula merebak kepada beberapa pelusuk kehidupan beragama yang lain.. merangkumi.. mualamaatnya, syariat, dan sosial... dan sebagainya.. akhirnya. Lahirlah individu yang beriman.

Wah., Indah impian!!!



Namun pendek cerita Damak.. lelaki mesti ada hobi.. si Isteri.. jangan sekali-kali menghalang hobi suami yang halal dan tidak memudaratkan.



Kerana mungkin dalam hobi tadi mereka akan menemui kehidupan dan kesedaran keimanan.   Dan tidak kurang juga mungkin nanti.. . mereka akan menemui maksiat.. sekiranya hobi tadi berunsur maksiat.   Sebagai contoh main golf... pernah cuba-cuba nak dekati.. namun.. dapat tahu.. golf ni mereka bertaruh ( judi)... Hobi menembak.. Daftar dengan lapang sasar untuk menembak lebih baik daripada main golf.. walaupun menembak ini agak mahal..


Namun.. kedua-dua hobi tadi.. melatih kita fokus dan bertenang sebelum membuat keputusan/ pilihan.  Ini melatih kita lebih yakin dan belajar mengenal / mengawal diri.


Perlukan keyakinan dan ketenangan sebelum menarik pincu..


Bukti.. latihan.. ketenangan dan fokus


Maka berdialog lah seorang lelaki dan suami yang pintar seperti di bawah:

Namun.. kita orang miskin.. tak ada senapang.. tak ada  "stick" golf tu.!!!,, adakah itu halangan untuk kita berlatih fokus dan membuat keputusan.  Apa susahnya " main lastik".. kutip anak batu tepi jalan... lastik
burung hantu.. yang mengacau  rumah burung walit".. Jadi hobi jugak tu!... yang penting boleh fokus sebelum wat keputusan.. atau main "dart".. atau dalam bahasa melayu.. main Damak.  Fokus jugak tu.. ha ha.


Lastik


Dart
Dart



Lastik tupai..!


Polis Sri Langka Lastik Perusuh...


Jadi tiada halangan untuk fokus., fokus kepada masalah dan jangan lupa telekaitnya dengan Allah.  Apabila, Telekaitanya dan puncanya sama.. maka senang kita mencari jalan penyelesaiannya.

Wasalam.

Selamat bermain Damak atau Lastik"




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

1 comment: