Thursday, 3 March 2011

Mengapa Mereka Takut!!!

Beberapa hari lepas.. Damak menunjukkan buku yang bakal diterbitkan kepada seorang kenalan yang memiliki  Gedung Menjual, Memproses, Membina BHW tershohor di Kelantan.  Syarikat beliau merupakan syarikat yang terawal ditubuhkan di Kelantan.  Pernah berberapa kali masuk TV3. dan impak terbesar apabila berlangusngnya pameran Cheng Ho di KB dulu.  Beliau telah berjaya memasuki pasaran Tanah Besar Negara China dengan Mudah dan perniaggannya berkembang dengan pesat.

Kesemua buku- buku yang terdapat di Gedungnya  ditulis dalam Bahasa Mandarin. serendah RM15.00 dan dalam bahasa Inggeris berharga RM 245.00.  Pada saat itulah.. Damak terfikir,dan mendorong untuk menulis buku dalam Bahasa Melayu.  Dan cuba-cuba mencari kalau--kalau dia sudi menjadi pengedar buku Damak yang pertama  dalam Bahasa Melayu.

Dan dalam masa yang sama Damak menawarkan sewaan ruang iklan di halaman buku dengan harga lebih kurang 2 kilo Sarang burung Gred A. Dia pada mulanya nampak bersetuju dan agak berminat.  Namun setelah dia melihat kandungan buku.  Dia bertanya kepada Damak. " bakpo tulis belakonya" nanti buku kedua. dan ketiga demo nak tulis gapo?.. Maka Damak terfikir sendiri dalam minda... ya.. aku tahu ke mana hala tuju perbincangan hari ini."... akhirnya  beliau nampak seperti bersungguh mencadangkan dan seperti dia merayu meminta Damak menulis kandungan di dalam buku Damak secara berperingkat dan berkerja dengannya.
" Damak senyum" dan memberikan peluang kepada  beliau menghabiskan ayat-ayat akhir.. dan Damak berkata... itu.. bezanya demo dengan kawae, kawe tulis untuk ilmu, bukan tulis untuk sembunyikan ilmu".. kawe tulis atas dasar berkongsi maklumat.. dengan percaya dengan  ajaran Nabi. .mengatakan apabila ilmu itu dikongsi.. ilmu kita akan bertambah".. dan .  Beliau mula menakutkan Damak dengan mengatakan .. buku ini tidak mampu dijual kerana pasaran terhad..Dan .. Damak berkata...

Ambo telah mendapat persetujuan daripada MPH, Popular, dan SMO  bersedia dan berminat dengan buku Damak,... hanya tunggu masa cetakkan siap sepenuhnya. Dan Damak akan promosikan ilmu ini.. di www.waletgroup.blogspot.com dan www.damakswiftlets.com

Setelah beliau mendegar.. Damak berkongsi.. ilmu ini di internet.. maka beliau berkata " lor ni.. demo blok belaka blog.. tak soh tulih internet"... sebab demo tak leh cari duit lagu tu.. " ikut cara kawe.. baru boleh cari duit"..  Maka Damak tau.... kami berada pada haluan yang berbeza.. Damak senyum dan tidak kata apa-apa!.

Falsafah mencari ilmu dan mengajar ilmu.. dan mencari keuntungan... Damak percaya.... sekiranya kita mengejar bayang- bayang .. kita akan kehilanganya apabila hari malam.. dan pada waktu itu kita...kecewa.. Namun... sekiranya kita mengejar matahari... apabila kita mendongak ke langit.. kita akan dapati bayang-bayang akan berada di bawah tapak kaki. maka pada waktu itu.. kita akan menakluki Alam Maya ini ... kerana ia Maya...

Wasalam.





Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

2 comments:

  1. Terima kasih Damak, terus terang saya katakan saya sangat kagum dng pendirian Damak, walau di goda dng hasutan Syaitan tetapi Damak masih mampu berfikiran secara waras mengikut acuan Islam.

    Disini saya mengambil kesempatan menempah sebuah buku Damak tersebut apabila di terbitkan nanti...semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,,... segala pujian hanya untuk Allah. Saya sendiri tak sabar2 nak lihat hasil cetakannya.. Terima kasih berminat.. saya masukkan dalam senarai ahli booking..

    ReplyDelete