Wednesday, 15 December 2010

Ohhh Begitu Kisahnya...

Salam.. tadi.. Damak dapat maklumat daripada Jabatan Veterinar.  Burung Walit telah dikeluarkan di dalam senarai burung-burung terancam.  Maksudnya ia bukan lagi dibawah bidang kuasa Perhilitan ( Harap Betulkan kalau ada member bloger yang tahu kisahnya).

Proses sekarang ia menunggu kelulusan daripada YDPA untuk undang-undang ini diperkenankan.   Maksudnya, selepas ini.  Segala bentuk kebenaran, lesen, permit mesti melalui Jabatan Veterinar Negeri dan juga PBT.

Harap ia memberi kesan positf kepada industri burung walit.

Damak ada terjumpa satu Draf GP ( Garis Panduan ) Penternakan Burung Walit di internet. yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar.  Sesiapa yang berminat dengan GP tu.. boleh e-mailkan kepada waletgroup@gmail.com dengan tajuk : "Nak Mintak GP 1" dan Damak akan e-mailkan ( bukan apa.. nak bagi senang baca heading )

Mungkin menjadi rujukan berguna untuk semua.. wasalam.


Waletgroup mengajak anda untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan terhadap Industri Walet. Sila tinggalkan komen anda dibawah. Emailkan pandangan anda ke waletgroup@gmail.com

5 comments:

  1. ermm..bukanlah ianya dikeluarkan sebab tidak lagi terancam tetapi yg pak din dengar..setelah di "black-mailed" jika tak dikeluarkan rang undang-undang baru perhilitan tidak akan disokong oleh ".....". Jadi ia terpaksa dikeluarkan tetapi belum berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini.
    terdapat maklumat yang memburukkan perhilitan di sana sini..mengatakan perhilitan menjadi penghalang kepada industri ini..sedih juga pak din dengarnya..kerana setahu pak din perhilitan cuma meregulatekan industri ini dengaan mengeluarkan lesen-lesen berkaitan untuk membantu kerajaan negeri mendapat sumber kewangan tambahan untuk menjalankan apa apa aktiviti berkaitan dengan industri ini.perhilitan juga tak pernah menghalang orang ramai membina rumah dan cuma memberi lesen mengutip dgn kadar RM 200 setahun..itu pun bila dah ada hasil dan PBT meluluskan....berapalah sangat RM200 jika keluaran sebulan pun puluhan ribu RM?
    yang banyak pun kena bayar cuma pengexsport sarang burung kena bayar Rm0.10 utk setiap gram..seklio baru RM100?? apa itu jika sekilo dijual sehingga RM25K??
    yang malangnya pihak perhilitan cuma berdiam diri bila di "fitnah " begitu. Pak Din rasa perhilitan cuba membantu orang "kita" memulakan idustri ini secara kecil-kecilan.."murah" yang satu masa dulu tak ramai yang berani membuat rbl..tp kini rasanya dah ramai yg mencubanya..
    ada pihak yang cuba mencuba menjatuhkan yg lain untuk kepentingan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Proses sekarang ia menunggu kelulusan daripada YDPA untuk undang-undang ini diperkenankan. Maksudnya, selepas ini. Segala bentuk kebenaran, lesen, permit mesti melalui Jabatan Veterinar Negeri dan juga PBT.

    Harap ia memberi kesan positf kepada industri burung walit.

    PERHILITAN MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA INDUSTRI INI?? JIKA IANYA TIDAK DIJAGA DI MALAYSIA..SATU HARI MUNGKIN IANYA DIMASUKKAN DIDALAM undang-undang antara bangsa untuk tradingnya.. dulu ura-ura drp india, filipina dan thailand dibuat untuk memasukkannya kedalam CITES list.. esok tak senang utk di eksport/import. jika hanya indonesia menentangnya.. itu kelak baru akan ada kesan negatif kepada industri ini..KESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA..
    TERDAPAT PENGUSAHA-PENGUSA CINA PUN SUDAH MENGELUH TERHADAP gpI YANG AKAN DIGUNAPAKAI..KERANA IA BAKAL MENJERUT RAMAI PEMILIK RBL..MUNGKIN RAMAI yang kena roboh rblnya..
    KITA TUNGGU DAN LIHAT..MAAF EMOTIONAL SIKIT.. KESIHAN PERHILITAN YANG MENJADI AGENSI PERTAMA MEMBANTU ORG MELAYU MENDAPAT KESEDARAN.. TETAPI DI FITNAH!!MENJADI PENGHALANG KEPADA INDUSTRI INI..

    ReplyDelete
  3. salam Pak Din.. Macm na Damak nak komen ni..., mungkin begini.. Biasalah apabila sesuatu tu ada sumber "masyyuk".. ramailah yang nak ambil alih. Memang benar.. bila baca GP tu... macam banyak yang Pengusaha walit sekarang ni buat tak kena!. ( risau jugak ambo ni). Dalam borang pendaftran primis sarang burung kepada Veterinar.. kena masukan no Longitud dan lalitut dan kena faxkan kepada persatuan pengusha penternak walit Malaysia.

    Tahu tak.. no kordinat ni.. org boleh wat apa?. Kalu askar mereka boleh bom.. dari jarak juah...ha ha

    Itu laa Pak Din..Cuma yang perlu.. belajar daripada kesilapan undang-undang dan dasar2 sebelum ini. Jangan jadi seperti dasar pendidikan negara- sekejap boleh, sekejap tak boleh- Macam tikus membaiki labu.

    Siapalah damak untuk mencadangkan semua ini.. Namun kalau boleh dicadangkan. Kajilah menyeluruh. Tengok kesan kepada burung, industri,pengusaha,potensi dan keadaan yang sedia ada. Kena ada satu pendekatan keselastarian untuk mengharmonikan semua aspek.

    Malaysia ni.. ni semua boleh.. boleh buat.. boleh ubah.. boleh pindah.. tapi ingat ia juga boleh memusnahkan apa yang dah ada atau dah elok.

    ReplyDelete
  4. "Harap ia memberi kesan positf kepada industri burung walit"

    Penyataan ini dibaca dengan dua persepsi...

    1) undang-undang sedia ada tidak baik ( di bawah Perhilitan) .. dan di harap menjadi lebih baik.( di bawah Veterniar)

    2) Undang-undang sedia ada sudah baik ( Di bawah Perhilitan).. dan dibimbingi akan menjadi tidak baik.( Di bawah Veterinar)

    Harapan Damak ia memberi kesan yang lebih baik dan positif.

    :)

    ReplyDelete
  5. selagi ada agenda peribadi di dalam "..." maka tiada akan menjadi lebih baik.. kalaulah kepentingan bersama diambil kira.. mungkin ada menafaatnya..

    jom kita harapkan sesuatu yang lebih baik..agar kita semua beruntung kelak.. ttg kursus..kaji dulu jika mahu dibuat bersama veterinar? untungnya apa? cuma sijil?? tanyalah dgn org dah biasa ikuti kursus anjurannya..

    ReplyDelete