Terfikir untuk Damakt menulis tentang tabiat kita sebagai manusia. Kita akan mula rasa terharu ,bangga dan mula rasa istimewa apabila kita dihargai. Seorang pekerja akan berasa bangga sekiranya sebelum ini, dia hanya diberikan sebuah meja tanpa komputer dan sekarang diberi komputer. Kemudian, akan menjadi bertambah suka dan gembira apabila diberikan sebuah bilik persendirian dan seterusnya sekiranya dia membawa kereta dia akan berasa amat senang hati apabila segala keperluan dan kehendaknnya dilayan. Sehingga hal-hal yang tidak penting sebelum ini sudah mula menjadi penting bagi dirinya. Ini kerana telah banyak kemudahan asas diperolehi. Amat terharulah dia sekiranya diberikan satu petak khas untuk kenderaannya. Dan mungkin juga akan melatih dia mula meminta-minta perkara-perkara yang tidak penting sebelum ini kononnya ia menjadi keperluannnya.
Ini semua adalah lumrah makhluk dan kesukaan yang kononnya akan menjadikan dia lebih bersemangat dan bermotivasi untuk membuat kerja dan jadi lebih efisyen katanya... ha ha
Memang, Allah telah menjadikan asal kejadian manusia kasih kepada dunia dan sukakan hadiah. Oleh itu, Islam menggalakkan kita mengamalkan budaya memberi hadiah sesama muslim ( bukan rasuah). Hadiah diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Berbeza dengan rasuah memberi atau menerima sesesuatu untuk melepaskan sesuatu yang menjadi amanah bagi diri penerima tadi.
Damak tertarik pula untuk menyentuh soal janji Allah, anugerah Allah. Terdapat satu hadis mengatakan bahawa Allah akan menyediakan satu taman di syurga untuk setiap langkah seorang muslim ke masjid. Namun, kesan gembira kepada janji Allah ini nampaknya tidak semeriah janji manusia yang memberikan kemudahan yang bersifat sementara. Lumrah manusia dan lumrah makhluk yang suka kepada hal-hal bersifat impirikal.. Tetapi fitrah ini harus dididik dengan iman dan taqwa agar ia memandu kepada hidup yang sempurna.
Berjalan ke masjid untuk solat berjamaah sangat besar ganjarannya. Ini janji Allah kepada kita. Satu taman disyurga untuk setiap langkah. Sama seperti Allah telah menyediakan satu tempat parking disyurga untuk kita. Ini mungkin boleh kita samakan seperti Boss menghadiahkan tempat parking istimewa kepada kita ditempat kerja. Soalannya.. Adakah kita bangga dan berebut atau bersyukur dengan janji Allah kepada manusia?. Jawapannya hanya kita yang tahu!.. seruannya rasa selamatlah dengan Islam. dan syariatnya.
Falsafah ini sama, jika panjangkan dalam hal Seekor burung walit akan lebih rasa damai dan selamat sekiranya kita menyediakan VVIP room untuk mereka. Tempat dan suasana yang selesa ini akan menjadikan mereka terhibur dan insyallah akan menghasilkan sarang dengan lebih cepat dan bermutu. Ini adalah janji fitrah Allah kepada makhluknya. Maka kita harus beriman dengan janji ini kerana ianya daripada Allah yang disimpulkan melalui pemerhatian manusia.. Maka cuba lah... buat VIP room dengan jarak minimum 4x4 m atau 12 kaki.. Dengan lembap dan gelap. Ia akan banyak membantu!!!
Nampaknya burung pun suka dihargai.,!!! dan sifatnya sangat setia dan tidak melampaui batas.. kerana Allah tidak suka mereka yang melampaui batas ( sama ada jin atau manusia). Wallahu ' alam.
Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com
No comments:
Post a Comment