Saturday, 12 March 2011

Bumi Bertuah Anugerah Allah- Manfaatlah


Tanah Runtuh ... tapi lihat tiangnya ,,masih terpacak di situ...


Lihat... bangunan tumbang,, bukan runtuh.. ( kukuh bangunan)




Semalam ,  11 March gempa bumi sekuat 8.9 Richter mengegarkan Negara Mahatari terbit.  Dan telah menyebabkan Tsunami setinggi lebih daripada 10 meter.

Ini boleh dikatakan kedua.. terburuk selepas Acheh dan sekitar lautan Hindi yang mengorbankan hampir 300 ribu orang.  Jepun sebelum ini terkenal dengan kawalan bencana sama ada di tempat kerja atau pun dalam aspek bencana Alam. ( dan kita masih bersedih dengan kejadian ini).

Budaya kerja Jepun dan system penyeliaan Jepun menjadi ikutan dunia.  Namun, dalam menghadapi bencana yang sebegini besar.. .    Hanya Allah tempat berserah.

Dalam masa yang sama.. kita perlu melihat dalam konteks negara kita., alhamdullillah.. kerana kedudukan diluar ring of fire dan telah memberi pulang yang besar kepada kita untuk hidup dengan aman.  Boleh manfaatkan Rahmat  semaksimum mungkin .

Damak kagum dengan tekonologi binaan negara Jepun yang boleh menghadapi gerak gempa yang begitu kuat. Walaupun gegaran yang begitu kuat.. Angka kemalangan jiwa yang dilaporkan dianggarkan dalam lingkungan 1000 orang sahaja.

Tentu,, sekali konsep binaan BHW yang ringkas, murah dan cepat... yang dibina di Malaysia tidak boleh menampung gegaran sekuat itu.


lanskap yang cantik untuk BHW..


Maka.. bersyukurlah kita... tidak perlu memiliki teknologi yang canggih untuk membina bangunan BHW.. dan ini tentu memberikan peluang yang amat besar kepada kita untuk membina BHW dengan kos yang murah.

Kayu mahal.. tapi boleh saja..


Damak menjangkakan... pertumbuhan BHW di Malaysia akan semakin rancak  kerana kesedaran peluang dan potensi yang amat besar ini.  Mungkin fitrah haiwan dan sang walit sendiri sudah menyukai dan boleh membaca sesuatu perubahan alam semulacipta ini dengan lebih cepat dan kehadapan berbading dengan mansuia,  kerana haiwan amat rapat dengan alam.  Dan manusia semakin hari semakij jauh dengan alam dan Tuhan.

Boleh... cantik dan kreatif..

boleh saja.. asalkan ada kemahuan..



Pemilihan Asia Tenggara sebagai tempat untuk membuat sarang dan habitat tentu bukan disengajakan atau secara kebetulan oleh sang walit..  Mesti ada sebab-sebabnya sendiri,  Pertama tentu sekali kerana Rahmat Allah.. yang menjadikan burung ini sesuai sekali dengan suhu antara 26-29 Celsius.  Dan kedua,,, rahmat dan kegunaannya bukan untuk haiwan,.. tetapi untuk kesejahteraan manusia.

( ringkas.. dan menarik)


Dan ketiganya... kita mampu membina BHW dengan ringkas dan tidak perlu terlalu rigid dengan syarat2 tertentu kerana negara bebas dari lingkaran ring of fire. ( Alhamdullillah).  Boleh bina sebesar mungkin atau seringkas mungkin... ( bergantung kepada modal)


( besar dan gah)
Lalu.. adakah ini masih memberi peluang kepada kita untuk melakukan perkara mungkar dan tidak setuju dengan rahmat Tuhan... Tentu sekali kita tidak berani dan mampu untuk mendabik dada seperti itu.

Maka.. ramai nanti yang akan mencemburui rahmat ini., dan melihat dengan penuh rasa takjub dan terfikir       " kenapa orang Malaysia dan sekitarnya lambat untuk berlumba-lumba membina BHW"?..  manfaatkan bumi mereka, lokasi dan kesempatan masa aman yang ada.?.. mungkin., mungkin.. mungkin.. mungkin....

hingga kita boleh buat seringkas ini..


Rumah Walit daripada kontena yang diubah suai.. kalau cat hijau lagi cantik dan menarik..




Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

No comments:

Post a Comment