Wednesday 11 January 2012

Bila kah kita perlu menggunakan Mist Maker

As'salam..

chicken Humifier



Tentu ramai yang bertanya.. bila agaknya kita perlu menggunakan mist maker.. atau chicken humidifier atau pelbagai jenis peralatan penyejuk lain.

Jawapannya.. begini..

Biasanya apabila musim panas., itupun subjektif.. maksudnya. apabila suhu BHW kita terlalu tinggi mencecah lebih daripada 33 C.,  Satu perkara yang perlu kita ingat... burung tidak akan mati kerana panas... tapi burung boleh mati kerana kesejukkan.. sebab burung berdarah panas, mereak tidak tahan dengan cuaca sejuk khususnya anak walit yang berusia 2 minggu pertama yang bersifat helpless ( tidak berbulu, mata tertutup).  Oleh itu, pemilihan induk walit,, bukannya merangkumi kepentingan mereka sahaja, mereka juga akan mengambil kira ( naluri kurniaan Allah) keselamatan dan keselesaan generasi mereka.

Satu tips yang menarik.. sekiranya kita membina BHW mengikut tips-tips tertentu.. BHW mungkin tidak perlu menggunakan alat penyejuk ini langsung kerana suhu dan kelembahan iklim di Malaysia yang tersedia sudah amat sesuai untuk habitat Sang Walit.

Dalam pengurusan BHW.. faktor ini dinamakan faktor makro dan mikro.  Sekiranya kita sudah mempunyai satu faktor Makro yang releven untuk habitat Sang Walit.  Maka Faktor Mikro amat mudah di atasi. Faktor Makro yang dimaksudkan merujuk kepada iklim negara, struktur bangunan, kedudukan bangunan dan hal-hal yang bersifat semulacipta atau tidak boleh diubah/ sukar diubah.

Faktor mikro pula merujuk kepada hal-hal yang boleh diubah dengan teknologi. seperti panas.. disejukkan dengan wap air dan sebagainya.

Pengubahsuaian faktor mikro BHW sebenarnya merupakan pilihan terakhir yang kita gunakan apabila BHW kita ( Struktur) Makro tidak menepati kehendak habitat Sang Walit kerana ha-hal yang tidak dapat dielakan atau tanpa perancangan awal..  Ini banyak melibatkan bangunan-bangunan yang diubahusai sebagai BHW kerana pembinaan asal bangunan tersebut bukan untuk BHW sebaliknya sebagai primis perniagaan ataupun kediaman.

Sekiranya niat atau matlamat asal bangunan yang hendak dibina ialah BHW.. maka, hal-hal mikro ini sepatutnya dapat dielakkan. Dan kita akan dapat menjimatkan banyak kos.  Pembinaan habitat harus bersifat alami dan menepati ekosistem walit.  Cubalah sedaya mungkin berbicangkan dengan konsaltant anda ( bagi pengusaha baru) agar penggunaan alat-alat seperti ini dapat dielakan.  Kos untuk sebuah humidifier sekitar RM 370.00.  Dan sekiranya kita memiliki bangunan seluas 20 x 60 kps  x 2.   Dengan jarak berfungsi atau kawalan 8-10 kaki satu humidifier makna kita memerlukan hampir 3 -4 biji setingkat. Kalau dua tingkat kita memerlukan hampir 8 biji.   Maksudnya kita perlu membelanjakan  370 x8 = RM 2980. untuk humidifier.  Ini satu kos yang besar.

Oleh itu,, cara yang terbaik... kita perlu mendapatkan plan BHW yang terbaik.. yang mampu mengawal suhu bangunan agar menepati habitat asal sang walit.

Sekiranya kita hendak lanjutkan lagi dengan kos  pembelian humidifier hampir  RM 3000.00 sama dengan kos untuk menampung pembelian bata untuk dibuat double layer struktur bangunan atau sebagainya yang bersifat jangka panjang dan lebih selamat.  Maksudnya.. lebih baik kita memperuntukkan perbelanjaan yang lebih untuk pembinaan  unsur-unsur utama atau makro berbanding dengan mikro.  Ini kerana pada masa hadapan mungkin faktor- faktor mikro ini mungkin memerlukan penyelengaraan / pengantian kerana faktor rosak atau sebagainya.

Pandangan Damak, buat pertimbangan sebaik mungkin.. mudahan kejayaan untuk kita semua ,khasnya mereka yang berusaha sesungguh hati... wasalam


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

1 comment: