Monday 8 September 2014

Keadaan Semasa Industri SBW di Malaysia

As. Salam,

Lama benar rasanya tidak menulis blog terasa rindu dan ringgan tangan nak menulis.  Terasa begitu sendirian di dunia akademik ini dan ia satu perjalanan yang sunyi.

Disekeliling kita.. kita mula sedar banyak isu-isu dan isu yang lebih besar yang dihadapi oleh usahawan SBW.

Jika dahulu.. Damak banyak menulis tentang aspek tenikal dan husbinanri burung walit. Bagaimana untuk menyediakan habitat terbaik untuk burung walit.  Menangani masalah yang berlaku di dalam RBW.  Tetapi untuk semua untuk apa.. untuk apa.. apakah matlamat sebenar?

Matlamat sebenar ialah untuk mendapatkan hasil dan menjual dengan harga yang baik,

Dan sekarang.. persoalan yang lebih realisitik dan praktikal ialah persoalan harga SBW.  Damak yakin ramai yang mengikuti blog Damak dahulu insyallah telah berjaya menghasilkan SBW . Cuma banyak dan sedikit sahaja yang membezakannya,

Lalu.. timbul isu.. dimana pulak nak jual.., kepada siapa. Apa kah peranan pihak Veterinar?

Daripada pemerhatian Damak. Isu jual beli SBW boleh diatasi. Cara jual masih sama. cuma berbeza// kalau dulu.. daripada boot ke boot kereta.., sekarang ia dilakukan dengan lebih teratur.

Ramai pembeli dan pengusaha mula terpanggil untuk memasang ID ( Taging) yang dipasang percuma oleh pihak Veterinar.

Manakan tidak.. bagi RBW yang ada ID mereka boleh jual harga SBW dengan perbezaan sehingga 10 %. Maksudnya kalau harga biasa 1400, mereka boleh demand pembeli dengan harga 1600 atau lebih untuk gred sarang yang lebih baik. ( Gred A)

Maka cepat-cepat lah pergi tembak ID..

Bagi yang belum tahu apa itu ID. (Tag). ID ialah satu alat yang menyimpan kordinat RBW kita yang direkodkan dan menjadi maklumat penting kepada pembeli SBW untuk menyatakan dengan jelas dari mana SBW itu berasal. Ini adalah salah satu ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak China dan meluluskan pengeksportan SBW daripada Malaysia.
Maka ikut saja lah...  janji boleh jual.

Lain-lain maklumat Damak akan kongsikan apabila ada isu dan perkembangan penting. Selamat Maju Jaya semua Usahawan Walit . " Man JJada , Wajada".. Insyallah.



Hubungi Damak di talian 017-978 4268 whatassp/ Telegram. untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment