Wednesday 17 September 2014

Usah Berhenti Berharap.



Jangan Berhenti berharap dengan Pertolongan Allah.

Setelah sekian lama kita berusaha, melabur modal bersusah payah dan bersabar hasil yang diharapkan daripada RBW yang dibina masih belum seperti yang kita bayangkan.

Dalam menjawab dan menilai fenomena ini secara positif, Damak suka ceritakan kembali satu masej yang diterima daripada Group dan e-mail.  Menasihati kita agar sentiasa bersabar dan positif dalam semua keadaan.

Diceritakan ada seorang hamba Allah telah memohon kepada Tuhannya agar diberikan seekor rama dan bunga kerana beliau amat kagum dengan kecantikkan dan keindahan yang terdapat pada bunga dan rama-rama.

Setelah sekian lama menunggu.  Beliau tidak mendapat rama-rama dan bunga sebaliknya beliau mendapat ulat beluncas dan pokok kaktus yang berduri.  Beliau amat sedih dan dukacita kerana menyangkakan  Allah sudah tidak menghiraukan doa dan permintaanya.  Beliau amat bersedih dan hampir berputus asa dan harapa dengan Allah. Dan melupakan pemberiaan daripada Allah berupa beluncas dan kaktus itu kerana itu bukan permintaan dan keinginannya.

Lalu.. pada suatu pagi beliau terpandang kepada kaktus dan beluncas yang telah diberikan oleh Allah kepada beliau.  Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat ulat beluncas tadi telah berubah menjadi rama-rama yang cantik, dan pokok kaktus yang berduri telah berbunga dengan warna yang amat indah dan mempersonakan.  Dan pada waktu itu, beliau mula sedar betapa Tuhan lebih mengetahui apa yang beliau perlukan dan inginkan.

Sesuatu yang kita perlukan tidak merupakan sesuatu yang kita inginkan dan begitulah sebaliknya.  Dan menariknya bunga dan rama-rama yang hadir itu hadir tepat pada waktu dan ketika beliau amat-amat memerlukan kedua-duanya.

Nah!.. ini lah keajiban dan kekuasaan Allah dalam memberikan sesuatu kepada hambaNya. Dia lebih mengetahui bila dan ketika kita amat-amat memerlukan sesuatu yang kita pinta.

Secara positif, Allah secara perlahan-lahan mendidik kita atau mempersiapkan jiwa kita untuk menerima keadaan dan cabaran dengan ilmu dan kefahaman. Ia akan menjadikan kita lebih matang dan bersedia untuk menerima anugerah daripadaNya supaya kita tidak sesat dan tegelincir.

Maka usah berhenti berharap.. Bina Harapan setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kerjayaan sentiasa bersama orang yag sabar.


Hubungi Damak di talian 017-978 4268 whatassp/ Telegram. untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment