Thursday, 25 November 2010

Aroma dan Aura

Salam.. hari ini damak terfikir nak tulis tentang aroma dan aura.   Sekali dengar macam perubatan tradisional. Chi, atau Tai Chi Chuan.

Bukan, pasal Chi... tapi ini aroma dan aura di dalam sarang burung.

1) BHW yang baru siap akan bau simen- macam na nak buat?

2) Aroma jebat badan pekerja / kita sendiri

3)  Aroma  pemangsa

4)  Aroma Pewangi

5)  Aroma najis walit lapuk.

6) Aroma najis walit baru

7) Aroma Amonia ( bau najis walit tiruan.)

8) Aroma mengawan ( love possion)

9) Aroma walit lari

10) Aroma putih telur itik

11) Aroma rumpai laut

12) Aroma walit original


Dan Aura ( bukan Arura- Arura)

1) Aura tekad

2) Aura Tekun

3) Aura Belajar dari rumah walit lain

4) Aura harga sarang walit yang menarik

5) Aura  hobi dan minat

6) Aura semangat ikhlas untuk ummah

7) Aura sihat dan tujuan untuk membantu manusia lain.

8) Aura bermula dengan rezeki halal

9)  Aura untuk mendapat berkat\

10) Dan banyak aura-aura lain yang perlu kita faham.


Jika digabungan dan difahami tentang Aura dan Aroma ini.  Insyallah.. rumah walit kita.. cepat masuk sarang burung!

Nanti ada masa damak akan jelaskan satu persatu tentang aroma-aroma yang dimaksudkan.

sekian.





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Wednesday, 24 November 2010

Ya Taiba - Ya Tayba




Irama yang mendayu-dayu.. kalau pasang kat Sarang Burung.. boleh jadi ramai ke?



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Link Taburan Rumah burung walit di Asia Tenggara

Tadi jumpa satu laman blog yang mengumpulkan lokasi BHW sekitar Asia Tenggara.  Apa Faedahnya?.. Ha Ha.. byk faedahnya.. lihat dari sudut positif.




ini link map google earth.. cuba lihat dan mungkin boleh "add "..Secara umum nama Daerah. ( kalau  nak details pun leh gak)..  ha ha.

Link ke Google Earth Taburan Walit di Asia Tenggara


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda

Tuesday, 23 November 2010

Apa Menarik tentang burung ini?

Kita sekali dengar akan takjub...

1) Burung tidak pernah sentuh tanah- seperti cerita Burung Cenderawasih.. tidak pernah sentuh tanah.. wahhh hebat- macam tak logik.. tapi percayalah.. memang logik..., kelawar kalau jatuh tanah.. dah tak boleh terbang balik.. melainkan kita lambung dia.. macam kita main gladier.

2) Mengawan di udara-- Aduhh macam na yaa-- kebesaran Allah - semua boleh jadi.

3) Saiz telur lebih kurang saiz badannya-  Aduh.. kan macam nak pening sikit fikirnya-- jangan ribut-ribut,... penyu bertelur beratus-ratus biji dengan sekali mendarat.. apa nak pelik.

4)Buat sarang guna "air liur"- tu bahasa mudahnya.. bahasa payah sikit  "kelenjar air liur" tu.. apa nak susah nak pelik.. labah-labah buat sarang (pukat) bukan main besar.. guna "benang" kat tubuh dia aje..

5) Pasangan setia- macam lagu Rumi dan Juli, Syah Jahan dengan Mumtaz ,Romeo dan Juliet,  Laila ( malam) Majnum ( gila, kegilaan)

6) 4K, 6K, malah 18K sekilo... ha ha..--  ini yang menjadikan dorongan ramai nak jadi  2k ( two-key, to-key).. sama mcam tokek jugak...

Jangan lupa.. semua itu hanya bergantung kepada usaha, kekentalan, doa, dan pasrah.  Sucikan hati dulu...






Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sekitar Pameran Cheng Ho di Kota Bharu- Medium bizz matching

Salam .. semua.. semalam ada kesempatan melawat pameran Laksamana Cheng Ho atau Huang Ze. Di perkarangan Stadium.. Banyak " booth". yang menarik.. membuka mata kita.. tentang pasaran di negara China.  Pameran ini berlangsung dari 22 hingga 26 Nov.. Datang.. rugi kalau tak datang.





 Banyak gambar lain.. tapi gambar sarang walit dulu


sarang merah.. dari gua katanya..


bekas pameran ini sebenarnya berpusing-pusing.. memang insyallah akan menarik pengunjung..  Booth ini dibawah jabatan vaterina negeri Kelantan


lagi Zoom in...

baru jalan-jalan di booth Negara China


lukisan menarik perhatin



perhiasan seramik



Minuman daripada kepulauan  ????  ... , katanya halal






Tulisan Khat.. pokok nama... dengan bayaran RM 10.. kita  boleh menulis pokok nama ( Nama dalam tulisan Khat).

Nak masak kebab kot!!



Dikhabarkan pasukan ini juga pernah terlibat sebagai ahli fisioterapi untuk atelit semasa sukan olimpik di China satu masa dulu 


Pintu Gerbang  China Town


Ukiran kayu


Konsep rumah pasang siap... jimat tenaga. mesra alam..
mungkin boleh digunakan untuk rumah walit..


Guna"  simen board"



Entah apa nama benda ni..




Kerangka ni macam bentuk zink... mengikut penterjermah ( budak sekolah Cina diambil sebagai jurubahasa untuk memudahkan pengunjung).. dijamin boleh tahan 100 tahun... (patutlah mereka boleh buat hotel 16 tingkat dalam tempoh 6 hari)


Mengikut jurubahasa tu juga... kos siap sebuah rumah banglow sederhana anggaran 120k... ( burung walit macam na)


tertarik dengan pedang.. macam pedang ala- ala Strom Rider-- hati- hati tajam.. cuba letak kat kuku.. rasa macam boleh potong kuku gitu..



pandangan luar... ada markie yang besar dan gah dengan bendera merah.. Kelantan dan China.. sama-sama merah... Kelantan satu bintang .. China 5 bintang... ( kita tidak dapat tolak,.  rakyat mereka memang ramai dan pesaiangan yang tinggi menjadikan mereka berusaha pada tahap yang terbaik..




Kereta pembajak ni... kalau kat sawah Malaysia harus tenggelam..., Di Malaysia ni kita ada jentani , kerbau besi ( Thailand) tabota.. dan juga kita ada Pelanduk ..... Kalau nak guna di Malaysia kena tukar tayar besar lah..)

Paparan Video...



Rawatan Naga Api.. ada berani?




Tulisan Khat... kagum kita yang tak ada ilmu ni









Akhirnya.. ha ha ...  sarang burng..




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Sunday, 21 November 2010

Ilmu Burung... memikat burung,, bercakap burung, bercanda burung

Satu pantun... yang dipopularkan oleh Arwah Din Beramboi dulu..

Kiri  burung, kanan burung..
Atas Burung , bawah pun burung,
Kanan, kiri, atas bawah
sana sini semuanya burung..

Mana dia letaknya burunggggg?.


Jawapanya dia... burung walit ad di mana-mana!






Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Monday, 15 November 2010

BHW Damak...




Gambar yang diambil oleh Saif semasa bertandang ke rumah damak dulu
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Saturday, 13 November 2010

Burung Hantu


induk burung hantu kucing...yang berjaya ditangkap-- hidup


Mata yang tajam dan menakutkan walit



kuku  yang tajam dan menjadi kebanggan Si Mata Bulat ini



Dari segi hukum Islam.. bintang yang makan menyambar dengan kuku tajam tidak boleh dimakan.. walaupun burung ini sebesar ayam...






Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Monday, 8 November 2010

Water Proof?

Telefon water proof, camera water proof, wang polimer water proof.  Satu soalan saya.. it is realy proof?.

Ha ha... menarik kalau ada speaker water proof, sekarang musim tengkujuh..., Kedah, Perlis , Kelantan, Terengganu, Banjir....

Hujan tidak mengenal masa.. maka pada waktu ini.. kita tidak mahu peralatan elektronik dan elektrik kita rosak.

Maka.. antara langkah berjaga-jaga... pastikan tiada leaking pada setiap atap atau siling BHW.  Pastikan tiada kulat!.  Tempat bilik kebal kita, terutama Bilik kawalan ( pejabat) di BHW berada di dalam keadaan tip- top.

Sekiranya.. menggunakan besi.. pastikan besi telah di cat sepenuhnya untuk mengelakkan pengoksidaan yang akan menyebabkan karat.

Wiring Lampu- untuk menghalau burung hantu di luar berada di dalam keadaan kemas dan tidak bocor...
-Dan yang paling utama.. speaker luaran.. sentiasa berfungsi dengan baik.. maka.. perlukan back up twitter agar ia sentiasa berfungsi.

Semut- serangga akan banyak merayap musim hujan ini.. ambilah langkah-langkah yang wajib.. Mudahan BHW yang kita bina atau bakal bina berada pada level yang tidak ditengelami air bah.  Aspek2 ini amat penting pada peringkat awal pembinaan dulu..

wasalam..
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Selingan... baju kalis peluru..

Baju kalis perluru


Dari benang sutera putih

Dari jiwa hitam merintih

Dari tudung bulat melilit

Hanya untuk sebuah kesampaian waktu



Menanti hari mendatang

Pada hari sebuah kehidupan ini menjadi sebuah soalan

Ditanyai akan seluruh anggota badan

Soalan demi soalan

Dari amanah yang telah dicernakan



Dari sebuah penantian yang belum hilang

Janjinya hanya sebuah kejujuran ikhlas

Untuk mengharap rahmat

Tika seluruh dunia ini

Tiada harga...

Yang ada hanya iman dan taqwa ikhlas hati.



Damak09

Jln hamzah Kota Bharu.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.

Tuesday, 2 November 2010

Ancaman Sarang walit "blood nest" palsu

Kerana cinta, kerana kasih... kerana perasaan dan kepercayaan yang menebal terhadap mitos menjadikan manusia sanggup memburu dan membayar apa sahajan nilai yang tidak ternilai.

Laporan akhbar pada dua hari lalu melaporkan... ancaman terbesar kepada pengimport sarang burung walit dinegera China apabila mereka mendapati banyak sarang blood nest ( sarang merah) yang diimport daripada Asia terutama daripada Indonesia dan sebilangan kecil dari Malaysia didapati palsu.

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa harga sarang burung walit merah lebih mahal.  Ini kerana mitos dan kepercayaan terhadap kesetiaan walit ytang membuat sarang fengan darah dan bukannya air liur.  Di katakan mitos mengatakan walit yang kematian pasangan akan membuat sarang sendirian dan ini menjadikan air liur yang dikeluarkan berdarah.

Dan sifat kasih sayang dan setia burung ini seakan-akan mahu dittransferkan kepada manusia dengan memakan sarang burungnya.  Ia dikatakan memberikan khasiat yang banyak dan mampu menjadi pengasih kepada mereka yang memasaknya ( Wallah hu a'alam)., Namun itu lah cerita yang sering kita dengar dan baca.  Apa pun, awas.. zaman ini, ketamakan manusia menjadi halangan utama apabila sarang burung merah ini sepatutnya lebih berkhasiat menjadi satu makanan yang sangat beracun kerana telah direndam dengan bahan perwarna dan kimia yang menjadikan ia berbahaya untuk kesihatan manusia.  Terima kasih kepada sikap tamak manusia.  Terima kasih kepada mereka yang ada niat untuk melakukannya.

Perbuatan ini menjadi ancaman kepada industri walit secara keseluruhannya.  Ia mejadikan harga sarang merah yang sepatutnya mahal telah jatuh kerana hilang kepercayaan daripada pembeli.  Maka siapa yang rugi?.  Soalan bijak untuk mereka yang bijak.

Sekarang Malaysia merupakan pengeksport tunggal sarang burung walit ke Negara China kerana kita mempunyai penjanjian untuk melakukan urusan ini.  Kita mendapat kepercayaan sepenuhnya untuk melakukan urusan jual beli secara langsung berbanding dengan negara lain seperti indonesia , Thailand, dan lain yang melakukan urusan jual beli di Hong Kong.  Pasaran Hong Kong terhad kerana pasaran lebih luas di negara China.  Dan Hong Kong sendiri akan mengeksportnya ke Tanah Besar.

Oleh itu, menjadi satu  tanggungjawab sosial dan amanah untuk kita tidak mengkhianati kepercayaan ini.  Persatuan2 dan Koperasi2 Walit di Malaysia sedar perkara ini dan seharusnya undang-undang lebih tegas dan perlu satu campurtangan kerajaan untuk memantau kegiatan ini kerana dibimbangi ia akan berkembang mengikut cara yang tidak sepatutnya dan merugikan ramai pihak yang lain.



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.