Saturday 12 February 2011

Lawatan ke Kuala Krai- mengejutkan!!!

Lawatan ke BHW yang bermasalah semalam Damak menjumpai beberapa masalah.  Damak tidak faham bagaimana semua itu boleh berlaku.  Setelah Damak melihat dan meneliti  luar dan dalam.. Damak menyenaraikan 14 penambahbaikkan.. kecil dan besar yang perlu dilakukan.  Damak tuliskan semua itu.. dan lekatkan bersama-sama bisnes card.. kalau ada apa2 tak faham dia boleh ctc.

Sebelum ini, kita sering dikhbarkan Kuala Krai tempat yang top dengan rumah burung..... buat bangsal pun burung masuk... betul ke?

Tetapi hal yang sebaliknnya berlaku pada BHW ni.. perkara yang sepatutnya ringkas dan senang menjadi susah kerana pernah menghadiri kursus yang betul..Damak tanya.. ada hadiri kursus ke?.. dia kata ada.. berapa kali... sekali.. ( dan berbekalkan kursus asas sekali itu dia buat sarang burung).  Kursus pula modulenya tidak lengkap rinci.. ini menjadikan peserta tadi "dizalami"

Antara 14 saranan..  pertama 1) masukan racun serangga. kerana byk semut dan lipas di dalam BHWnya..




Namun secara mudah, Damak boleh simpulkan. BHW ni  bukan boleh buat secara tiru-tiru... ikut  tanpa ada ilmu dan minat usaha kita akan menjadi sukar dan mudah tertipu!...

Pada mula-mula Damak sampai ,..nampak seperti dia rungsing seolah-olah pemiliknya berputus harap dan tak tahu apa nak buat.  Apa yang Damak perlu lakukan?.. tanya dalam hati.. kerana nak jadi peladang burung walit ni .. kita mesti minat dan bersabar..Dengan bebekalkan ilmu dan pengalaman dalam menulis buku " motivasi"..Damak  luangkan sedikit masa untuk mendalami masalahnya... Maka dapat tahu.. dia telah bnyk ditipu.. dan sudah byk habis duit... burung tak masuk

Maka.. yang perlu.. Kena pulihkan kembali semangatnya... , ini satu misi yang berat..

Lalu.. perjalanan bermula dengan memasuki BHWnya...  Keganjilan pertama yang Damak lihat.. ada motor pump air di dalam BHW.. maka Damak tanya.. kenapa motor ada kat sini?.. dia kata.. tukang buat mcam ni,, ( silap Damak tak snaap foto).. tapi Dapat snap foto lipas dalam BHW.. sudah merupakan pengalaman bernilai untuk Damak kerana tidak pernah jumpa lipas dalam BHW sebelum ini..

Setelah Damak sarankan apa yang perlu dilakukan dan releven kenapa kena buat begitu- begini.. barulah nampak cahaya senyuman dan kelegaan.  Damak mencadangkan bahan -bahan yang jimat dan tidak perlu keluarkan kos yang tinggi.. untuk 14 penambah baikan itu.. Damak jangkakan kosnya tidak sampai rm 500.00.

Tapi itulah bahagia dan nikmat yang kita dapat... mengikut buku La Tahzan.. .. untuk menjadikan kita bahagia... kita perlu banyak memberi dan menolong orang lain... maka itu sangat benar dan tepat sekali kerana naluri manusia.. suka disayangi.


Kalau nak story panjang.. nanti.. kita story masa kursus.. Namun kesimpulan mudah... pemiliknya tidak tahu apakah yang harus dilakukan untuk menjaga BHW..  Disamping mengharapkan pulangan lumayan daripada burung walit.. tentu perkara pertama yang kena tahu. ialah pengurusan BHW.., fikirkan!

Selamat maju jaya..

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment