Wednesday, 16 March 2011

Burung Walit, Buah Dukong, Cacing, lintah, kambing, lembu dan ikan keli

As'salam.,


Hari ini terfikir Damak untuk menjelaskan perkara ini kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih Damak ucapkan.. Dan kepada pembaca baru yang baru meniliti blog ini.. Anda harus meneroka blog ini satu persatu untuk mendalami keistimewaan Industri Sarang Walit.

Tentunya... sekiranya  tajuk ini,di tanya kepada Damak., Damak akan tersenyum sinis dan berkata dalam hati  " kita tidak boleh marah kepada mereka kerana mereka tidak mengetahui.. Dan terdetik satu perasaan yang teramat sangat untuk memberitahu kepada semua pembaca tentang hal ini.

Damak akan mulakan begini, mungkin mengikut sudut pandang dibawah

1) Trend perniagaan air 7-up
2) Pandangan umum
3) Kebolehtahanan produk ( Survival of product)
4) Pasaran
5) Proses pengeluaran
6)Siapakah yang mengeluarkan produk.
7)Bermusim,
8) Kawalan , perudangan dan persatuan.

Trend perniagaan air 7-up yang dimaksudkan ialah ia bersifat sementara,... berbuih dan meletup ketika penutupnya dibuka.. kemudian ia akan mula pudar dan tidak sedap lagi diminum.  Dalam bahasa Melayu ia lebih dikenali hangat-hangat tahi ayam... , perniagaan yang boleh diketegorikan dalam kelompok ini ialah Cacing, lintah... dan sebagainya.. kerana tidak berdaya saing.. pasaran tidak jelas,  tahap kepercayaan masyarakat kepada produk dan isu-isu lain

( sedap tetapi cepat busuk ( rosak) menjadikan buah dokong tidak berdaya saing.  Buat jem.. boleh. kot.

Satu lagi perniagaan pada dahulunya menjadi satu fenomena dikalangan petani. Ada petani yang sanggup menebang pokok getah dan menggantikan dengan pokok Dukong.  Dan ketepuan harga dokong sering dibandingkan dengan perniagaan sarang walit.  Pada awal kemuncullnya harganya boleh mencecah RM14.00 per Kg dan sekarang paling tinggi sekitar RM 4/ kg.  Maka kisah dan pengajaran silap ini sering dingati.. takut gagal  .. ha ha ( walaupun perbandingan ini silap sebenarnya)

 Ramai antara peserta dan pembaca akan berkata " ini nanti akan jadi seperti harga dokong".. perbandingan ini tidak tepat sama sekali kerana ia melibatkan skop dan sejarah pasaran yang berbeza.  Kita harus memahami kenapa harga dokong jatuh.. pertama ..betul... byk penawaran.. dan lebihan berlaku kerana pasaran yang terhad.. cepat busuk, dan sebagainya

Berlaian dengan burung walit.. yang mempunyai pasaran luas dan penawaranya masih lagi terhad... sejarah telah membuktikan hampir lebih 2000 tahun budaya pemakanan sarang burung menjadi satu tradisi di negara China..Dan ia tergolong dalam makanan mewah.,

Berbanding dengan buah dukong yang tergolong dalam barangan biasa sahaja.  Ia tidak termasuk dalam makanan ruji seperti beras.  Dalam ilmu ekonomi apabila kita menyebut jenis2 barang terdapat beberapa ketegori barang,,dan salah satunya ialah barang mewah yang tidak susut nilainya kerana mempunyai nilai estetika tersendiri.

( kosmetik , minyak lintah, bekam, minyak lintah tapa.. dan sebagainya, tapi bukan sistem)

Ya.. kemungkinan harga Sarang Walit akan menjadi lebih murah kerana persepi masayrakat Melayu kita tidak mengetahui khasiat sarang walit dan mereka pengguna baru. ( umpama kita memberikan cincin kepada si kudung)  atapun.. kita mempunyai bahan urinium.. tetapi tidak tahu untuk menguraikannya.. maka ia murah pada diri kita.
Orang tak makan.. tapi perempuan lumur kat muka.. ha ha sumber protein untuk buat kosmetik. ( ha ha opss sori)


Namun.. sekiranya ada pasaran harga yang lebih mahal ( China) kenapa kita hendak jual dengan harga lebih murah. Tentu  agak "cerdik" sekiranya kita mengambil keputusan  untuk jual dengan harga murah.

Kambing, lembu dan ikan keli.. lebih kepada sistem.  Mereka tidak memfokuskan kepada produk.. sebaliknya lebih kepada sistem yang menjana kewangan dengan mencari pelabur dan menaja downline. dan upline


 

Kambing binatang belaan Sunnah .. Kegemaran Damak.. - Kambing Panggang. Susu Kambing Kaya dengan banyak khasiat ( bukan sistem jual kambing)


Lembu... susu , daging, belulang. ( bukan jual sistem bela lembu)


boleh dijual.. tapi bukan sistem bela ikan keli.

Mereka menggunakan produk sebagai umpan untuk mengaburi sistem yang digunakan.  Maka, kepada rakan seperwalitan., kita tidak jual sistem.. kita jual product. Product walit sudah cukup hebat untuk dijual dan tidak perlu "kehebatan sistem" untuk menjana wang.  Maka tidak tepat dan  salah sekirannya pemain baru membandingkan burung walit dengan industri bermusim, MLM, piramid pemasaran dan  sebagainnya.

( Damak bukan mengatakan semua industri Lembu, Kambing, Lintah, Ikan Keli menggunakan MLM. Kalau melibatkan real bizz.. Ok .. syukur).. Tapi kalau yang melibatkan sistem biasanya bermasalah

Walit mempunyai kedudukan tersendiri yang istimewa.. dan tidak boleh disamakan dengan industri makanan kesihatan yang lain.  Ketepuan dalam Industri walit... tidak akan berlaku kerana peneraju dalam industri ini melibatkan internegara dan bukan bersifat local.

Tambahan pula... pengelibatan Orang Cina dalam industri ini sebagai mereka yang mahir dalam perniagaan secara turun temurun dan kawalam menerusi persatuan  dan kerajaan memastikan keberlangusngan industri walit sentiasa berdaya saing.

Opss tak lupa... ada kawalan oleh Kerajaan dibawah Veterinar dan  Unit burung walit. mematuhi sistem SIRIM...  dan ISO termasuk MS. ( Malaysia Standard).. Jadi jangan sistemkan Sarang Walit..


Kebolehtahana produk ini sangat tinggi, dengan jangka store yang lama.  dan lain-lain faktor tu.. boleh fikir sendiri kot.. tak sempat nak tulis dan kecederungan pembaca blog lebih suka imej berbandingan tulisan..


wasalam



Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment