Sunday, 29 May 2011

Terima Kasih kepada Peserta Kursus Fasa 4 Walit di Kajang

As'salam terima kasih Damak hulurkan kepada semua peserta2 yang membuat pilihan dan insyallah harpnya.. Maklumat yang kongsi tempoh hari dapat membantu tuan puan untuk menguruskan Rumah Walit

Wasalam

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 22 May 2011

Semuanya Tentang Burung

 Hari ini.. apabila kita pergi ke mana-mana tempat.  Ada saja.. orang akan bercakap tentang burung.  Kebanyakkan orang sudah sedar. Alhamdullillah sudah sedar burung Walit adalah satu industri yang berimpak tinggi.

Semua orang berani dan ingin bercakap tentang burung.. Pendek kata, semua orang berminat.  Namun beminat saja.. tak cukup.. harus mendalami dan menghayati dan berfikir dengan kritis tentang burung.  Pelbagai Mazahab burung telah terbit.

Daripada.. Idea BHW yang besar kepada BHW yang kecil. Antara teori yang dikemukakan.. BHW yang besar akan menyebabkan beberapa kaloni burung masuk dan mendiaminya dan mereka akan berperang di dalamnya.. Dan Untuk lebih efektif. harus membina VVIP room untuk mengelakan mereka daripada beperang dan tiada masa untuk berperang.
.
Maka Datanglah mazahab.. membina BHW saiz minimum.. 12 X24, 16 X24 , 12X 30.. dan sebagainya...

Namun.. adakah semua itu benar...?  kena kita fikir-fikirkan dan kaji-kaji..

Terbaru semalam.. Damak jumpa VCD ini di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.

( Gambar tepi tu.. kena cut.. tak menepati syariat)


Mcm mana... ini merupakan niat dan  idea awal Damak apabila.. mengutarakan lirik lagu layang-layang dulu.. agar ia menjadi popular dan meniti dibibir umum.. mudahan,, kesedaran ini akan mampu dikembang suburkan dengan baik dan bukan hangat-hangat tahi ayam.

wasalam.







Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 17 May 2011

Telah tiba.. siap sedia.. untuk diedarkan...


Salam.. kepada semua peminat Walit... terima kasih kerana sabar menunggu.  Sekadar ingin memaklumkan.. kepada mereka yang telah mendaftar untuk membeli buku PRP ini.. Sila updatekan alamat tuan, puan ke inbox waletgroup@gmail.com.


Boleh gunakan Borang  Tempahan yang terdapat di dalam blong ini.

Harga asal buku ialah RM 89 untuk Sem dan RM100 Sbh &; Srwk.

Namun.. Harga buku ini.. kekal seperti Edisi  Awal.. RM 75 untuk Sem dan RM 80 untuk Sabah Sarawak termasuk penghantaran.  ( Potongan Harga ini hanya khas untuk pembelian secara terus melalui Waletgroup Sahaja).

Terima Kasih...


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday, 11 May 2011

Walit... oh walit

As' salam.. ini lagi kisah tragis...

Semalam Damak keluar ke KB untuk bertemu rakan seperwalitan....kami berjanji akan bertemu untuk makan tengah hari di sebuah Restorant di Belakang Bangunan UMNO KB.. , Itu merupakan kali pertama Damak ke sana.. belum pernah ada kesempatan untuk ke sana... Apabila sampai di sana... Damak cuba mendongak ke atas... kedengaran suara ajuk walit yang nyaring menarik perhatian Damak..


Macam biasa.. kita orang walit ni.... cara berjalan lain sikit.. orang lain.. pandang bawah.. kami pandang atas... sampai terkehel leher.. jadinya.. ha ha..( Rasanya ramai mereka yang terlibat dalam bidang walit akan jadi macam ni..).

Pendek cerita... setelah... habis melihat 360 darjah kawasan sekeliling.. Damak tertarik pada satu bangunan lama yang dibiarkan tegendala pembinaanya.. agak tinggi. mungkin 3-4 tingkat.... ( Terfikir kenapa orang tak wat rumah walit)..

Kemudian... tumpuan Damak mula tersasar ke bawah apabila hampir jatuh longkang,.... maka pada saat ini... terkeluar dari bibir Damak " Allahu Akhbar" . melihat seekor anak walit muda... berada ditanah... ( mungkin jatuh). Damak terus.... mengambil dan memeriksa... kalau-kalau ada cedera di mana-mana!... pemeriksaan dilakukan... ok... , insyallah sihat..  , kemudian... tidak lama selepas itu... Damak ternampak seekor lagi... yang ni nampak lembik.. kakinya.. terdapat lilitan sarang labah-labah,... mungkin kerana itu dia terjatuh....





Dua ekor Walit Muda terjatuh ?.. atau ?????



Yang ni..  sihat... yang belakang..  dalam keadaan tenat..!






lalu.. Damak.. meniup dan membelainya... ( pengalaman lepas menunjukkan burung seperti ni tidak tahan lama. maksudnya tak panjang umur).. Damak bercadang akan menempatkan mereka berdua didalam BHW Damak.. Insyallah.. makanan banyak disana... mereka boleh makan...

Dan setertusnya... Allah menguji Hati peminat Walit ini dengan terlihat dan terserepak bangkai walit yang tidak lengkap disitu... mungkin selebihnya telah dimakan binatang .. mungkin kucing,, mungkin anjing.. . Terlintas Damak.. Wah.. kenapa jadi begini.?





Damak cuba mencari jawapan dan akhirnya Damak dapat membuat kesimpulan awal berikut...  mungkin antaranya

1) Sarang Walit dikawasan itu mungkin telah diceroboh oleh pencuri..- Kerana pencuri tidak akan endahkan walit muda atau apa-apa.. yang mereka cari ialah Sarang walit.
2) Sarang Walit dikawasan itu telah dituai.. oleh pemiliknya tanpa mengambil kira anak-anak walit yang belum cukup dewasa.. ( kerana mengikut perkiraan Damak.. Walit ini paling-paling tidak memerlukan 1-2 minggu lagi untuk terbang...

Akhirnya.. Damak cuba selamatkan  seekor walit yang sihat tadi... ( kerana yang yang tenat tu pun terlalu uzur dan pendek umur juga)



Banyak rahsia yang  datang bersama Walit Muda ini...

Kisah  aku pemerhati Walit


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 10 May 2011

Berita Harian Online | Ribut Aere punca panas luar biasa

Berita Harian Online | Ribut Aere punca panas luar biasa

Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Sunday, 8 May 2011

Penting Bird Call

As'salam..

Hari ini... Damak ingin berkongsi tips... antara kejayaan BHW / RBW yang terpenting ialah "Bird Call".  Birdcall yang betul akan mampu memberikan beberapa info antaranya

1. Populasi / potensi kawasan
2) Jenis Burung
3)Anggaran Hasil- ( Jangka Waktu)
4)Bukti dan keyakinan kepada Pelabur dan dalam masa yang sama motivasi untuk membina RBW.

Maka.. jangan rasa rugi atau rasa tidak berbaloi untuk membuat BirdCall dahulu,  ini merupakan satu rahsia terpenting yang perlu diketahui oleh pelabur sebelum melabur bukan main tiru-tiru.

Hubungi Damak untuk lakukan bird call.  Insyallah sila aturkan masa dan tarikh pada hujung minggu. Damak tidak akan menguzurkan diri..


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Idea...Membina BHW mengikut Saiz Kaabah ?

Semalam...bersama-sama teman seperwalitan.. Saif... Dalam perjalanan... ke Ketereh untuk menguruskan hal burung.. kami singgah di Masjid. Dan tergantung di Pagar Masjid... Iklan Umrah dan Haji... dengan gambar jutaan manusia menunaikan ibadat itu...


Maka dengan nada.. bergurau. Saif berseloroh.. kalau kita.. buat BHW guna Saiz Kaabah... mesti ramai burung.. ha ha .

Maka.. Damak kata Why  not?.. boleh aja... maka selepas solat Zohor,,, Damak mula.. mencari maklumat... saiz kaabah di Internet... dan Damak menjumpai.. satu Saiz yang cukup ajaib..?  . Saiz yang amat praktikal dam sesuai untuk BHW.. seperti berikut:
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya






Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah setebal satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad saw.



Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?



Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah: " Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima. " Bayt ul Haram - rumah dihormati.



Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.



Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.


Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.


Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.



Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah. 
( Sumber :http://www.iklanlink.com/forum/index.php?topic=146.0)
 
dan
 
Untuk fakta, saiz Kaabah adalah 12 x 10x 15 meter dan menurut ahli sejarah, Kaabah telah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.  -


(http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/11/tun-mahathir-pernah-masuk-ke-dalam.html)

dan

The Kaaba is a large masonry structure roughly the shape of a cube. It is made of granite from the hills near Mecca, and stands upon a 25 cm (10 in) marble base, which projects outwards about 35 cm (14 in).[2] It is approximately 13.1 m (43 ft) high, with sides measuring 11.03 m (36.2 ft) by 12.86 m (42.2 ft).

(wikipedia); http://en.wikipedia.org/wiki/Kaaba
ekda
Maka insyallah.. mudahan ada keberkataanya sekiranya kita mengambil... bentuk binaan Kaabah.. ini... Cuma nanti jangan jadi.. Khurafat.. atau. apa-apa yang boleh merosakkan.  Sekadar berusaha untuk mencari keberkataan mengikut Desigin bangunan pertama yang dibina oleh Manusia untuk dijadikan asas kepada struktur bangunan di Muka bumi.. Harus diingat.. Kaabah merupakan bangunan pertama di bumi yang dibina atas arahan dan perintah Allah kepada nabi Adam. a.s.. Oleh itu.. tidak salah sekiranya kita  mencuba dengan desgin kerana.. bentuk dan Desgin yang Kaabah menepati saiz yang disukai oleh Walit..

Wasalam.







Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Wednesday, 4 May 2011

Tu Dia.. muka Depan kat Akhbar sinar-- satu masa dulu

As'salam,..Satu masa dulu... Ramai yang membantah.. ( malah masih wujud sampai sekarang).. ini berlaku di Jerantut.

Antara yang tertulis dengan jelas,,,
1) membahayakan kesihatan... ( betul ke?)
2) Najis dan bulu boleh menyebabkan penyakit merbahaya...

Ini semua tidak akan  berlaku sekiranya mengikut syarat 1GP yang telah ditetapkan.

Kalau Nak Damak Ulas panjang kenapa mereka yang "mahir" ini berkata membahayakan kesihatan..   Jawapan ringkas dan padat.. Tidak.. tidak membahaykan kesihatan penduduk umum,...sekiranya kekuatan 40db dipasang daripada jam 6am hingga 10.am dan 4.30pm hingga 8.00pm.. apa masalahanya..

Kuat sangatkah 40db ni.. .diukur daripada 6 meter daripada bangunan.? lebih bahaya bunyi  kereta dan motor mat rempit..  kuatnya.. dan panjang lagi damak akan ulas semasa kursus

Membahanyakan kesihatan.. .sama sekali tidak... kalau kita lihat kepada habitat dan biologikal  walit.. mereka hidup dengan kelompok mereka.... terbang tak pernah hingga bumi/ tanah/ ranting/ maka ini akan meminumumkan jangkitan kuman.. dan tiada kes lagi.. walit menyebabkan penyakit berjangkit.. jadi apa yang bahayanya.. Damak khuatir seperti ada agenda lain.. ha ha..

ok .. mudahan... tidak berlaku lagi isu-isu ini diakhbar..
wasalam.



Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Recycle - alat penyedut asap Soldering

As' salam..

Kesihatan.. amat penting untuk dijaga... dedahan kepada asap soldering dengan kadar yang tinggi.. terutama semasa slodering twitter walit boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jangan panjang.  Antara yang paling serius .. boleh menyebabkan kemandulan, kenser tekak, dan masalah paru-paru.. Ini kerana asap yang dihasilkan mengandungi bahan toksid yang amat  merbahaya.

Oleh itu,,... terfikir untuk mencipta satu alat.. ringkas.. untuk tujuan ,mengalihkan asap soldering twitter.

Sila tengok-tengok.. ha ha..

Daripada sebuah  PC power supply  yang rosak.. diambil kipasnya dan diubah suai...


Radas:

1) Kipas PC Power Supply
2) Kotak PC  Power Supply- di potong separuhnya
3) Plastik kotak pendawaian- tempat letak bateri
4) Bateri 9 V
5) Kepala ( soket) beteri  9 V
6) Mini Suiz - push button.





Diterbalikan kipas untuk menjadikan arah sedutkan angin ke sebelah dalam..  ( keadaan off)


Keadaan On



Letakkan satu mini suiz untuk kawalan bateri 9V






Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Monday, 2 May 2011

Pintu Kebal.. yang Kebal-- Damak Kelaskan sebagai A.

As'salam.. hari ini teringin untuk berkongsi.. design pintu kebal....di BHW kepunyaan seorang teman.    Memang menarik.. dan telah mendapat keizinan untuk dipaparkan diblog.

Pintu.. ini secara umumnya ada 4 kunci satu pintu... ia insyallah akan boleh melambatkan / menyukarkan proses pencerobohan.  Dan Insyallah akan mematahkan iltizam  penceroboh setelah melihat lapisan kunci seperti ini..


kunci pertama. ( lapisan pintu pertama)


kunci kedua...


kunci ketiga..


kunci keempat


Lapisan pintu kedua


Besi lebih keras dan ada 4 kunci juga..


Dan yang paling hebat.. ialah kunci sebelah.. dalam... ini akan tentu sekali menyukarkan proses pencerobohan .. Tahniah..dan terima kasih kepada teman Damak ( Abg Man).. yang sudi berkongsi maklumat ini... mudahan ada manfaatnya..


Hubungi Damak di talian +6012-5917493, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..