Wednesday, 11 May 2011

Walit... oh walit

As' salam.. ini lagi kisah tragis...

Semalam Damak keluar ke KB untuk bertemu rakan seperwalitan....kami berjanji akan bertemu untuk makan tengah hari di sebuah Restorant di Belakang Bangunan UMNO KB.. , Itu merupakan kali pertama Damak ke sana.. belum pernah ada kesempatan untuk ke sana... Apabila sampai di sana... Damak cuba mendongak ke atas... kedengaran suara ajuk walit yang nyaring menarik perhatian Damak..


Macam biasa.. kita orang walit ni.... cara berjalan lain sikit.. orang lain.. pandang bawah.. kami pandang atas... sampai terkehel leher.. jadinya.. ha ha..( Rasanya ramai mereka yang terlibat dalam bidang walit akan jadi macam ni..).

Pendek cerita... setelah... habis melihat 360 darjah kawasan sekeliling.. Damak tertarik pada satu bangunan lama yang dibiarkan tegendala pembinaanya.. agak tinggi. mungkin 3-4 tingkat.... ( Terfikir kenapa orang tak wat rumah walit)..

Kemudian... tumpuan Damak mula tersasar ke bawah apabila hampir jatuh longkang,.... maka pada saat ini... terkeluar dari bibir Damak " Allahu Akhbar" . melihat seekor anak walit muda... berada ditanah... ( mungkin jatuh). Damak terus.... mengambil dan memeriksa... kalau-kalau ada cedera di mana-mana!... pemeriksaan dilakukan... ok... , insyallah sihat..  , kemudian... tidak lama selepas itu... Damak ternampak seekor lagi... yang ni nampak lembik.. kakinya.. terdapat lilitan sarang labah-labah,... mungkin kerana itu dia terjatuh....





Dua ekor Walit Muda terjatuh ?.. atau ?????



Yang ni..  sihat... yang belakang..  dalam keadaan tenat..!






lalu.. Damak.. meniup dan membelainya... ( pengalaman lepas menunjukkan burung seperti ni tidak tahan lama. maksudnya tak panjang umur).. Damak bercadang akan menempatkan mereka berdua didalam BHW Damak.. Insyallah.. makanan banyak disana... mereka boleh makan...

Dan setertusnya... Allah menguji Hati peminat Walit ini dengan terlihat dan terserepak bangkai walit yang tidak lengkap disitu... mungkin selebihnya telah dimakan binatang .. mungkin kucing,, mungkin anjing.. . Terlintas Damak.. Wah.. kenapa jadi begini.?





Damak cuba mencari jawapan dan akhirnya Damak dapat membuat kesimpulan awal berikut...  mungkin antaranya

1) Sarang Walit dikawasan itu mungkin telah diceroboh oleh pencuri..- Kerana pencuri tidak akan endahkan walit muda atau apa-apa.. yang mereka cari ialah Sarang walit.
2) Sarang Walit dikawasan itu telah dituai.. oleh pemiliknya tanpa mengambil kira anak-anak walit yang belum cukup dewasa.. ( kerana mengikut perkiraan Damak.. Walit ini paling-paling tidak memerlukan 1-2 minggu lagi untuk terbang...

Akhirnya.. Damak cuba selamatkan  seekor walit yang sihat tadi... ( kerana yang yang tenat tu pun terlalu uzur dan pendek umur juga)



Banyak rahsia yang  datang bersama Walit Muda ini...

Kisah  aku pemerhati Walit


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

No comments:

Post a Comment