Iklan Nuff

Pakej Suara Walit untuk di Jual

Terdapat beberapa pakej menarik untuk dimiliki

Pakej A = 10 suara luar dan 2 suara Dalam RM 150.00 sahaja

Pakej B =20 Suara luar dan 4 suara Dalam RM 250.00 sahaja


Kita Berusaha Allah tentukan.
hubungi 017-978 4268. untuk maklumat lanjut.


Sunday, 23 January 2011

Soal modal atau Soal Sikap ?


Memang sudah menjadi mentaliti "orang kita".  Ketuanan Melayu, Negara Islam, terunggul menjadi contoh dunia.  Adakah itu perlu kita hebahkan di dalam akhbar semasa.  Sentiasa dihebahkan.. Menjadi contoh kepada negara Islam lain. Walhal.. adakah itu benar.. atau hanya satu retorik untuk memerangkap minda.

Akhirnya, akhbar dan media mula menjadi satu alat dan senjata untuk mengubah minda masyarakat.  Hingga saat  ini kepercayaan kepada akhbar mula dipersoalkan.  Maka blog dan tulisan ikhlas dari hati rakyat secara individu mula menjadi tumpuan dan ia mula merebak ke dalam facebook, blog dan apa sahaja tulisan diinternet.

Maka terpanggil untuk Damak menulis satu soal yang agak berat dan besar iaitu soal sikap.    Ramai mengatakan untuk memulakan sesuatu, kita mesti ada modal, mesti ada peluang, mesti ada sesuatu.  Ya,, itu benar... namun kita tidak perlu ada semuanya untuk memulakan sesuatu, cukup dengan mempunyai ilmu dan peluang.  Modal, boleh diuruskan kemudian, dicari dengan kebijasanaan akal dan ilmu.

Modal, hanya satu elemen kecil yang hadir setelah kesedaran dan keyakinan menapak kukuh di hati.  Damak pernah menulis kisah bagaiman seorang ayah yang bercita-cita untuk menjadi peraih getah.. Perjalanan kisah benar beliau daripada seorang driver, mengikat perut, mengambil hati orang dalam lembaga getah Malaysia, berurusan yang banyak "red tape" dengan bank kerajaan.  Akhirnya  berjaya menjadi seorang peraih getah dengan pendapat RM3000.00 sehari.  Berbalio... usaha beliau, bagaimana untuk mengambil hati orang dalam.. terpakasa masuk hutan, menahan jerat, pelanduk, rusa, landak.. semata-mata untuk " menghiburkan hati dan rasa tamak mereka yang tidak bertannggungjawab akhirnya barulah dapat lesen untuk membeli getah.

Soal, modal datang kemudian, soal.. peluang kehendak dan kesedaran yang bersungguh-sungguh.. menjadi kunci utama sesebuah impian.  Kata syair Arab " Manja'da.. wa'jada ".. berusahalah.. insyallah kamu akan berhasil.  Dan berdoalah kerana doa itu senjata bagi kita orang Islam.

Maka,  soal yang  Damak kemukakan dalam Blog ini, bukan soal. membina sebuah negara Islam yang hebat, ketuanan Melayu atau kita mesti menjadi contoh kepada negara-negara lain.  Damak hanya orang kecil dan suka menulis soal-soal kecil. Soal yang ingin Damak katakan.. kita harus mengubah sikap dan pandangan kita terhadap isu-isu "kecil" seperti modal dan lain-lain.  Soal yang besar bagi Damak yang hendak dikemukakan di dalam Blog yang kecil ini.. ialah soal sikap dan kehendak diri.

Maka.. apabila seorang Pak Guard di Masjid bertanyakan kepada salah seorang peserta yang menghadiri seminar burung.  Hendak pergi mana?. dan mereka menjawab hendak ke Seminar Burung Walit.  Maka Pak Guard yang" pandai" ini terus mencantas minat mereka dengan mengatakan... " tak payah gi laah.. kalau tak ada ratus ribu.. tak leh buat".. maka itu lah sebenarnya halangan pertama yang perlu Damak ubah menerusi blog ini.

Namun sayang sekali, Pak Guard itu.. mungkin tidak dapat membaca blogspot ini. Itu menjadikan dia seorang  Pak Guard.. Walaupun mungkin memiliki tanah warisanberekar-ekar namun tidak dimafaatkan.  Setidak-tidaknya dengan ilmu.. dan dengan pendedahan menerusi blog-blog di internet., Pak Guard tadi.. bukan setakat melakukan amal dengan menjaga masjid.. tetapi jauh lagi dengan boleh membina masjid.  Maka itu, lah nanti kekuatan yang kita akan dapat apabila kita berjaya melepasi halangan dalam diri kita.

Maka tidak perlu sebuah media yang hebat  dan besar untuk mengubah masyarakat dengan kempen kesedaran, tidak perlu TV bersaiz gergasi.. Mungkin apa yang kita perlukan adalah usaha dan perancangan yang rapi untuk menyebar suburkan maklumat ini ke akar umbi.  Dan Media yang paling berkesan adalah mulut masyarakat kita.  Hebahkan maklumat ini ke setiap penjuru dunia.. daripada tukang sapu, pak guard masjid, hingga ke Barrack Obama.. agar nanti,, kesannya nanti memberi impak besar dan positif kepada semua..

Wallah hu alam.




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment