Melihat... hujan dan awan mendung menjadikan kita semakin terjaga dengan pusaran alam yang menjurus kepada pencerahan ilham dari langit. Nah... nun banyak sungguh emas-emas hitam berterbangan.
Mereka galak menyambar makanan, menangguk titisan air hujan dengan bulu untuk dijadikan bekal kepada sang merah di sarang. Semburan angin yang dingin dan perubahan tekanan yang ketara memaksa mereka keluar mencari keseimbangan tekanan. Apabila cuaca diluar BHW lebih sejuk daripada udara di dalam BHW mahu tidak mahu... naluri walit akan bertindak untuk memutuskan agar mereka keluar mencari makanan dan mungkin mengawan.
Menarik sungguh melihat kawanan sang walit berkejaran antara pasangan. Seakan-akan tiada masalah besar dalam hidup mereka melainkan makan, terbang, buat sarang, bertelur, mengeram dan menjaga sang merah kesayangan.
Wah!.. besar sungguh anugerah Tuhan untuk mereka yang berfikir tentang kebajikan dan keindahan murni alam.
Galak terbangnya menghitamkan awam. Mengharmonikan cuaca di kala panas menjadi mendung dan mendung bertambah tenang. Setenang pemikiran hati dan rasa yang diwujudkan oleh sang pencipta untuk mereka yang rajin berfikir. Bagaimana mungkin daripada lelendir liur sang hitam yang terbang memakan kekatu dan serangga mahu menjadi penawar berbisa kepada rahsia awet muda. Kesihatan jantung, dan empat kerat badan manusia.
Kelak ia bisa menjadi satu hidangan untuk dihirup dengan cermat dan bangga. Disaluti kukuh dengan tradisi untuk menjadikan Sang Walit ini harus dijaga. Setiap hirupan dengan cermat, terbit rasa puas digaris bibir dan muka mengatakan itu adalah cara kita mensyukuri rahmat yang Maha Esa.
Angin dan awan itu membawa makna. Sang Walit semakin ceria memunggah seluruh zat dari buana dan flora untuk dihidangkan kepada manusia. Terima kasih kepada Pencipta ( Allah ) yang begitu kasih dan rahmati kita. Wasalam
Selamat Hari Raya.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah.