Monday, 17 January 2011

Maklumbalas Seminar Walit

Semalam.. Damak menghantar SMS meminta maklumbalas tentang kursus yang telah dianjurkan.  Allhamdullillah., Maklumbalas yang diterima positif dan memberikan motivasi untuk mengadakan seminar yang sama pada masa akan datang.

Terima Kasih juga kepada Veterinar negeri Kelantan kerana sudi menghantar wakil peserta untuk seminar itu.  Veterinar menghantar 4 wakil dan turut sama menolong saya dalam mempromosi kursus tersebut.

Terbaru, Insyallah.. pada awal bulan Feb nanti. Kursus Siri 2 akan diadakan.  Mungkin ditempat yang sama.  Beberapa peningkatan akan dilakukan hasil daripada maklumbalas yang diterima.

Sebelum ini, Damak hadir sebagai penceramah jemputanr yang dianjurkan oleh pihak tertentu.  Insyallah, Dengan adanya Damak Swiftlets, Kursus Walit aan lebih rancak lagi.


Waletgroup anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Sunday, 16 January 2011

Menguruskan lebihan semangat untuk memiliki Rumah Walit

Salam,

Pertama Damak ingin mengucapkan ribuan terima kasih.. Dan maju jaya kepada semua perserta yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina Rumah walit,

Uruskan semangat itu dengan baik... jangan kelak ia membawa tekanan perasaan dan kerugian kepada diri sendiri.

Berhati-hati dengan membuat pilihan.  Bermula dengan pemilihan lokasi, struktur bangunan.  Dan lain-lain syarat wajib yang dinyatakan semalam.

Kepada yang hadir semalam. sama ada jauh dan dekat.  Keep in touch.. sila berhubung antara satu sama lain. Berbincang jadikan rakan taulan untuk sama-sama terlibat dalam industri ini..

wasalam... Selamat Maju jaya untuk semua...

Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen and  dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Saturday, 8 January 2011

Bacaan Yang Menarik untuk telinga kita!



Bacaan Ayat Suci di Rumah Walit- Macam macam

Salam, Damak pernah dengar orang masukan (mainkan) suara azan, dan bacaan Al-Quaran di Rumah Burung. Antara hikmahnya.. katanya.. untuk memikat burung.

Sejauhmana Damak tak pasti. Namun mesti berhati-hati. Kita tidak boleh baca Al-Quran di dalam tandas, tempat kotor. Rumah burung walit kita macam na.. bersih atau kotor?. Al-Quran untuk kita baca , faham dan laksana bukan untuk dijual beli. Ini Damak tak berani nak komen. Jadi.. kalau orang kata boleh pasang surah tertentu di dalam sarang burung kita kena fikir dan tanya Mufti. Insyallah. Damak akan tanya Mufti Kelantan atau Timbalannya kalau ada peluang nanti..



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Thursday, 6 January 2011

Kita Selalu Melihat Orang Lain Lebih Beruntung!!!- kita ada DEBs

Sebut sahaja negara Arab... mereka kaya dengan emas hitam, Venezuela, Emas Hitam, Brunei Emas Hitam, Bruma Batu Permata, Afrika Batu Berlian, Emas.  dan lain-lain.

Ahh bertuahnya mereka keluh kita!.. Sesungguhnya mengeluh itu makanan setan.   Maka,, mengapa digemukkan Setan itu,

Syukurlah... negara lain ada emas daripada tanah, laut, minyak.. namun percayalah... Allah anugerahkan kita Rakyat Asia Tenggara lagi hebat anugerahnya. Emas beterbangan di Udara.

Lombong lah emas-emas ini.  Bina lah.. lombongg-lombong emas... untuk menjadi aset zuriat keturunan daripa da dijajah dan dihina dari segi ilmu, kepercayaan, adat, bahasa, agama dan undang-undang.

Ini adalah perjuangan DEBs sebenar  ( Do Edible Birdnest-swiftlets ).  Insyallah.  Sama-sama kita maju kehadapan dengan berkongsi ilmu dan pedoman hidup.

wasalam
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Makluman Penting: Panduan ke tempat Seminar Baru

Salam,

Atas sebab-sebab pelanggaran dengan program dalaman pihak KKTM.   Tempat seminar telah diubah ke sebuah Dewan Restoran yang berdekatan dengan KKTM seperti berikut:

Dewan Seminar Restoran Ema ( Bersebelahan dengan Taman Tengku Anis Lubuk Jong Pasir Mas


Sekiranya Tuan puan daripada Rantau Panjang.  Tuan puan akan dapat melihat Restorant ini disebelah kiri jalan.  Lebih kurang 1km daripada Pusat Trabiyah Pas Rantau Panjang.


Sekiranya Tuan puan daripada Pasir Mas. Ambil Jalan Rantau Panjang ( Lebuh raya Pasir Mas Rantau Panjang).  Jalan terus sehingga berjumpa dengan Sungai Lubuk Jong.b  Lebih kurang 600 Meter, Tuan puan akan dapat melihat KKTM disebelah kiri jalan-  Tempat seminar yang baru tidak jauh daripada itu, lebih kurang 200 meter. Tuan puan akan dapat berjumpa dengan Taman Tengku Anis Lubuk Jong. Dan Restoran Ema disebelah Taman itu.


Boleh rujuk : panduan google earth yang saya berikan kan.

View 6.002182, 102.086345 in a larger map







Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Wednesday, 5 January 2011

Antara Syarat di dalam 1GP ialah1

1) Pembinaan BHW mesti dalam jarak 10KM daripada lapangan Terbang. Sekiranyngan ia berada di dalam lingkungan itu, pengusha perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada  ( Jabatan Penerbangan Malaysia)

Ini mesti diambila kira dan di pandang serius untuk mengelakkan rempuhan burung ke dalam enjin pesawat.  Dan  Damak terfikir, sekiranya begitu dan dikuatkuasakan.  Maka akan banyak lah Rumah burung di sekitar Lapangan Terbang  dan sekiranya di Kelantan ni  dan kawasan Pengkalan Chepa akan menerima impak yang besar.

Damak sokong undang-undang ini. Untuk kebaikan dan kesejahteraan umat.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Sunday, 2 January 2011

Walit dan Lebah dan lalat !!!


Ya.. benar sekali sekala mereka makan lebah. (itulah yang tertulis di dalam kebanykan buku-buku walit)  Namun, kita tidak boleh memberikan contoh di dalam Rumah Walit ada sarang lebah, itu menunjukan walit makan lebah!.. ha ha.. agak melucukan, sekiranya di dalam rumah walit ada lebah... tentu sekali lebah  tidak sempat bersarang kerana dimakan oleh walit.. atau itu membuktikan sebaliknya.. iaitu walit tidak memakan lebah!

Jadi mana satu betul!,



Walit makan lalat???.







Perkara ini, mesti berhati- hati kerana lalat ialah punca  kebanyakan penyakit.  Sekiranya Walit memakan lalat, tentu walit akan menjadi vaktor penyakit sama seperti lalat.   Tetapi keadaan menunjukkan sebaliknya, Walit tidak dicemari oleh sebarang penyakit. Kenapa?. Senang jawapanya.  Lalat bukan sejenis serangga yang terbang tinggi, dan bukan gserangga yang terbang untuk satu jangka waktu yang lama.  Lalat lebih banyak hinggap berbanding terbang.  Hinggap itu lah kita memanggil lalat mengemuruni.  Lebih penting lagi. lalat tidak terbang tinggi, banyak hinggap dikawasan sampah, kotor berbanding dengan walit sentiasa terbang  tinggi dan meyambar serangga kecil yang terbang dan dibawa angin..

Namun dalam banyak-banyak lalat jenis "Tachin" merupakan vektor utama penyakit Wabak-wabak penyakit disebabkan oleh Bakteria.  Oleh itu kena hati-hati kita, Alhamdulillah.  Jangan biarkan isu ini dijadikan satu senjata dalam mempengaruhi harga dan potensi walit.  Sejarah lampau membuktikan burung walit bebas daripada gangguan penyakit. Itu yang menjadikan usia walit boleh menjangkau 15-25 tahun.  




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

Jom kita main " Uno Stacko"



Hari ini, Damak belikan permainan Uno Stakco untuk anak-anak main.  Katanya ia boleh merangsang kreativit.  Dan, yang jelas.. kreativiti itu Damak boleh merasai langsung kesannnya.. bukan untuk anaknya.. tapi untuk Walidnya ( anak-anak memanggil Damak Walid ( ha ha hampir sama dengan walit)

Bongkah-bongkah kayu, yang digunakan untuk Uno Stacko.. Damak jadikan struktur asas untuk bina model rumah walit.  Semuanya fikir pasal walit.  Sedaya mungkin cuba mencari bentuk dan reka terkini yang paling kos efektif dan insyallah boleh dipopularkan nanti

Nampaknya bongkah kayu ini, boleh dijadikan asas untuk  kita rencanakan model-model untuk membina rumah walit.  Nampaknya,, Uno Stacko kali ni,, Damak punya.. kena beli yang lain untuk anak! atau kena beli.. dua tiga  set Uno Stacko lagi... la la la


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com