Wednesday, 18 April 2012

Keupayaan Lidah Menggulungkan Bumi Sebelum Kiamat




Salam.. ini hanya tulisan selingan selain daripada Burung Walit.  Suka Damak nukilkan dengan rasa yang paling dalam dari hati.. tersangat dalam untuk merenung dan melepasi batas-batasan masa dan waktu.  Meneroka usia dan ujian demi ujian dalam sebuah perjalanan bergelar ushawan.

Kita akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.. itu pasti.. kerana pesan seorang guru.. kapal yang teguh bukan untuk berlabuh di pelabuhan sebaliknya untuk merempuh gelombang dan badai dilautan.

Ketahuilah.. dunia... dicorakkan dengan lidah.. Lidah bisa membentuk bumi... dan lelangit kita bisa menjadi langit di dalam dunia rongga kita.  Lidah kita boleh mengulungkan bumi rongga ini mengikut kaca mata dan fikiran kita yang di asaskan oleh ilmu dan hati nurani yang dicorak oleh pengalaman silam, yang bertapak kukuh lalu menjadi sebuah pengajaran sama ada ia manis atau menyakitkkan.

Kiamat.. kita boleh datang dengan dekat.... terlalu dekat.. sedekat bibir mulut kita berbicara.. berbicara tentang dunia.. berbicara tentang akhirat... berbiacara tentang segalanya... malah segala- galanya dibentuk oleh lidah dan dunia rongga yang sempit.

Kekadang kita merasakan sesuatu yang buruk itu amat buruk untuk kita.. dan di akhirnya kita ketahui dan sedari ia tidak seburuk mana,... dan sebenarnya satu rahmat Allah kepada kita untuk memudahkan sesuatu yang kita berat dan tidak mampu membuat pilihan pada asalnya.. lalu lidah kita cepat mengeluh dan mengeluarkan dengusan-dengusan haiwani yang  tentunya bertentangan dengan nurani hati murni..

Ia.. menjadi lebih senang dan mudah apabila kita berupaya keluar daripada zon selesa.. berada di dalam zon selesa menjadikan kita lupa dunia dan daratan bahawa ,, matlamat dunia ini bukan di dalam rongga.. ia di dalam hati jiwa naluri dan iman kepercayaan kita kepada yang Esa..

Lidah tidak bertulang.. itu antara bait-bait kata lagu.. dan pantun lama yang sering melekat dan menjadi klise di dalam masyarakat kita.,  Namun benar impaknya... begitu mudah dunia dan amanah itu ditabur tanpa rasa berat yang amat kepada prinsip diri dan janji yang dipikul itu.

Sekiranya... kita mengetahui.. dunia ini di dalam rongga kita.. tentu kita tidak banyak berkata-kata dan terasa amat berat untuk berkata sia-sia melainkan benar dan berfaedah sahaja.  Seluruh isi kandungan dan kekayaan dunia ini disimpulkan dengan lidah merah tidak bertulang... mengeluarkan kata-kata dan ia bisa meempengaruhi dunia ..

kata- kata akan mempengaruhi perasaan... perasaan akan mempengaruhi impian.. seterusnya cita-cita dan akhirnya usaha dan kesan kepada sesuatu yang kita berikan..

Wah.. beratnya,... dunia  di dalam rongga..., itulah kita.. maka  hati- hati... jangan biarkan ia kiamat sebelum dunia sebenar tergulung dan tersandar di Tiang Arash.. Wallah .. hu alam.



Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..

Tuesday, 17 April 2012

Pengalaman Di Pattani .. Rumah Walit Bawah Tanah

Sudah lama ingin Damak nukilkan pengalaman ini di blog. Namun tidak sempat, hinggalah ke saat ini. Allah beirkan sedikit kelapangan untuk menulis dan memberikan peluang kepada Damak untuk berkongsi pengalaman di Pattani tempoh hari.  Pada awal March 2012\.. Damak berkesempatan melawat Pattani atas urusan kerja..

Di sana,, antara yang menarik yang mesti dikongsi oleh semua pengemar Walit.. Pernahkah kita terfikir untuk membuat BHW di bawah Tanah.. kedengaran agak pelik namun itulah yang berlaku di sana.  tempat Basement parking dijadikan Rumah Burung Walit.  Pada waktu petang di sebuah hotel di Pattani.. mungkin ramai yang tidak perasan dan tidak tahu.. dan mungkin juga ramai yang tahu.. cuma tidak mahu ambil tahu.. BW akan terbang riang masuk melalui pintu paling rendah dan seterusnya ke dalam basement.. haha,... rupanya walit mungkin tertipu ataupun, tidak kisah tentang lubang mana.. sedalam mana asalkan suhu dan kelembapan menepati habitat asal mereka.

itulah keghairahan burung walit dan semangat yang tinggi untuk burung walit hidup sehingga mencecah 25 tahun.. maka.. tuan-tuan juga boleh gunakan pendekatan ini jika sesuai dengan tempatan tuan-tuan sekalian,..
wasalam.


Namun.. jangan sampai jadi macam ni.. boh.. ha ha..



Hubungi Damak di talian +6012-5917493 @ 012 9626 124, untuk maklumat lanjut.Atau email ke waletgroup@gmail.com. Pilihan ditangan Anda..